Wednesday, October 06, 2021

Gadis bergaduh dengan kekasih, dia nekad terjun kereta..

 

Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita bertindak terjun daripada kereta selepas dipercayai bergaduh dengan pasangannya.

PETALING JAYA – Seorang gadis nekad terjun daripada sebuah kereta selepas didakwa bertengkar dengan kekasihnya juga dipercayai merupakan individu yang memandu kenderaan tersebut.

Menerusi perkongsian video kejadian oleh Mat Jie di laman media sosialnya, dia nyaris melanggar wanita itu selepas dia bertindak keluar daripada Perodua Myvi yang ketika itu sedang dipandu di jalan utama.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan Universiti Selangor.

Ketika kejadian, kereta jenis Perodua Myvi tersebut kelihatan memperlahankan kenderaan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum wanita itu bertindak terjun keluar.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa bimbang ke atas kejadian yang berlaku pada wanita tersebut dan ada juga yang turut berasa simpati.

“Perempuan ini masa itu dia tak fikir apa dah ini, mungkin dia meluat tengok lelaki itu, nak tumbuk dan tendang lelaki itu dia tak kuat jadi dia pun binasakan diri sendiri,” kata Amy Wan.

“Kita tak boleh hukum mereka sebab kita tak tahu apa kes mereka, saya doakan yang si perempuan itu bersabar selesai cara baik-baik kalau rasa dah tak boleh baik putus sahaja cara elok,” ujar Faridah Abdullah Nurizda.

“Semoga perempuan itu baik-baik sahaja, apa yang jadi dalam kereta itu kita tak tahu tapi kalau lelaki itu naik tangan tinggalkan sahaja orang macam itu,” jelas Amira Hazman.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 4,800 tontonan dan 1,400 reaksi di akaun Facebook miliknya. -K! ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah perbuatan gadis di atas sebagai cubaan sengaja membunuh diri? Bagaimana pandangan Islam tentang bunuh diri?

Allah SWT dalam Al Quran surat Al Mulk menjelaskan, hidup mati adalah kuasaNya,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Ertinya: "Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun." 

Islam melarang menghilangkan nyawa, baik melalui pembunuhan terhadap orang lain, mahupun diri sendiri. Hukum bunuh diri adalah haram.

Dalil tentang bunuh diri tercantum dalam surat An Nisa ayat 29,

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu."

Ayat lain tentang bunuh diri terdapat dalam Al Baqarah ayat 195,


وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

Ertinya: "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."

Senada dengan ayat tersebut, cendekiawan muslim Quraish Shihab menyatakan bunuh diri merupakan tindakan yang dilarang keras Allah SWT. Nyawa hanya boleh dipisahkan dari tubuh atas izinNya.

"Nyawa pun tak boleh dipisahkan dari badan kecuali atas izin-Nya, misalnya dalam peperangan atau pelaksanaan sanksi hukum. Atas dasar itu, bunuh diri dilarang keras oleh-Nya," tulis Quraish Shihab dalam bukunya yang berjudul Mistik, Seks, dan Ibadah.

Salah satu hadits yang disebutkan Quraish Shihab dalam bukunya berbunyi,

عَن جُنْدُبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ، فَجَزِعَ، فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ، فَمَارَقَأَ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ، حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الجَنَّةَ

Ertinya: Dari Jundub bin Abdullah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda, Dahulu ada seorang lelaki sebelum kamu yang mengalami luka, lalu dia berkeluh kesah, kemudian dia mengambil pisau, lalu dia memotong tangannya. Kemudian darah tidak berhenti mengalir sampai dia mati. Allâh Azza wa Jalla berfirman, "Hamba-Ku mendahului-Ku terhadap dirinya, Aku haramkan syurga baginya." (HR Al-Bukhari).

Larangan Allah ini sebenarya merupakan bentuk kasih sayang-Nya kepada hamba-Nya..

.Perhatian: 

Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Islam adalah mendunia.


Rentas Mendunia.

Siri1: Polis Bongkar Pelacuran Kanak-kanak, 2 Perantara D... Siri 2: Mangsa Gangguan Seksual datang dengan sepasukan pe... Siri 3: Seks dalam kereta, youTuber Aceh ditangkap. Siri 4Wanita ini kesepian.. Setelah jadi bintang porno... Siri 5: Isteri lari 25 kali dengan lelaki berbeza. X dimar... Siri 6: Pengakuan bekas isteri terpaksa lakukan seks dubur... Siri 7: Doktor di Mesir paksa jururawat ‘sembah’ anjing. Z... Siri 8: Bagaimana merakam video model tanpa pakaian secara... Siri 9: Jual bini kerana judi. Setubuh X normal 3 serentak. Siri 10: Mangsa eksploitasi seks &wanita dari Vietnam.. Siri 11Seorang guru culik &cabul 34 pelajar perempuan. Ba... Siri 12: Cubaan warga India seludup 1 kg emas dalam dubur g... Siri 13Awas pencabul kanak-kanak di tangga flat KL.. Siri 14: Gadis bergaduh dengan kekasih, dia nekad terjun ke...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails