Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
Kepala air Gunung Jerai bukan kerana kegiatan manusia.
KUALA LUMPUR: Pokok lengkap dengan akar yang dihanyutkan air dalam kejadian kepala air di Hutan Simpan Gunung Jerai membuktikan bahawa kejadian itu adalah takdir Allah SWT.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, berkata kejadian itu bukan akibat kegiatan pembalakan haram seperti dakwaan sesetengah pihak.
Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson-PH) membidas kenyataan Takiyuddin yang berkata, kejadian di hutan simpan itu adalah `Act of God (Tindakan Tuhan).
Anwar berkata, setiap kali berlaku bencana alam, pemimpin kerajaan seperti sebelum ini akan menyalahkan kuasa Tuhan sebagai punca.
“Saya melawat kawasan bencana itu dan lihat sendiri pokok besar yang masih berakar dihanyutkan air. Ini membuktikan pokok itu bukan dibalak, tetapi adalah akibat keadaan semula jadi,” kata Takiyuddin di Sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PAS- Jerai), katanya Hutan Simpan Gunung Jerai telah diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan pada tahun 2018 dan kegiatan pembalakan memang tidak dibenarkan.
Katanya, kawasan hutan itu adalah sebahagian Hutan Simpan Kekal Ulu Muda seluas 106,000 hektar dengan 12 peratus daripada kawasan itu adalah kawasan perlindungan dan baki boleh diusahakan.
“Bagaimanapun, saya dapat pengesahan kerajaan Kedah yang menyatakan bahawa sejak 3 tahun lalu, tiada pemberian lesen untuk diusahakan. Walaupun antara 2014 hingga 2019, kira-kira 25,000 hektar diluluskan untuk diusahakan, tetapi tiada kelulusan di Gunung Jerai,” katanya.
Takiyuddin berkata, kerja restorasi kawasan hutan di sepanjang jalan menuju ke puncak Gunung Jerai juga akan dilakukan menggunakan peruntukan RM75 juta untuk hutan tersorok seluruh negara.
Menjawab soalan tambahan Anwar mengenai aktiviti pembalakan yang berterusan, Takiyuddin berkata, tiada pelanggaran terhadap Catuan Tebangan Tahunan (CTT) hutan yang boleh diusahakan pernah direkodkan di seluruh negara sepanjang dua tahun lalu.
Katanya, seluas 39,354 hektar CTT diluluskan tahun lalu namun hanya 22,931 hektar yang diusahakan dan pada 2019, seluas 43,299 hektar CTT diluluskan dan hanya 10,949 hektar diusahakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/9/2021
Anwar ni petah berpidato tapi kurang ilmu. Tak kenal balak dgn pokok yg boleh jadi balak. Setiap yg dikaitkan dgn Tuhan, anwar cepat menyanggah. Bila tak percaya kat Tuhan, maka jadilah dia seorg pemimpin yg mengajak rakyat jadi lagha macam dia.
ReplyDeleteBANGKOK – Pemburuan lapan bulan terhadap Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat kini berakhir, lapor portal berita Coconuts KL hari ini.
ReplyDeleteTransgender berusia 36 tahun itu ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand di kondominiumnya pada 8 September lalu, beberapa bulan selepas pihak berkuasa Malaysia menuduhnya berpakaian seperti wanita di sebuah sekolah agama tiga tahun lalu, lantas melancarkan operasi memburunya.
##kalau anwar pm, sajat ada lagi kat msia. Sama2 liberal##