Sunday, October 03, 2021

Atlet renang Kelantan giat berlatih hadapi Sukma 2022

 

SUKAN

"..seramai 10 lelaki dan 10 perempuan menjalani latihan di lokasi berasingan sebagai persiapan sebelum pemilihan perenang terbaik untuk mewakili Kelantan pada pertandingan itu."

KOTA BHARU: Kelantan kini giat melatih bakat baharu sukan renang yang bakal mewakili negeri di Sukan Malaysia 2022 (Sukma 2022) di Johor, tahun depan.

Program latihan yang dikendalikan Urusetia Belia Sukan dan NGO (U-BeS) setakat ini mempunyai seramai 20 atlet berusia 13 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, berkata pencarian bakat baharu dilakukan sejak setahun lalu.

Katanya, seramai 10 lelaki dan 10 perempuan menjalani latihan di lokasi berasingan sebagai persiapan sebelum pemilihan perenang terbaik untuk mewakili Kelantan pada pertandingan itu.

“Atlet muda ini sepatutnya perlu menjalani latihan selama enam bulan, tetapi kekangan akibat pande Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, berkata pencarian bakat baharu dilakukan sejak setahun lalu.

Katanya, seramai 10 lelaki dan 10 perempuan menjalani latihan di lokasi berasingan sebagai persiapan sebelum pemilihan perenang terbaik untuk mewakili Kelantan pada pertandingan itu.

“Atlet mik Covid-19 menyebabkan latihan terpaksa dihentikan.

“Kita harap mereka terus berlatih bersungguh-sungguh bagi membolehkan Kelantan memenangi pingat emas dalam acara renang di Sukma 2022,” katanya selepas Majlis Penyerahan Peserta Akademi As-Sibahah U-BeS 2020 kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan di H Elite Bandar Baru Tunjung di sini.

Turut berucap pada majlis ini ialah Penolong Pengarah MSN (Khidmat Pengurusan), Tuan Aziz Tuan Mat; Pengarah U-BeS, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin dan wakil MSN Kelantan.

Sementara itu Nasruddin meminta atlet yang mewakili negeri supaya bersungguh-sungguh mencapai hasrat yang diimpikan.

Katanya, Kelantan bukan hanya terkenal dalam sukan bola sepak, sebaliknya dalam semua sukan lain, termasuk renang.

“Apa yang penting ialah berusaha untuk mencapai hasrat itu dan latihan demi latihan mesti dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/10/21

Sila lihat..
Rentas Mendunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails