Program itu melibatkan pasukan agensi Islam iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Waqaf Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)
“Saya sangat berharap anak-anak kita ini mampu untuk mendapatkan pendidikan dan penghayatan ilmu kerana saya yakin dengan ilmu pendidikan akan berjaya menaiktarafkan kehidupan kita.
“Mutakhir ini, saya pasti ramai Orang Asli sudah memiliki pendidikan yang baik,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini. Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan.
Menurutnya, dalam program hari ini, YADIM telah menyampaikan bakul makanan buat warga Orang Asli di situ serta peruntukan Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM-Yayasan Wakaf Malaysia sebanyak RM5,000 bagi pembangunan surau penduduk setempat.
Beliau berkata, semua agensi perlu bekerja keras demi memastikan pendidikan dan pembangunan modal insan anak-anak Orang Asli dapat direalisasikan.
“Saya berharap komitmen ini dapat dicapai secara sistematik dan berpanjangan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/9/2021
No comments:
Post a Comment