Sunday, September 05, 2021

Rogol di K'tan meningkat, kerana kahwin bawah umut &pandemik?

 


Shafien (kanan) diiringi Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin (dua dari kanan) ketika melawat Balai Polis Jelawat, di Bachok, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

BACHOK: Kes rogol termasuk pasangan kekasih bawah umur di negeri ini merekodkan peningkatan sebanyak 65 kes dalam tempoh Januari hingga Julai lalu, berbanding 54 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata peningkatan lebih enam peratus itu kebanyakannya membabitkan mangsa bawah umur berusia 13 hingga 16 tahun, selain pelaku berusia hingga 30-an.

"Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku atas dasar suka sama suka, namun kerana di bawah umur masih dikategorikan sebagai jenayah rogol.

"Mangsa dan pelaku juga saling mengenali dengan mereka berkenalan di laman sosial seperti aplikasi Instagram, Whatapps dan selebihnya kenalan jiran dan rakan sekolah," katanya ketika ditemui di Balai Polis Jelawat, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.

Shafien berkata, hasil siasatan juga mendapati kebanyakan kes rogol dilakukan di rumah mangsa atau pelaku.

Katanya, ini berikutan mereka tidak boleh melakukan rentas negeri atau daerah ketika pandemik COVID-19.

"Sehubungan itu, kita mengharapkan ibu bapa supaya lebih prihatin terutama terhadap anak perempuan selepas statistik kes rogol yang meningkat, diikuti kecurian motosikal," katanya.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 9 (i): Berkait Adun Gombak Setia, apa jadi l...

5 comments:

Anonymous said...

http://www.ibnuhasyim.com/2016/01/ini-cat-stadium-ktan-lebih-murah-dari.html?m=1

Link kat atas tu haahhh... cat stadiom lebih murah dari cat pintu gerbang.... bila SPRM nak siasat..?

Anonymous said...

Melayu mmg juara masalah sosial dadah, ketum, rempit.... Tanah milik Melayu berkurangan.

Lebih 60 tahun bawah pemimpin Melayu Islam.

Jangan asyik salahkan bangsa lain.

Pilih PH sebenar pru nanti

Anonymous said...

8.39

pH juara tokey judi, along bapak ayam pengedar dadah dan along kau tak sebut ka

Unknown said...

Ibnu hashim mmg pyokong tegar pas

Anonymous said...

"Membangun Bersama Islam"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails