Sami Buddha prodemokrasi mengambil bahagian dalam demonstrasi terhadap junta. - Foto AFP
YANGON: Sekumpulan sami Buddha prodemokrasi turun ke jalanan hari ini, dalam demonstrasi bagi menentang rampasan kuasa tentera yang secara kebetulan jatuh pada hari sama ulang tahun ke-14 tunjuk perasaan secara besar-besaran oleh pemimpin paderi.
Puluhan sami yang mengenakan jubah panjang berwarna oren dan merah berhimpun di sekitar jalan di Mandalay dengan membawa bendera dan sepanduk, selain turut melemparkan simbol panji berwarna ke udara.
Mengikut sejarah, kumpulan sami di Myanmar dilihat sebagai kuasa moral tertinggi, pemimpin dalam komuniti dan turut berperanan menggerakkan penentangan terhadap rejim ketenteraan.
Bagaimanapun, rampasan kuasa itu memperlihatkan perpecahan dalam kalangan sami di negara itu dengan ada sebahagiannya menyokong pemerintahan junta, sementara ada dalam kalangan mereka menyokong penunjuk perasaan.
"Kumpulan sami yang cintakan kebenaran tentunya memihak kepada rakyat," kata pemimpin penunjuk perasaan kepada AFP.
Mereka melaungkan pembebasan tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi, yang menang besar dalam pemilihan pada November lalu.
"Kami perlu mengambil risiko… terbabit dalam protes di jalanan, walaupun mungkin akan ditahan atau ditembak pada bila-bila masa. Kami tidak lagi selamat untuk tinggal di biara," kata seorang sami berusia 35 tahun kepada AFP.
Pada 2007, sami Buddha memimpin demonstrasi besar di seluruh negara terhadap rejim junta tentera sebelumnya susulan kenaikan harga bahan bakar secara mendadak.
Myanmar berdepan situasi tidak menentu dan kelumpuhan ekonomi sejak Februari selepas pemimpinnya, Aung San Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa, sekali gus menamatkan pemerintahan berteraskan demokrasi selama 10 tahun di negara itu. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang sami berusia 35 tahun berkata,"Kami perlu mengambil risiko… terbabit dalam protes di jalanan, walaupun mungkin akan ditahan atau ditembak pada bila-bila masa. Kami tidak lagi selamat untuk tinggal di biara."
Pada 2007, sami Buddha memimpin demonstrasi besar di seluruh negara terhadap rejim junta tentera sebelumnya susulan kenaikan harga bahan bakar secara mendadak.
Ertinya puak-puak agama dalam sesebuah kerajaan perlu campur tangan dalam politik, jangan biarkan puak-puak sekular mengheret negara ke arah kebobrokan dan kemaksiatan.
Peluang jadi usahawan ternak siput..
1 comment:
Keturunan Sultan Singapura berkerja jadi tukang cuci. Ini yang cuba dilakukan Parti DAP melalui kuda tua tunggangan mereka dan barua barua DAP.
Singapura, siapa sangka terdapat kerabat diraja Singapura pada abad ke-19 kini hanya bekerja seperti orang biasa, mencari rezeki dengan membawa teksi, bekerja sebagai tukang cuci dan sebagainya.
Di Malaysia, kuda tua tunggangan DAP sudah jadi Perdana Menteri 2 kali dan katakan apa apa nasihatnya ditolak oleh Yang Dipertuan Agong seperti yang berlaku pada Perdana Menteri Mahyuddin baru baru ini.
Apa kah agaknya reaksi kuda tua tunggangan DAP ini..!?
Sudah dikenalpasti kuda tunggangan DAP mempunyi sikap suka bergaduh, mencaci maki, menuduh tuduhan buruk , memfitnah jijik dan memburuk burukkan Raja Raja Melayu.
Inilah nasib yang dialami oleh Tengku Shawal, 51, dan keluarganya dan keturunanya Sultan Hussein Shah waris Sultan Singapura bila kita alpa dan lupa.
Kepada kuda tunggangan DAP ini perbanyakkan wirid mengingati Allah SWT , waktu semakin singkat. Jangan ditasbihkan nama Najib!! Lebihkan tasbih nama Allah SWT
Tengku Shawal, adalah seorang putera yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan atau pemerintah diraja Singapura. Pengakhiran yang hina kerabat Sultan Singapura ini.
Suatu penghinaan pada Raja raja Melayu dlm kes fitnah jijik Prebet Adam bila terhadap Sultan Johor dulu oleh Perdana Menteri ke 4 negara..!?
Media dikuasai sepenuhnya penguasa tamak dan rakyat percaya rekayasa fitnah jijik ini.
Akhirnya kes Perebet Adam adalah kes fitnah paling kotor dan paling jijik sekali. (Link dibawah Video)
lagi link dibawah
https://klbroadcastmedia.wordpress.com/2018/04/13/video-30-tahun-mahathir-menipu-rakyat-kes-prebet-adam/
Tengku Shawal menerusi temu bualnya bersama Reuters berkata beliau pernah tinggal di istana yang terletak di Kampong Glam sebelum seluruh kaum kerabatnya dihalau dari istanamya utk dijadikan muzium tarikan pelancong.
Diberi peluang menjadi Perdana Menteri kali ke-2 hanya sempat berkuasa dalam kerajaan PH 22 bulan sahaja dengan harapan pelihara dan angkat Raja Raja Melayu dan jaga Agama Islam agar tidak diperlekehkan..
Apa yang cuba dia buat bila diangkat PM kali ke 2..!?
Malah bertambah lagi teruk ICERD pulak yang mahu dipersetujui. Kita tak perlu lagi pemimpin2 hodoh ini lagi dimasa akan datang.
Setakat acah acah power dng bait bait puisi konon nak jadi juara melayu, raja-raja dan islam bila kuasa sudah tiada lagi.
Menurut Tengku Shawal, sehingga kini beliau masih lagi mengunjungi muzium yang pernah menjadi kediamannya dan Sultan Singapura kini dijadikan lokasi muzium di Singapura.
Saya ulanggg..!! hanya jadi muzium untuk tatapan rakyat Singapura.
Insyallah dengan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong dan Raja Raja Melayu dan kaum yang didatangkan dari timur akhir zaman sisa sisa panji kerajaan kalifah akan berkibar semula dari timur.
Kepada kuda tua tunggangan DAP ini dan barua baruanya dalam ICERD, COMANGO, Pluralist, Syiah, SIS yang ditaja dibiayai wang ringgit yang mewah oleh yahudi antarabangsa mahupun MCA atau MIC berpijaklah dibumi nyata bahawa tanpa Melayu anda selamanya hamba dan bukan Tuan...!! (link video dibawah)
http://wiraveteran.blogspot.com/2017/08/mahathir-adalah-dalang-fitnah-prebet.html?m=1
Karomah pulang ke gagang kuasa Raja Raja Melayu di bumi kaum yang dijanjikan akhir zaman datang sendiri. Kisah fitnah perebet Adam terhadap Raja Melayu oleh sang fitnah penguasa tamak harus dijadikan pedoman untuk generasi akan datang
Post a Comment