Monday, October 18, 2021

Labur dalam kripto (1): Belia M'sia cenderung, bagaimana?

 

Belia di Malaysia cenderung labur dalam kripto.

KUALA LUMPUR: Golongan belia di negara ini dilihat lebih celik digital dan bersikap terbuka dengan berminat untuk melabur dalam mata wang kripto, demikian hasil kajian terkini RinggitPlus.

Dalam Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS 2021) membabitkan lebih 3,000 responden seluruh negara, menunjukkan lebih separuh atau 63 peratus belia mahu atau tertarik untuk melabur dalam aset digital itu.

Hasil kajian itu juga menunjukkan dalam penggunaan e-dompet, hampir 92 peratus responden belia menggunakan sekurang-kurangnya satu e-dompet, manakala sebanyak 38 peratus menggunakan tiga atau lebih e-dompet yang berbeza.

"Mereka (golongan belia) sangat celik digital, yang mana boleh dilihat dalam penggunaan e-dompet yang tinggi dan kesediaan untuk melabur dalam aset digital.

"Bagaimanapun, golongan belia dan milenial (18-35 tahun) masih memerlukan pertolongan untuk menguruskan kewangan mereka," katanya ketika mengumumkan hasil RMFLAS 2021 baru-baru ini.

Dari segi pengurusan kewangan dalam kalangan belia, laporan RMFLAS 2021 menunjukkan 24 peratus belia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bertahan melebihi sebulan; 57 peratus tidak dapat bertahan lebih dari tiga bulan dan 45 peratus membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka.

Sementara itu, laporan RMFLS 2021 itu juga menunjukkan rakyat Malaysia secara keseluruhan bersikap lebih terbuka mengenai cara menggandakan dana mereka melalui pelaburan automasi seperti mata wang kripto dan penasihat robo.

Hasil kajian itu mendedahkan hampir separuh atau 49 peratus daripada rakyat Malaysia menyatakan yang mereka tertarik atau mahu melabur dalam mata wang kripto.

Dalam kalangan mereka yang melabur dalam mata wang kripto, sebanyak 72 peratus melabur dalam Bitcoin (BTC), Ether (55 peratus), Ripple (50 peratus), kemudian diikuti Litecoin (32 peratus).

Majoriti atau 73 peratus menggunakan Luno untuk melabur dalam mata wang kripto.

Laporan RMFLS 2021 juga menunjukkan penggunaan e-dompet kekal tinggi di Malaysia pada kadar 89 peratus, malah 36 peratus responden menyatakan mereka menggunakan lebih tiga e-dompet yang berbeza untuk urusan pembayaran.

Video

..bersambung

No comments:

Post a Comment