Monday, September 20, 2021

Sepanduk sambut menteri, timbalan bazir wang kerajaan?

 

Tidak payahlah buat sepanduk sambut menteri atau timbalan menteri lagi dalam suasana sekarang. 

Buat sepanduk sebegitu membazir wang kerajaan sebab sepanduk itu dibuang sahaja selepas tamat acara. Jika mahu beri projek kepada peniaga atau kontraktor terlibat, buatlah sepanduk yang lebih bermanfaat daripada sepanduk sebegitu. 

Arahan patut dikeluarkan kepada semua agensi kerajaan berkaitan hal ini. Pegawai kerajaan pula janganlah guna wang kerajaan tanpa berfikir panjang. 

Sepanduk sebegitu boleh diganti dengan pancaran menggunakan projektor ke skrin putih yang lebih jimat dan mesra alam sekitar. 

Gambar yang disertakan sekadar contoh supaya isu ini lebih mudah difahami. (KERENGGA)

No comments:

Post a Comment