Karangan belahan hati
SAYA telah wakafkan diri saya untuk penyatuan umat. Saya ahli PAS. Tetapi diri saya bukan hanya untuk kesatuan ahli PAS, bahkan untuk penyatuan umat seluruhnya. Sebagaimana saya bertekad untuk istiqamah dengan perjuangan PAS, saya juga telah memperkasakannya dengan tekad melebarkan penyatuan umat seluruhnya.
Kesatuan umat bermaksud umat yang berpegang dengan tali Allah. Tali Allah bermaksud agama Islam, satu-satunya agama yang diredhai Allah. Berpegang dengan tali Allah adalah salah satu tiang atau tunjang utama ke arah kejayaan umat Islam menyempurnakan tugas khilafah mereka di muka bumi.
Umat Islam adalah umat yang satu. Bersatu hati dengan tauhid dan ibadah kepada Allah. Satu umat bererti satu agama dengan satu arah tuju. Ia hakikatnya asal manusia, sebelum manusia berpecah belah selepas itu dengan syirik dan menyembah tuhan-tuhan selain Allah.
Maka umat Islam mesti kekal satu umat. Apabila mereka bersatu, maka mereka berada dalam keadaan sihat dan haq, lalu bergerak gagah menuju matlamat. Apabila pula mereka berpecah, mereka sebenarnya dalam keadaan sakit dan batil, lalu merencatkan pergerakan dan pasti menggagalkan impian dan matlamat.
Sakit dan penyakit, demi sebuah kejayaan yang ingin dicapai, mesti diubati dan dibuang. Membiarkannya terus sakit bukanlah pilihan. Ia malah kesalahan yang besar. Di negara kita Malaysia, berlaku perpecahan umat. Perpecahan pula pelbagai sektor dan faktor. Yang paling ketara adalah perpecahan akibat politik. Perpecahan politik inilah menjadi punca besar kegagalan dan kekecewaan umat dalam negara.
Ia memberi isyarat jelas bahawa umat berada dalam sakit dan berpenyakit. Segagah mana kita berjalan, ia akan terus mengganggu perjalanan dan akhirnya menggendalakannya. Umat akan tersadai dan hanya mampu menanti tibanya pertolongan.
Umno dan PAS adalah sebab perpecahan politik umat. Kedua-duanya adalah kekuatan. Tiada kumpulan umat sekuat kedua-duanya. Bekalan kedua-duanya amat banyak dan pahlawan mereka amat ramai. Tiada kumpulan lain seumpama mereka berdua.
PAS kalah berkali-kali, tetapi kuatnya semakin berkali-kali juga. Umno untuk pertama kali jatuh besar pada PRU14 lepas, tetapi mampu kembali berkuasa hanya selepas 3 tahun. Ia contoh mudah kekuatan besar yang dimiliki kedua-duanya. Tiada seperti kedua-duanya.
Malangnya, kedua-duanya saling beradu kekuatan, bukan menyatukan kekuatan. Maka akibat buruknya adalah besar. Ia adalah perpecahan umat yang besar. Ia telah membantutkan projek besar umat yang dimestikan untuk berjaya.
Umat yang satu adalah umat yang sihat dan haq. Isinya adalah tauhid, ilmu, ikhlas, amal soleh dan jihad. Manakala umat yang berpecah adalah umat yang sakit dan batil. Ia lompang yang diracuni syirik, jahil, nifaq, fasad dan cinta dunia.
Sesuatu mesti dilakukan. Penawar mesti diusahakan untuknya. Keruh mesti dibuang. Jernih mesti dikembalikan. Tali Allah mesti dihulurkan. Racun-racun syaitani pula mesti dinyahkan. Ia sebuah kerja besar. Ia jihad besar. Ia sebuah perjalanan memakan masa dan tenaga. Ia perlukan kejelasan, keyakinan, keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan.
Walau apa alasan Umno dan PAS, alasan untuk kekal berpecah dan berbalah adalah seburuk-buruk jawapan kepada penyelesaian. Penyakit diubati dengan ubatnya. Degil atau putus asa adalah racun ditambah racun.
Projek penyatuan umat yang besar ini hakikatnya menuntut kehadiran pahlawan daripada Umno dan PAS. Saya ulang, pahlawan daripada Umno dan PAS. Mereka ialah barisan yang memiliki kejelasan, keyakinan, keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan. Tanpa pahlawan yang hadir daripada kedua-dua pihak, usaha menjadi perlahan dan ditakuti kegendalaannya.
Saya telah wakafkan diri saya untuk projek kesatuan Umno dan PAS. Bukan menjadi satu parti. Bukan. Tetapi menjadi satu kekuatan. Bukan menjadi sama kuat. Bukan. Tetapi saling kuat menguat di antara kedua-duanya. Itu sudah amat mencukupi. Ia sudah menepati maksud kesatuan umat yang didambakan.
Sudah pasti saya kerdil. Tetapi saya sudah berbelas tahun memulakannya. Saya bermula dengan keyakinan yang kecil dan ketakutan yang besar. Tetapi lama kelamaan, ia bertukar menjadi keyakinan yang besar dan ketakutan yang kecil.
Saya berjumpa dan berbincang. Jumpa pemimpin PAS dan pemimpin Umno. Jumpa para mufti dan tok-tok guru. Jumpa cendekiawan dan profesional. Mula-mula sebagai kenalan. Akhirnya menjadi rakan. Begitulah usaha berbekalkan masa yang membekalkan kesabaran.
Saya dimarahi dan dicemuh. Ombak di muka kuala amatlah garang. Tetapi saya mengecapi rasa keterpujian daripada dalam diri. Ia satu perasaan yang hebat. Begitulah masa memberikan saya keyakinan dan kekuatan. Masa itu senjata yang ajaib sekali.
PAS dan Umno amat lama berkelahi. Mengajak kepada perdamaian semacam mengajak kepada perkelahian ke sekian kalinya. Kelahi bertambah lagi kelahinya. Begitulah mata memandang serong dan tajam.
Ya, saya rasa kerdil pada awalnya. Tetapi sebaik melangkah beberapa langkah, saya dapati ramai sebenarnya yang telah berada di jalan ini. Ramai juga yang telah pun mendahului saya. Justeru rasa kerdil hilang tiba-tiba. Paras keyakinan bertambah-tambah. Para pahlawan penyatuan umat semakin hadir.
Saya menulis bukan memuji. Pujian milik Allah sepenuhnya. Saya menulis adalah untuk mengajak dan menyeru. Saya menulis untuk memanggil pahlawan-pahlawan agar hadir sentiasa di jalan ini. Bersama menanam dan memugar projek mega ini. Ia adalah jihad besar.
Muafakat Nasional adalah belahan hati saya. Saya karangnya semenjak belasan tahun dalam bengis saya pada Umno dan lembut saya juga pada Umno. Karangan bukan sebarang karangan. Ia bungaan di hati yang penuh rasa cinta.
PAS adalah pangkalan saya. Di sini saya membina kekuatan dan apabila saya keletihan dan kehabisan, saya akan segera kembali kepada PAS untuk menambah bekalan. PAS penuh dengan para pahlawan di jalan Allah.
Di seberang sana ada juga pangkalan. Rakan-rakan saya bergagah di pangkalan Umno. Jambatan ini dalam pembinaan. Janganlah diruntuhkan oleh angin lalu. Selamat ulang tahun kedua Muafakat Nasional.
USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 17/9/2021
HANYA SATU JE AKU PELIK
ReplyDeleteDividen TH terendah masa Mujahit , aku tak pelik.
Dividen ASB rendah masa Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan , aku tak pelik.
AES makin bertambah, aku tak pelik.
Tol masih kena byr, aku tak pelik.
Minyak masih mahal, aku tak pelik.
SST ganti GST, aku tak pelik.
RM 50 tak penuh troli, aku tak pelik.
Kos sara hidup meningkat, aku tak pelik.
Harga barang naik, aku tak pelik.
Cukai makin naik , aku tak pelik.
Bil air n letrik naik, aku tak pelik.
PTPTN kena byr, aku tak pelik,
BR1M dapat rm 100 je, aku tak pelik...
Bonus tak dapat, aku tak pelik.
Hutang negara makin bertambah, aku tak pelik....
Pelabur lari, aku tak pelik..
Ringgit makin jatuh, aku tak pelik.
Kerajaan PH jual aset negara, aku tak pelik.
Bantuan rakyat di hentikan masa PH, aku tak pelik..
Lynas di teruskan, aku tak pelik..
Ramai hilang pekerjaan, aku tak pelik..
Kerajaan potong sana sini, aku tak pelik.
Menteri banyak u-turn, aku tak pelik..
Menteri PH ada ijazah palsu, aku tak pelik.
Menteri tak pandai buat kerja, aku tak pelik..
Rakyat di suruh ikat perut, aku tak pelik..
Semua agensi govt di swastakan, aku tak pelik...
Lantik kroni2 dlm agensi kerajaan, aku tak pelik..
GLC lantikan politik, aku tak pelik...
Kroni2 menteri dpt tender berjuta2, aku tak pelik..
Perlembagaan negara di hakis, aku tak pelik...
Tanah2 kg org2 melayu diroboh namun kuil2 tanah haram x diroboh,aku x pelik...
Covid19 meningkat kerajaan gagal aku tak pelik
Datuk Kenny tokey along dan judi online lesap aku tak pelik
Kes Zety tak siap siap lagi aku tak pelik
Justo lesap depan lubang hidung Tun aku tak pelik
Jho Low lesap bertukar jadi beruang aku tak pelik
Yang aku pelik dan hairan bin ajaib ni, masih ada orang Melayu @ macai @ rba melayu yg percaya dgn PAKATAN HARAPAN
Yang satu ni aku betul2 pelik
Percaya kat eng guan yg tak bersunat pun pelik juga.
ReplyDelete