Saturday, October 09, 2021

Ini, pengkalan lembu seludup haram, seberang Sungai Golok-Thailand.

 

KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 1,980 tin tembakau pelbagai jenama dan barangan runcit bernilai keseluruhan RM57,070 di Kampung Jejulok, dekat sini jam 6.30 semalam.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggotanya yang menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori yang diparkir di tepi sebuah rumah di kampung tersebut.

Katanya tiada individu dalam kenderaan itu, namun anak kunci ditinggalkan di dalam lori berkenaan.

“Anggota menunggu kira-kira 30 minit tetapi tiada individu yang tampil menuntut barangan itu dan kita percaya ia diseludup dari Thailand menggunakan jalan yang tidak diwartakan,” katanya di sini semalam.

Manakala pada perkembangan lain PGA9 merampas 11 ekor lembu yang juga diseludup dari negara jiran pada Rabu.

Kata beliau anggota PGA9 terserempak dengan sebuah lori di Jalan Terbak dalam keadaan mencurigakan pada jam 1.26 pagi.

“Mereka kemudian mengarahkan pemandu memberhentikan lori terbabit dan hasil pemeriksaan menemui 11 lembu bernilai RM138,600 dipercayai diseludup dari Thailand.

“Pemandu lori dan kelindan berusia 47 tahun gagal mengemukakan dokumen permit pemindahan dan haiwan ternakan itu dirampas untuk siasatan lanjut.

“Kesemua lembu itu dipercayai dibawa masuk dengan menyeberangi Sungai Golok menerusi pangkalan haram untuk pasaran tempatan,” katanya.

Azhari berkata, kedua-dua rampasan disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 dan Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983. – HARAKAHDAILY 8/10/2021

Perhatian: 
Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Islam adalah mendunia.

Rentas Mendunia.

No comments:

Post a Comment