Kerajaan Melaka tumbang, empat ADUN kerajaan tarik sokongan
MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat-kuasa hari ini.
Tiga ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Idris, Noor Effandi dan Norhizam Hassan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi.
Bercakap pada sidang media di sebuah hotel, di sini, Idris yang mewakili keempat-empat ADUN itu berkata, mereka menghantar surat menarik sokongan itu kepada pejabat Ketua Menteri, hari ini.
Idris yang juga ADUN Sungai Udang berkata, penarikan sokongan itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang `flip-flop' serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.
"Banyak keputusan kerajaan negeri yang tidak terlaksana (meskipun) sudah diputuskan. Seolah-olah ada dua singa atas satu gunung', jadi menimbulkan keresahan kami dan menyedarkan kami untuk mengubah keadaan yang ada sekarang ini.
"Setakat ini, saya menyatakan, empat orang kami ini bersama dengan 11 ADUN Pakatan Harapan (PH) memang tidak percaya dan tidak menyokong kepemimpinan kerajaan negeri, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Sulaiman sudah hilang majoriti sokongan.
"Saya melihat kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Kalau semua tindakan kerajaan negeri tidak tepat dan tidak objektif dalam membela nasib rakyat terutama dalam suasana COVID-19 yang begitu mengekang, ditambah pula suasana ekonomi yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan, inilah tindakan kita.
"Insya-Allah, kita akan ada satu gagasan yang akan memberikan peluang lebih dalam soal kemajuan dan kebajikan rakyat," katanya.
Kerajaan Melaka yang diterajui BN dibentuk pada Mac tahun lalu selepas PH tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan PN.
Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 ADUN, dengan 14 daripadanya diwakili UMNO, diikuti dua daripada BERSATU dan satu Bebas, manakala pembangkang pula 11 kerusi.
Idris, yang juga EXCO Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri, sebelum ini menafikan terbabit dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri dan menegaskan tiada sebarang masalah dengan kepemimpinan Ketua Menteri.
Dari kiri: Datuk Norhizam Hassan Baktee, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Nor Azman Hassan. - NSTP/Syafeeq Ahmad
"No such thing (tiada perkara sebegitu). Saya tidak faham mengapa saya dikaitkan (dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri), (namun) saya rasa mungkin ada gerakan seperti itu daripada pihak lain tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya," katanya.
Idris sebelum ini dikaitkan dengan empat ADUN kerajaan yang akan menyokong Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri baharu bersama PH, malah mereka turut didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong PH.
Empat ADUN umum hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Foto fail NSTP
5 comments:
POLITIK MELAKA UMNO JATUHKAN UMNO KIKIKI..
PRU 14 KALAH SESAMA SENDIRI MASIH GADOH SOKMO
BODOH UMNO NI MASIH TAK BOLEH DI AJAR LAGI
PADAN LAH MUKO NEXT PRU 15 KASI PELINGKUP SEMUO
LANTAK KAU LAH UMNO...
Enemy at the gate Part 5 : Descendants the Sultan of Singapore worked as cleaners.!! Then this is what the DAP@ Proxy PAP is trying to do through their slaves and barua in Malaysia.!!
Singapore, who would have thought there were Singapore’s royal family in the 19th century now just working like ordinary people, making a living by taking taxis, working as cleaners and so on.
In Malaysia, All DAP's barua like PKR PejWang, PAN and the Prime Minister twice totally bloody brutally blindess of fact.
What are the reaction of this barua slaves of DAP ..!? It has been identified that DAP's barua like PKR Pejuang PAN such as Tun has a quarrelsome attitude, swears, accuses bad accusations, slanders disgust and slanders the Malay King.
This is the fate experienced by Tengku Shawal, 51, and his family and descendants of Sultan Hussein Shah, the heir of the Sultan of Singapore when we forget and forgotten.
Tengku Shawal, was a prince who had a family relationship with the Sultan or royal ruler of Singapore. The humble ending of this relative of the Sultan of Singapore.
Tengku Shawal in his interview with Reuters said that he used to live in the palace located in Kampong Glam before all his relatives were expelled from his palace to be used as a tourist attraction museum.
According to Tengku Shawal, until now he is still visiting the museum that used to be his residence and the Sultan of Singapore is now used as the location of the museum in Singapore.
Whatever the facts and evidence, there is no Malay/bumiputera party yet, they get political benefits when they cooperate with DAP.. !!
What is happening is that the Malays/bumiputeras are becoming more divided, on the other hand, the Chinese are getting stronger under the DAP banner. Period
Bring it on.. broo
Bring it on..!!
PRN Melaka just Test market to all..
Bring it on... q serra serra
Tahniah.
Hr ni bru sedar siapa amano.
Ha ha
Kunun yg jahat semua dah berambus dr amano. Amano dgn sistem yg gagal.
Ha ha
1.03
kikiki... kena ler tau cite sbenor yeopp...!! Si Deris tu dah kalah bertanding di Bah UMNO walau dolu dua penah jadi KM Melako...
Apo yg ado klu jawatan Ketuo Bah dah tak ado... ibarat gigi tajam gusi berlubang.. nak gigit tapi gusi sakit...
Yg dah terang berambos bio berambos trus yg kuciwa tak ada Jawatan dlm Parti ingat dah insap dan muhasabah diri... tapi masih perasan bagus... Skg UMNO Pusat dah buat keputusan Deris n gang di pecat dan di gugurkan dari UMNO.... padan muko kau..
Next PRU 15 pepandai la kau nak idup... pado calon 'beliau' mssa bergelar YB hampir tamat ... next PRU 15 nasib 'beliau' lagi teruk rakyat kerja kan kau...!!
Yg tak sedar diri perasan bagus dah gugur dan di beramboskan..!!
So celah mano UMNO dng sistem yg gagal tuh...!!
Post a Comment