KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim digesa agar memohon maaf kepada kerajaan dan mengemukakan bukti bagi membuat penjelasan lebih lanjut berhubung dakwaan yang dibuat beliau bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk projek buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Anwar perlu mengemukakan bukti yang kukuh serta membuat permohonan maaf kepada kerajaan kerana perkara ini telah dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed pada Selasa lepas.
Menurutnya, Anwar sebagai Ketua Pembangkang seharusnya perlu mempunyai bukti yang kuat dan tidak sewajarnya dengan mudah membuat tuduhan sebegitu kerana ia merupakan tuduhan serius membabitkan sejumlah wang dengan jumlah besar yang didakwa telah dibazirkan kerajaan.
Tambah Kamarul Zaman, hal ini tidak selari dengan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani oleh beliau dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerjasama bagi menangani masalah negara yang lebih besar yang memerlukan kerajaan dan pembangkang mengetepikan perbezaan untuk menguruskan negara.
“Anwar sudahpun mempunyai laluan dalam Jawatankuasa Perunding, justeru sepatutnya sekiranya beliau mempunyai apa-apa kekeliruan dan keraguan hendaklah dibangkitkan melalui saluran yang betul kerana ia boleh mempengaruhi masyarakat.
“Beliau tidak seharusnya berselindung di sebalik imuniti yang dimiliki oleh seorang Ahli Parlimen. Sekiranya beliau berani (kerana benar), maka kemukalah bukti dan ulang kembali dakwaan tersebut di luar Parlimen, barulah boleh dikatakan bertanggungjawab,” ujarnya kepada HarakahDaily.
Sementara itu Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kenyataan Anwar bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk projek buku RMK12 adalah tidak tepat dan Anwar harus menjelaskan dari sumber mana beliau mendapat angka tersebut.
“Beliau sendiri berada dalam Dewan Rakyat dan bukannya di kedai kopi ataupun di kampung. Justeru, Anwar perlu menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut tentang dakwaan itu dan menjelaskannya kerana angka RM2 billion yang didakwa beliau itu boleh menimbulkan masalah kepada rakyat sekiranya tidak dijelaskan betul-betul kerana angka itu terlalu besar,” ujarnya.
Dr Jeneri Amir
Di samping itu, Anwar perlu menarik semula kenyataan itu kalau ia tidak betul dan beliau perlu menyatakan angka yang betul setelah membuat semakan dan sebagainya kerana ia wajar dilakukan, kerana setiap perkara yang diucapkan di Dewan Rakyat mempunyai signifikasi dan implikasi yang besar kepada tanggapan rakyat.
“Sehubungan itu, bagi mengelakkan kekeliruan, saya menyarankan agar kedua-dua pihak iaitu Anwar dan kerajaan agar segera membuat penjelasan yang munasabah berdasarkan angka dan fakta yang sebenarnya bagi menyatakan perkara yang benar kerana dakwaan Anwar itu boleh menjejaskan imej kerajaan,” ujar beliau.
Katanya lagi, dari segi logiknya, kenyataan yang ditimbulkan oleh Anwar di Parlimen itu menimbulkan persoalan dari awal lagi, justeru selepas Mustapa tampil membuat penjelasan, maka ternyata keraguan itu adalah tidak tepat dan bukan RM2 billion yang dibelanjakan untuk projek buku RMK12 berkenaan.
Terdahulu, Mustapa pada Selasa lepas berkata, perancangan pembangunan negara untuk lima tahun bagi projek buku RMK12 berkenaan disediakan oleh pegawai UPE, JPM di bawah seliaannya, hanya melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media, dan tidak pernah membelanjakan sehingga mencecah RM2 bilion, sekali gus menafkan dakwaan Anwar tersebut.
Mustapa sehubungan itu juga memohon agar Anwar dapat memperbetulkan kenyataan tersebut bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE, JPM dan kerajaan. – HARAKAHDAILY 10/1/2021
"Kerajaan tidak digalakkan mengambil wang negara untuk diberikan kepada golongan miskin di luar bandar, kononnya bagi mengatasi masalah kemiskinan", kata Tun Mahathir Mohammad
ReplyDeleteAhli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendekatan tersebut tidak begitu berkesan kerana ia tidak mampu memperkayakan golongan miskin luar bandar, selain ia memberi risiko kepada kerajaan untuk bankrap.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata kerajaan disaran supaya lebih terbuka dengan penggunaan teknologi moden termasuk dalam sektor pertanian.
Jelas beliau, tanah-tanah kecil yang dimiliki oleh petani juga boleh dicantumkan untuk menjadi estet, dan diuruskan secara profesional.
Dalam masa yang sama mungkin kita boleh saja bertanya "adakah mengambil wang negara untuk bailout syarikat bukan caranya untuk membantu golongan orang yang sudah kaya kaya".
Lu fikir lah sendiri
Anwar ni bukankah sudah diketahui kaki temberang dan auta,berbilang bilang kali cakapnya tidak berfakta hanya auta,malang sekali pengikut fanatik masih percaya auta,layakkah jadi PM auta????
ReplyDeleteAnwar org politik. Dia bukan cendekiawan. Politik dan bukan cendekiawan adalah dua unsur dlm satu badan. Berbelit2 bila berhujjah. Kosong dan tiada manfaat. Benar sangatlah teruja bila ada sokongan dari dap. Jerit sana, jerit sini. Org kagum kerana jeritan bukan fakta.
ReplyDeleteAbam tidak diapit oleh ulamak, tapi diapit oleh dua lim anak beranak. Jadi tidaklah dia mewakili org melayu dan islam, melainkan berusaha dia utk dapat redha dua lim. Lim kecil ada kes trowong, manakala abam suka sangat kat trowong.
ReplyDeleteYang jadi kerajaan sekarang perlu memohon maaf kerana kamu telah menipu lebih 50% rakyat yang telah sahih tidak memilih kamu Sebagai kerajaan pada pru 14.. Cara memohon maaf ialah segerakan pru15
ReplyDeleteYg kerajaan dulu menang sebab fitnah kan. 90 juta. Sekarang rakyat dah sedar kerajaan dulu kuat temberang. Manifesto bukan kitab suci.
ReplyDelete