Tuesday, October 19, 2021

Kembalikan penghayatan kehidupan Rasulullah SAW -Sultan S'gor.

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini bersempena sambutan Maulidur Rasul esok, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam meneladani nilai murni peribadi Nabi Muhammad dan mengikuti segala sunnah serta ajaran Rasulullah SAW.

Sultan Selangor turut menyeru seluruh umat Islam agar memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak, menurut hantaran itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. - Foto ihsan Selangor Royal Office

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor.

Dalam pada itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan masyarakat di negeri itu supaya memerhatikan jiran tetangga yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam menghadapi situasi penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Baginda bertitah, disebabkan COVID-19 yang melanda sejak Mac tahun lalu, ramai dalam kalangan masyarakat yang menghadapi kesulitan dan kesusahan yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

"Disebabkan pandemik ini ada dalam kalangan kita yang kehilangan insan tersayang, ada anak-anak yang menjadi yatim piatu, ada yang hilang pekerjaan, ada yang kurang pendapatan, ada yang perlukan bantuan dan pelbagai lagi yang perlu ditangani dan diberi perhatian," titah baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1443H/2021M Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung secara dalam talian malam ini.

Baginda turut mengajak rakyat Terengganu supaya sentiasa menghargai pengorbanan berterusan petugas barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan terbaik buat semua.

Justeru itu, baginda bertitah semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk kekal berwaspada dengan terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan COVID-19.

"Beta juga menyeru agar rakyat menerima baik saranan pihak kerajaan dengan melengkapkan pengambilan vaksin sebagai ikhtiar untuk mencegah penyebaran penyakit serta menghalang dari kedatangan mudarat yang lebih besar," titah baginda. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Pulau Batu Putih : Apakah kejadahnya hal urusan tanahair kau (Tun) rujuk kepada peguam asing? Tanya Najib.

Namun tiada reaksi dan tiada respon dari si haramjadah ini.

Ada dakwaan Tun M mahu kowtim Singapura supaya tidak berkongsi maklumat penting yang akan ganggu usaha Tun M mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin BN?

Amat merisaukan jika hak hak dan aset negara digadai kepada Singapura atas sebab kompromi sulit atas sebab takut pihak Singapura mendedahkan maklumat yang mereka tahu berkenaan pemimpin seperti Tun Mahathir.

Kini kita gelisah , kerana ketika Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Mahathir memerintah, banyak aset dan tanah terjual dan terlepas ke Singapura.

Anatara yang digadai oleh PH dan Tun Mahathir ada lah barang gantian Tanjung Pagar terhasil dari gantian tanah KTMB.

Bermakna apa yang diganti dan yang diserah kedua duanya sekali terlepas.

Datuk Seri Najib Razak berjaya mengganti tanah panjang KTMB yang tidak cukup luas kerana panjang sahaja tapi tidak berguna untuk bina apa apa pun dengan tanah luas yang boleh membina bangunan dan hotel.

Ketika itu , keretapi KTMB sudah tidak lalu kesitu lagi kerana henti di Woodlands sahaja.

Tapi sebaik sahaja PH dan Tun Mahathir ambil alih semua nya terlepas bermodalkan cerita umpan 1MDB dan hutang negara kepada rakyat.

Apa pun kerisauan dan persoalan adakah Tun Mahathir masih mencengkam pihak pihak berkuasa dalam negara lalu mereka berpihak untuk menutup juga siasatan?

Lihat sahaja kes babit kroni Tun Mahathir berkait kes AMLA dan wang masuk akaun di Singapura yang masih tidak ketentuan apa perkembangan nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails