Tuesday, October 19, 2021

22 BULAN YANG CELAKA..!! -Komen Rakyat.

 


5 comments:

Anonymous said...

22 BULAN YANG CELAKA..!!

Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’. Pada October 11, 2021 Bekas Peguan negara, Pulau Batu Puteh, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, beliau mempunyai fakta dan asas kukuh bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia.

Malah, ketika bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau menegaskan yakin mampu membuktikan perkara tersebut dalam tempoh 60 hari jika Malaysia tidak menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah serta Tubir Selatan pada 2018.

“Saya amat marah dan kecewa dengan keputusan Dr. Mahathir yang membuat ketetapan itu tanpa merujuk kepada Kabinet dan saya ketika itu, Peguam Negara.

“Cukup hairan mengapa bekas Perdana Menteri itu buat keputusan itu tanpa rujuk kepada Peguam Negara. Sedangkan kita ada bukti untuk menunjukkan pulau itu milik Malaysia dan saya boleh selesai dalam tempoh 60 hari jika berbuat demikian,” katanya. Tak cukup Pulau Singapura diserah pada Lee Kwan Yew pulau timbul tenggelam pun nak digadai juga.

Hanya 22 bulan PH berkuasa ... saya Ulanggg..!! Bukan 22 tahun Bukan 22 kurun..!! tapi hanya 22 sahaja Pulau Batu Putih yang timbul tenggelam itu pun nak disedekah pula pada anak Lee Kwan Yew oleh pemimpin puaka ini..!!

Anonymous said...

Atok adalah bekas pemimpin ke enam terkaya di dunia. Macam mana boleh jadi gitu? Kalau belum jadi pm, kedudukan terkaya spt itu, rakyat boleh terima. Tapi maha kaya masa jadi pm. Dia tinggalkan pemimpin dlm partinya mewarisi sikap rakus. Akhirnya bekas partinya bergolak dgn pelbagai skandal. Politik wang, rasuah, jaga perut sendiri tdk jaga kepentingan org melayu. Terus membusuk sejak bermulanya atok jadi presiden parti dan pm. Akhirnya org melayu berlaga sesama sendiri kerana sikap rakus atok yg merosakkan perpaduan org melayu.

Zul said...

Kesesakan di kelantan pun kena tengok jugak. Jem teruk musim cuti.

Anonymous said...

Musim cuti dan musim perayaan bukan saja di Klantan ajer yg jem nyer..
kat Paris kat Tokyo dan Shanghai pun jemm..
podahhh..!!

Anonymous said...

ADIL DAN SAKSAMA Sajak Oleh Tan Sri Rafidah Aziz.
(Masa beri AP dolu kira adil ka..!? kikikiki.!!)
I just received this via WhatsApp :
Negara ini tempat kita berteduh, bernaung, mencari nafkah
Tanah Air kita, bersama, tanpa ada jurang pemisah,
Sewajarnya, kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah,
Jangan ada membeza, dalam keadilan dan layanan, hingga berat sebelah
Tidak wajar Peraturan2 di bezakan kuatkuasa
Satu untuk Rakyat, tetapi lain pula untuk orang angkasa..
Undang2 tidak ada ruang untuk di tafsir ikut citarasa
Di denda, di sukarkan, untuk ramai
walhal yang khas dan terpilih..wah, layanan luar biasa !
Mengapa antara Rakyat, hendak juga dibeza, dikelompokkan.
Yang itu dapat layanan istemewa, yang ini didenda, ditekan ?
Tidakkah layanan MESTI samarata, adil saksama, tidak dibezakan,
Berasaskan siapa, dari mana asal usul, kumpulan bawah atau atasan?
Jika layanan tidak adil, tidak samarata, antara Rakyat
Maka tadbir-urus dan perlaksanaan peraturan, pasti cacat,
Kerana pertimbangan berasaskan siapa lemah, siapa pula yang kuat,
Akhirnya yang menentukan, ialah, apa yang tersirat, BUKAN yang tersurat.
Negara Bertuah Malaysia akan melindungi semua kita,
Jika pentadbiran adil, tiada yang dikecuali, ditinggalkan,
atas alasan apa juga.
Tidak kira keturunan, darjat dan status , waima Ugama,
Kerana setiap kita ada kepentingan, ada kewajipan, sebagai Warga Negara...
Undang2 jangan dinodai olih pilihkasih , serta diskriminasi ..
Jangan dihakis, kekesanan, wibawa dan Integriti demokrasi,
Janganlah yang lemah, kurang upaya, kurang mampu, disisih, serta kurang diperhati.
Walhal, yang berstatus, walau imej tercemar, di layan istemewa, dalam serba serbi...
Kita hendak meghala ke tahap sebuah Negara berwibawa, teguh dan Maju..
Di mana, tidak ada tempat untuk sikap feudal,
pemisahan antara kumpulan "kami" dan puak "kamu"...
Malaysia , tidak lagi larat , tidak lagi terdaya, dan tidak mampu
Melihat antara Warganya mengasing diri antara Melayu dan bukan Melayu .
Jangan di tumpu semata2 kepada apa jua perbezaan,
dan kelainan, dan apa tidak sama..
Menegakkan keadilan mesti urusan luhur,
tanpa dititikberat siapa dia, dan apa nama
Manusia datang manusia pergi, itu hakikat hidup di Dunia..
Tetapi, Malaysia, dengan Imej yang kita bina bersama,
akan Kekal selama2nya..
Hidup AP..!!
SEJAHTERA NEGARA KITA..

1 comment:

Anonymous said...

Lagi pemimpin DAP salahkan Tun Mahathir Mohammad.

Dr M antara punca perpecahan kaum, kata P Ramasamy. Kehilangan Pulau Batu Puteh juga salah Dr M, kata pemimpin DAP Pulau Pinang.

Dulu Tun kata DAP okey ajar dan walaun serta barua Tun pun ikut sekali terkinja kinja.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy mendakwa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi satu daripada faktor mengapa negara masih tidak bersatu padu.

Ramasamy berkata, Mahathir masih menggunakan hujah lama iaitu dasar memberikan keutamaan kepada Bumiputera.

Bukan anak-anak dan keluarga mereka yang sangat memerlukan faedah daripada dasar ini tetapi golongan miskin,” katanya.

“Mahathir terus menyatakan benda yang (sama) berulang kali tetapi banyak orang mungkin sudah muak dan bosan.

Akhirnya umpama habis madu sepah dibuang..!! Apa lah sangat madu bunga yang masih tersisa jika pokok bunga itu berusia 96 tahun. Parti DAP sedia maklum madu dari pokok berusia 96 bukan helok sangat pun cuma Parti DSP amat tahu ia berguna untuk pecah belah orang Melayu.

Mahathir bukan pemerhati luar, malah salah seorang penyebab utama bagi pelaksanaan sistem yang memberikan layanan istimewa kepada elit politik dengan alasan bahawa ini akan membantu menangani keperluan khas orang Melayu miskin.

Mungkin itu lah makna tersirat bila DAP mengkudakan Tun hanya selama 22 bulan sahaja.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/417403/tun-m-hanya-untungkan-dap

Dr Mahathir Mohamad lah orang yang mesti di pertanggungjawabkan ke atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, mungkin ada benarnya, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy. Betul betul kena sebijik kat muka Tun balik.. padan la muko walaun semua..!!

https://klse.i3investor.com/m/blog/savemalaysia/2021-10-14-story-h1592705470-Ramasamy_s_confession_exposes_Pakatan_s_inadequacy_and_inability_to_def.jsp

"Terpulang pada Mahathir untuk memutuskan sama ada permohonan semakan boleh dimenangi atau tidak", kata Tim Ketua Menteri Pulau Pinang

“Tun Mahathir sepatutnya membiarkan ICJ atau Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai rayuan itu. Mana tahu, Malaysia mungkin menang,” katanya.

Ramasamy berkata, mengapa hal ini dirujuk kepada ICJ dari awal masih menjadi misteri.

“Mahathir mesti menjawab persoalan mengapa perkara ini dirujuk bersama kepada ICJ sedangkan ada jalan diplomatik lain yang boleh diambil" kata P Ramasamy

“Memandangkan Singapura mendapat banyak manfaat daripada hubungan jangka panjangnya dengan Malaysia, ini dapat digunakan secara diplomatik untuk mendapatkan pulau tersebut.

“Saya diberitahu, walaupun Malaysia mempunyai kes yang kuat dan mungkin dapat menang, fakta yang dibentangkan tidak kukuh dan tidak kompeten.

“Mahathir harus jawab kegagalan besar ini,” katanya Tim Ketua Menteri Pulau Pinang

#dahmacamsialsumanyakikikiki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails