Thursday, September 23, 2021

Waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report. Ajar dia, padan muka..

 


Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, kerana gagal hadir pada pertuduhan berkaitan kes mengeluarkan fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah tersebut selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh, yang berumur 62 tahun itu.

Nordiana kemudian menetapkan 23 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli.

Rewcastle-Brown dijadual dituduh hari ini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report. Ajar dia, padan muka..

2 comments:

Anonymous said...

Makcik ni yg promote tghh terima 90 juta. Yg sedihnya, pkr dan pan tergamak ikut promosi sama dlm usaha menjatuhkan sesama muslim. Jika dap nak jatuhkan muslim, itu maklum. Tapi bila pkr dan pan nak jatuhkan muslim, itu satu pengkhianatan terhadap Islam oleh mereka yg ngaku Islam.

Anonymous said...

Yg pelik puak puak Melayu PKR PAN dan Pejwang yg terkinja kinja memperlekehkan perolok olok RUU355 sepatutnya membantu dan menyokong RUU tsb...

Klu rasa RUU itu ada kekurangan patut beri buah fikiran utk perkemaskan RUU tsb... tapi paling malang mereka yg terkinja kinja memperlekehkan RUU dan tuan mereka DAP duduk sambil tepuk tangan tengok terkinja kinja merlekeh dan perolok olok RUU tsb..

#sahbaruaDAP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails