CIAPAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang memberi kata semangat buat Ziyad susulan pembatalan pingat emasnya di temasya Paralimpik Tokyo.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui seluruh negara berbangga dengan pencapaian jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekalipun pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 petang tadi masih belum 'dipulangkan.'
Ismail Sabri menerusi akaun Twitternya menyifatkan betapa Ziyad tetap juara di hati seluruh rakyat Malaysia khususnya menerusi kejayaan memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter (m).
"Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami, memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa! Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda!
"Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal di tangan Malaysia #malaysiaboleh #letlogicprevail ," kata Ismail Sabri.
Terdahulu, kejayaan Ziyad meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 'dirompak' oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo.
Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Protes itu membolehkan Ukraine merangkul pingat emas dan perak masing masing menerusi Maksym Koval dengan catatan 17.34 m dan Oleksandr Yarovyi (17.30m).
Peluang jadi usahawan ternak siput..
MERDEKA!! - UCAPAN PADU ANWAR IBRAHIM | HARI KEBEBASAN - 16 MAY 2018 -
ReplyDeletePerlukah pengampunan kalau tak buat kerja itu
Hari bersejarah 16 May 2018 - Hari Anwar Ibrahim mendapat Pengampunan Penuh daripada Yang Di Pertuan Agong. Puluhan ribu pendokong Pakatan Harapan telah berkumpul di Padang Timur, Petaling Jaya, bersama dengan Pemimpin Pakatan Harapan bagi menyambut, dan meraikan hari bersejarah ini.
Persoalan sekarang kena perlu mintak ampun kalau tak melakukan perbuatan liwat itu.?
Avengalist dap kata kristian adalah agama terbaik. Anwar kata semua agama adalah sama. Apalah bangangnya anwar. Lari dari fikrah Islam. Dia tak fikir ke aqidah anak cucunya kemudian hari. Dok pikir kerusi, liberal dan material. Patutlah rumahnya harga 12 juta. Tu baru duduk kerusi ketua pembangang. Fokus dia kerajaan gagal, ini tak betui, itu tak betui. Menteri kitar semulalah. Serba tau dia macam pelanggan tetap kedai kopi. Cakap apa topik pun, semua tahu. Bagilah org lain jadi ketua, boleh ubah kaedah. Tak guna persepsi, retorik dan fitnah. Kitar semula ketua pembangang tak pergi jauh, tiada inovatif dan tiada inovasi.
ReplyDeleteAmbil iktbar sejarah salisilah PM Britain skg ini.. Keturunan asal PM itu adalah al hafiz dari Turkey.
ReplyDeleteHanya 2 generasi saja akidah keturunan Al Hafiz itu dari Turkey lenyap... !!!
Apa erti sebuah kemerdekaan..!?
Merdeka kah kita kalau akidah anak cucu tergadai nanti...!?