KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik itu tiga tahun lepas.
Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff, ketika dihubungi berkata mahkamah telah mengarahkan Anwar agar memfailkan penyataan pembelaan beliau selewat-lewatnya 28 Sept ini.
“Mahkamah turut menetapkan 29 Okt depan sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya,” katanya selepas prosiding pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.
Peguam Ranjit Singh, yang mewakili Anwar, ketika mengesahkan perkara itu berkata mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak agar memfailkan sebarang permohonan interlokutari sebelum 29 Okt.
Pada 14 Julai lepas, Muhammed Yusoff, 28, memfailkan saman mendakwa serangan seksual telah berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar, 73, di Segambut.
Plaintif mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.
Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA
4 comments:
Jalan terakhir Tun Mahathir menguasai parti parti pembangkang mengenakan Anwar sekali lagi dan menguasai blok ke tiga.
Manakala Mukhriz dicadang ganti Anwar sebagai ketua pembangkang. Kalau Tak Ada Saya, Anwar Bukan Siapa Pun" - Tun Mahathir
Ismail Sabri dapat jadi perdana menteri kerana ahli Parlimen Umno ‘kluster mahkamah’ memberi sokongan kepadanya, kata Dr Mahathir Mohamad. Link bawah
https://youtu.be/ytX-urk71LQ
Di dalam Parlimen skrg terdapat 3 blok iaitu Kerajaan, PH dan Bebas. Seperti yang kita sedia maklum, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen kini disandang oleh DS Anwar Ibrahim dari PH.
Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim terhutang budi kepadanya kerana naik dalam politik, menolak kecaman berterusan penyokong pemimpin PKR itu beliau menjadi halangan kepada usaha Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa.
Waima begitu, jawatan Ketua Pembangkang sebenarnya juga boleh dilantik dari kalangan Ahli Parlimen pembangkang dari blok Bebas. Ia bukan jawatan hakiki untuk blok PH. Antara nama yang ada ialah DS Shafie Apdal & DSU Mukhriz Mahathir.
Bekas perdana menteri itu berkata, Anwar yang tidak mahu menerimanya selepas kerajaan PH tumbang tahun lepas.
“Saya tak tolak dia. Sebenarnya, Anwar jadi Anwar kerana saya. Kalau tak ada saya, Anwar bukan siapa pun.
Saya yang bawa naik dia sampai jadi timbalan perdana menteri,” kata Mahathir dalam wawancara bersama Bernama malam tadi, merujuk kepada tahun 1990-an ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Parti Pejuang Tanahair Johor Bahru ingin mencadangkan agar Mukhriz Mahathir untuk dipertimbangkan sebagai Ketua Pembangkang
Bila atok sudah takut dengan bayang- bayang sendiri... Bayang penyapu disangka hantu raya, bayang kucing disangka harimau kikiki..!!
“Saya dikhianati,” isytihar Mahathir pada sidang media di Yayasan Albukhary pagi tadi. Dan tanpa bersembunyi, beliau berkata Muhyiddin telah menghianatinya berulang kali - Kadir Jasin
PH adalah satu2nya kerajaan dalam dunia yg digulingkan oleh Perdana Menterinya sendiri. PM nyanyuk dan bodoh atau terlampau takut bayang sendiri.
Jgn salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri.
Yg keluar dari gabungan Bersatu - Mahathir
Yg letak jawatan Pengerusi PH - Mahathir
Yg letak jawatan Pengerusi Bersatu - Mahathir
Yg letak jawatan Perdana Menteri - Mahathir
BN tak suruh dan PAS tak minta Tun letak jawatan jadi kenapa salahkan Pakatan Nasional?
Yg serah kepada YDP Agong utk buat keputusan - PH
Yg akan sokong keputusan YDP Agong - PH
Bila YDP Agong buat keputusan tak lantik Tun jadi PM semula, Tun tak boleh terima sebab pilih TSMY jadi PM dari Presiden Bersatu - PH
Cerita gila politik semua berpunca dari PH..
Bila kalah,disalahkan semua org..salah makan ubat puak2 ni..suruh telan panadol,ditelannya ubat gegat. Terus mcm mabuk ubi gadung.
Puak DAP senyap sunyi..barangkali sdg gelak tengok ultra Melayu kena bodoh bangang dan bergaduh bercakaran sesama sendiri.
Dr M ditendang keluar PPBM
Dr Mahathir Mohamad berkata..JAWATAN AKU DIROMPAK !!!
Yang MEROMPAK jawatan atok kau tu Mahathir....Mahathir....dari dulu kini dan selamanya Mahathir...
Yang peliknya KAU jerit kata KAU yang DIROMPAK....tapi PEROMPAK duk depan mata kau dan kau RAIKAN dan SOKONG pula..
Bukankah betapa BANGANGnya sikap orang yang di rompak dan orang yang merompaknya..boleh pulak duduk semeja...?.
Ke dua dua orang yg di ROMPAK sangat waraq dan yang MEROMPAK orang yang sangat Tawaduk pula....Patutlah dua2 terlebih ngam dan terlebih bangang... akai ada..!?
Nazri On Najib Appointment As Economic Adviser To The PM With A Ministerial Rank – “It Is What Is Best For The Country & It’s A Real Waste If We Don’t”
Muhyiddin pushed for my resignation over YTL contract It would be a real waste if Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob does not utilise the expertise of Datuk Seri Najib Razak and appoint the former prime minister as his economic adviser, said an Umno leader.
Padang Rengas MP Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said it would be a wise move considering Najib’s past experience as prime minister himself from April 2009 to May 2018, a period the former said had seen the country reach new heights.
To boost our economic then Make GST great again...!!!
Kuasa ke tiga kenyataan Tun ego dan angkuh. “Saya bukan nak jadi perdana menteri saya cuma nak jadi ketua Mageran (Majlis Gerakan Nasional) atau Majlis Pemulihan Negara - Tun Mahathir
Tun berkata dengan bongkak dan angkuh "Parti yang ditubuhkan nya Pejuang tidak tertarik untuk mengadakan kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) atau PN".
Anwar juga hampir pasti menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 namun tidak berjaya juga apabila berlaku pergolakan politik dan pertembungan beliau sekali lagi dengan Mahathir dalam Pakatan Harapane.
Mengikut rekod ini adalah kegagalan ke-5 Anwar Ibrahim dalam cubaan mendapatkan tempat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa di dalam UMNO satu ketika dahulu.
Bila dah Tun tak berkuasa lagi Anwar dan otai reformasi dibakul sampah kan pula. Tindakan ini jelas menunjukkan Tun lebih pentingkan diri sendiri setelah Pakatan Harapan tidak memberikan apa apa keuntungan pada Tun lagi.
Parti Pejuang juga kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana gabungan dan memilih menjadi kuasa ketiga.
"Oleh itu Pejuang tidak tertarik untuk mengadakan kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN)", kata Tun Mahathir
“Kita dapati kedua-dua pasukan gabungan yang ada, PN dan PH tidak menarik dan tiada tarikan langsung maka sebab itu Parti Pejuang asingkan diri selesa jadi blok ke tiga", kata Tun.
Pada PH silalah menilai kenyataan Tun ini selepas kehilangan kuasa. "Kalau Anwar nak jadi perdana menteri dia kena dapatkan sokongan majoriti Dewan Rakyat, tapi dia kerap kali tak dapat sokongan, pasal apa pun saya tak tahulah,” kata Dr Mahathir.
“Kita dalam Pejuang adalah kuasa ketiga. Kita boleh pilih mana satu yang kami suka samada hendak memihak kepada mereka tapi kita ingin tahu apa pendirian ditawarkan mereka." hujah Tun lagi
Pada otai otai reformasi kau orang nilai lah sendiri kenyataan Tun. Bongkak dan mulut celupar. Bila Tun nak kuasa jadi PM kali ke 2 dengan muka tebal tidak tahu malu terhegeh hegeh minta sokongan puak Reformasi.
Selepas perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri PM ke-9 semalam tiba - tiba Tun mohon Pejuang sertai PN sekiranya ada jemputan dari PN. Seperti biasa Tun dengan ayat penuh berlapik sekiranya Pejuang dijemput menyertai PN. Perlukah PN buat jemputan..!?
Perlu kah dilayan permintaan Tun dengan kedudukan Parti Pejuang yang tiada cawangan tiada bahagian dan ahli parti yang kecil.
Kalau nak buat blok ke tiga sila lah Tun M usahakan sendiri. Silakan Tun bentuk kuasa ketiga. Tun tidak perlu terhegeh hegeh hendak menempelkan Parti Pejuang pada PN atau PH.
Malah Parti Pejuang tidak meninggalkan apa apa impak yang signifikan lansung buat masa ini pada PN mahupun PH..! Tiada cawangan, tiada ahli ahli dan tiada bahagian Pejuang di negara ini.
Pada PH dan PN eloklah tinggalkan Pejuang parti anak beranak ini Tun dan Mukhriz serta lain lain. Biar kan Pejuang membawa hala tujunya sendiri sebagai blok ke tiga. Pedulikan sahaja Parti Pejuang ini.
"Pinggan tak retak nasi tak dingin. Pejuang tak hendak PH dan PN lagi tak ingin."
#SelamatTinggalPejuangSlamatJalanTun
Post a Comment