Thursday, October 14, 2021

'Dakwaan PAS khianat, jangan sampai semuanya melopong'

 

KUALA LUMPUR: Sidang Assabiqun (veteran) PAS Pusat menafikan parti itu mengkhianati kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) apabila dalam masa sama turut menyertai Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata ini kerana piagam MN sebenarnya tidak terbatas kepada UMNO dan PAS sahaja, sebaliknya turut mencakupi permuafakatan dengan orang Melayu Islam lain, yang berkongsi aspirasi sama seperti BERSATU.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, mengakui kerjasama melalui MN adalah lebih kukuh kerana terdapat piagam yang dimeterai secara bersama walaupun dari segi teknikal, ia tidak didaftarkan sebagaimana PN.

"Saya pun tak nampak di mana PAS mengkhianati, walaupun tak sebut nama (PAS) tetapi kita faham. Seolah-olah kita khianati MN, sedangkan kita nak menyelamatkan umat Melayu Islam, sebab itu kita bersama-sama PN.

"Peliknya, yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri pun membabitkan UMNO. Tak akan naik Presiden BERSATU itu tanpa sokongan UMNO," katanya kepada BH, hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika diwawancara dalam program 'Jawab, Saya Tanya' bertajuk 'PRU15: Membentuk Atau Membina Arus?' yang disiarkan secara dalam talian malam kelmarin, berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS.

Kata Ahmad Zahid, antara punca tiada kerjasama dengan PAS ialah MN itu sendiri tidak pernah didaftarkan.

Beliau turut menyebut tentang pengkhianatan berulang kali terhadap UMNO sewaktu mengulas berkenaan MN, namun tidak memperincikan maksud kenyataan itu.

Berkenaan pendirian Ahmad Zahid bahawa UMNO dan BN tidak akan bekerjasama dengan parti lain pada PRN Melaka, Mahfodz berkata, beliau menghormati pandangan itu walaupun beranggapan ia tidak popular.

Menyifatkan Ahmad Zahid sebagai rakan baiknya, Mahfodz berharap Presiden UMNO itu mengkaji secara mendalam sebelum membuat keputusan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

"Kena kaji betul-betul, kalau tak berjaya nanti jangan menyesal, semuanya melopong nanti kalau nak lawan tiga penjuru.

"Kalau masing-masing dengan ego masing-masing, maka akan merugikan umat Melayu Islam kerana kita bergabung itu bukan sahaja atas nama MN tapi atas nama perpaduan ummah," tegasnya.

Sementara itu, Mahfodz optimis hubungan kedua-dua parti menerusi MN boleh diselamatkan melalui rundingan malah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama beberapa kepemimpinan parti baru bertemu Isnin lalu walaupun tidak secara rasmi.

Beliau melihat pertemuan 'minum teh' itu sebagai positif kerana penubuhan MN berlaku sewaktu Mohamad memangku jawatan Presiden UMNO apabila Ahmad Zahid bercuti sementara.

"Pertemuan itu ada membincangkan soal MN, tetapi mereka semua tertakluk kepada keputusan Presiden masing-masing.

"Jadi, tidak tahulah adakah ia (kenyataan Ahmad Zahid) sekadar taktikal atau betul-betul (dimaksudkan)," katanya.

Mahfodz menjelaskan, pendirian PAS adalah konsisten iaitu 'memperkukuhkan MN, mempertahankan PN' dan cogan kata itu turut diberi penekanan dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang disertainya baru-baru ini.

"Kita yakin hanya dengan penglibatan ketiga-tiga parti ini, kita boleh mengekalkan kuasa orang Melayu Islam.

"Kita tahulah dulu UMNO kuat, tetapi secara realiti semasa tidak boleh rasa begitu lagi kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tidak ada satu parti pun yang boleh monopoli, menang bersendirian," tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin pula enggan mengulas kenyataan Ahmad Zahid berkenaan PRN Melaka kerana sedang memberi tumpuan kepada persidangan Dewan Negara.

"Kenyataan susulan akan dikeluarkan oleh Pengarah Jawatankuasa Induk PRN Melaka," katanya. (BH)

3 comments:

  1. Tak perlu samakan pas dgn parti2 lain. Telah terbukti di kelantan, bila adun pas pegang jawatan tidak berlaku pertambahan harta melalui salah guna kuasa. Tgna tinggal di rumah yg sama sepanjang hayat w/pun jadi mb. Tghh pun sama. Tapi ahli politik lain, makin kaya makin rakus. Ada beza bila patuh syariah dgn yg lain.

    ReplyDelete
  2. Mengapa eng guan selalu memburuk burukkan pas. Mesti dia punya agenda yg besar, tapi terganggu oleh sebab adanya pas. Sebab pas tidak beri dan terima rasuah. Dap dapat projek dgn rasuah. Beri rasuah dpt projek. Kerana itu dap terus burukkan pas sebab pas bawa kebaikan, tidak sama dgn dap yg suka kejahatan dan ajak rakyat mabok dan judi. Terima rasuah boleh kaya di dunia, tapi muflis di alam satu lagi.

    ReplyDelete
  3. Kehilangan Pulau Batu Puteh DAP salah Dr M, kata pemimpin DAP Pulau Pinang.

    Dulu Tun kata DAP okey ajar dan walaun serta barua Tun pun ikut sekali terkinja kinja. Ada yang mendakwa masa tu Tun adalah 'pemuda' yang ditunggu kibar panji dari timur. Ni haah link nye baca smpi abis..!!

    http://tangisanmelayu.blogspot.com/2014/08/apakah-tun-m-bapa-kepada-shuib-bin.html?m=1

    Akhirnya umpama habis madu sepah dibuang..!! Apa lah sangat madu bunga yang masih tersisa jika pokok bunga itu berusia 96 tahun. Parti DAP sedia maklum madu dari pokok berusia 96 bukan helok sangat pun cuma Parti DSP amat tahu ia berguna untuk pecah belah orang Melayu. Mungkin itu lah makna tersirat bila DAP mengkudakan Tun hanya selama 22 bulan sahaja.

    https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/417403/tun-m-hanya-untungkan-dap

    Dr Mahathir Mohamad lah orang yang mesti di pertanggungjawabkan ke atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, mungkin ada benarnya, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy. Betul betul kena sebijik kat muka Tun balik.. padan la muko walaun semua..!!

    https://klse.i3investor.com/m/blog/savemalaysia/2021-10-14-story-h1592705470-Ramasamy_s_confession_exposes_Pakatan_s_inadequacy_and_inability_to_def.jsp

    "Terpulang pada Mahathir untuk memutuskan sama ada permohonan semakan boleh dimenangi atau tidak", kata Tim Ketua Menteri Pulau Pinang

    “Tun Mahathir sepatutnya membiarkan ICJ atau Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai rayuan itu. Mana tahu, Malaysia mungkin menang,” katanya.

    Ramasamy berkata, mengapa hal ini dirujuk kepada ICJ dari awal masih menjadi misteri.

    “Mahathir mesti menjawab persoalan mengapa perkara ini dirujuk bersama kepada ICJ sedangkan ada jalan diplomatik lain yang boleh diambil" kata P Ramasamy

    “Memandangkan Singapura mendapat banyak manfaat daripada hubungan jangka panjangnya dengan Malaysia, ini dapat digunakan secara diplomatik untuk mendapatkan pulau tersebut.

    “Saya diberitahu, walaupun Malaysia mempunyai kes yang kuat dan mungkin dapat menang, fakta yang dibentangkan tidak kukuh dan tidak kompeten.

    “Mahathir harus jawab kegagalan besar ini,” katanya Tim Ketua Menteri Pulau Pinang

    #macamsialsumanya

    ReplyDelete