KOTA BHARU: Kesahihan rakaman audio didakwa mirip seorang pemimpin PAS yang mempertikai kepimpinan Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan.Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, pada masa yang sama pihaknya terbuka untuk disiasat berhubung kesahihan audio terbabit sekiranya ada laporan polis dibuat.
Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana bagi beliau dakwaan tersebut lebih bersifat andaian.
“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian. Andaian perlu dibuktikan dahulu. Kalau ada laporan polis, biar polis siasat. Kita ikut undang-undang, kita tak nak main andaian ini,” katanya di sini, hari ini.
Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut sejak semalam di media sosial. – HARAKAHDAILY 10/10/2021
Sila lihat siri PRN Melaka:
1. PRN Melaka (1): Apa kata PAS? 2. PRN Melaka (2): Pas mahu perkasa MN &pertahan PN. 3. PRN Melaka (3): Ini Hadiah Untuk PH, Senarai 123.. 4. PRN Melaka (4): PAS jadi Penentu? -Dr Kamarul Zaman. 5. PRN Melaka (5): Wajib politik, tapi bukan undi DAP... 6. PRN Melaka (6): Keputusan minggu depan. 7. PRN Melaka (7): PH gembira, tanding 3 pnjuru parti... 8. PRN Melaka (8): Jadikan model perpaduan Melayu -D...
Ingat peristiwa 90 juta. Jadikan itu sebagai benchmark. Mereka akan cuba pelbagai cara utk pecah belahkan pas. Dan pasti rakyat sudah memahami cara dap, pkr dan pan yg memang punya kecekapan dlm bab fitnah.
ReplyDelete