Ini contoh jenayah penyelewengan istilah. Menteri kanan Taliban puji 'Pengebom Syahid' bukan pengebom berani mati.
KABUL: Seorang tokoh paling kanan kerajaan Taliban memuji pengorbanan pengebom berani mati dalam pertemuan dengan keluarga mereka di Kabul.
Menteri Dalam Negeri, Sirajuddin Haqqani, yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dengan ganjaran AS$10 juta (RM41.7 juta) jika dia ditahan, semalam bertemu keluarga pengebom di Hotel Intercontinental, Kabul.
Media sosial pro-Taliban dan media tempatan hari ini menyiarkan gambar menteri itu berdoa dan menghargai tetamu di sebuah dewan di hotel mewah itu.
Haqqani memuji pengorbanan dan jihad pengebom berani mati, malah memanggil mereka 'hero Islam dan negara', lapor siaran televisyen Afghanistan, RTA.
Tambah laporan itu, Sirajuddin menegaskan keperluan untuk mengelak pembelotan aspirasi mereka yang mati syahid itu dan berjanji memberikan AS$125 (RM521) dan sebidang tanah untuk setiap keluarga.
Pada Januari 2018, Hotel Intercontinental diserbu oleh kumpulan Taliban bersenjata, Haqqani, melepaskan tembakan ke arah tetamu serta pekerja dan menahan puluh tebusan.
Ditubuhkan oleh bapa Sirajuddin, Jalaluddin, rangkaian Haqqani adalah cabang Taliban yang paling digeruni dan bertanggungjawab melakukan antara serangan paling kejam di Afghanistan dalam tempoh dua dekat lalu.
Mereka dianggap kumpulan separa autonomi kerana mempunyai sumber kewangan dan anggota kumpulan yang terkenal dengan kekejaman.
Serangan bom bunuh diri atau apa yang digelar Taliban sebagai operasi syahid, mula digunakan kumpulan itu pada awal penubuhannya bagi menentang gabungan dipimpin AS, dengan menjadikan tentera asing sebagai sasaran.
Taliban kini berdepan ancaman kumpulan Islamic State-Khorasan yang menyokong Daesh dan sudah melancarkan dua serangan pengebom berani mati di Afghanistan sejak beberapa minggu lalu. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagai langit dengan bumi, begitu jauh bezanya erti makna istilah 'Mati Syahid' dengan makna istilah 'bunuh diri'. Memang sengaja media barat putar belit istilah, sebagai lanjutan dari 'perang salib' mereka di Eropah.
Begini penjelasannya.
Dalam agama Islam ada istilah yang dikenal dengan nama 'mati syahid'. Istilah itu menggambarkan keadaan seseorang yang mati dalam menegakkan agama Allah SWT. Berikut ini jenis dan keistimewaan mati syahid.
1.Jenis
Rasulullah SAW dalam sebuah hadits riwayat muslim bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا تَعُدُّونَ الشَّهِيدَ فِيكُمْ؟ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ، قَالُوا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي الطَّاعُونِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيدٌ،
Dari Abu Hurairah, beliau berkata, "RasululLah SAW bersabda: "Apa yang dimaksud orang yang mati syahid di antara kalian?" Para sahabat menjawab, "Wahai RasululLah, orang yang meninggal di jalan Allah itulah orang yang mati syahid." Beliau bersabda: "Kalau begitu, sedikit sekali jumlah umatku yang mati syahid." Para sahabat berkata, "Lantas siapakah mereka wahai RasululLah?" Beliau bersabda: "Barangsiapa terbunuh di jalan Allah maka dialah syahid, dan siapa yang mati di jalan Allah juga syahid, siapa yang mati kerana penyakit kolera juga syahid, siapa yang mati kerana sakit perut juga syahid."
Para fuqoha di antaranya Syekh Nawawi al-Bantani dan Syekh Wahbah Zuhaili menyebut ada tiga jenis mati syahid.
Pertama, mati syahid di dunia, namun bukan di akhirat. Ertinya, seseorang mati di medan perang untuk mendapatkan dunia bukan untuk menegakkan agama Allah SWT.
Kedua, mati syahid yang tidak dihitung di dunia tetapi di akhirat. Keadaan ini dicontohkan dengan mati kerana tenggelam, ketiban benda yang rubuh, dan mati kerana kecelakaan (kemalangan).
Selain itu, mati syahid yang tidak dihitung di dunia tetapi di akhirat juga termasuk pada jenazah yang meninggal kerana penyakit di perut, terbakar, ketika melahirkan, berada jauh dari tempat tinggal, dan kerana semacam penyakit paru-paru.
Terakhir (ketiga), mati syahid di dunia mahupun di akhirat. Ertinya, orang yang melakukan ini mati di medan perang dengan niat bersungguh-sungguh menegakkan agama Allah SWT.
2. Keistimewaan
Keistimewaan mati syahid dalam agama Islam dituliskan dalam Quran surat An-Nisa ayat 74. Allah SWT berfirman bahawa orang yang mati syahid akan mendapatkan pahala yang besar
۞ فَلْيُقَاتِلْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ الَّذِيْنَ يَشْرُوْنَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا بِالْاٰخِرَةِ ۗ وَمَنْ يُّقَاتِلْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ فَيُقْتَلْ اَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيْهِ اَجْرًا عَظِيْمًا
Ertinya: Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menjual kehidupan dunia untuk (kehidupan) akhirat berperang di jalan Allah. Dan barangsiapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan Kami berikan pahala yang besar kepadanya.
Sedangkan 'bunuh diri', hukumnya haram.
Itu yang puak-puak anti Islam dan barua-barua upahannya menjadi gelap mata. Kesian, tapi nak buat macam mana?
1 comment:
Lupakan saja soal Palestine kalau Pulau Pisang pun tak mampu diambil alih rumah api di pulau itu yang diuruskan Singapura.
Pada pemimpin pemimpin politik samada dari kerajaan atau pembangkang terpekik terlolong pasal kebebasan Palestine ditindas oleh Barat dan Isreal. Pulau Pisang pun boleh kecut telor nak ambil alih pengurusan rumah api dari Singapura.
Malaysia tidak akan hilang kedaulatan terhadap Pulau Pisang, di sini tetapi rumah api di kepulauan tersebut akan diuruskan Singapura selagi terbitnya matahari dan bintang.
Ketetapan itu selaras perjanjian ditandatangani pada tahun 1900 antara Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim dengan Gabenor negeri-negeri Selat, Sir James Alexander Swettenham berkaitan Pulau Pisang yang diyakini terus dipatuhi.
Mengikut perjanjian itu, Pulau Pisang adalah hak mutlak Kerajaan Negeri Johor dan British ketika itu hanya diberi kebenaran untuk membina, mengendali dan menyelenggara rumah api berdasarkan perjanjian bertulis atau indenture yang ditandatangani pada 6 Oktober 1900 dengan persefahaman itu diteruskan sehingga kini.
Status quo itu turut diakui Singapura berkaitan hak dan kedaulatan Johor ke atas Pulau Pisang meskipun selepas mereka keluar daripada Persekutuan Malaysia pada 1965 yang menyaksikan hak pengurusan rumah api bertukar tangan.
Walaupun perkara yang terjadi di Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca agak sukar untuk berlaku di Pulau Pisang, namun kelalaian pihak tertentu sekiranya berlaku boleh menyebabkan ‘pisang berbuah dua kali’.
“Rakyat ada mengikuti titah Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 2017 bahawa perjanjian Pulau Pisang itu selagi ada matahari dan bintang, ia tidak boleh dibatal.
Malah baginda juga titah Singapura terang-terangan kata ia bukan hak dia, bukan tanah dia. Mereka akui ia milik Johor dan cuma tadbir rumah api sahaja.
Namun bila pemimpin pengkhianat berkuasa di Malaysia kejadian di Pulau Batu Puteh boleh berlaku lagi.
Malaysia dikhuatiri hilang kedaulatan ke atas Pulau Pisang jika terus membiarkan negara lain membina dan mengurus rumah api di kepulauan tersebut, sekali gus bakal mengulangi nasib Pulau Batu Puteh.
Memetik laporan The Straits Times, Menteri Luar Singapura pada tahun 2003 memaklumkan kepada Parlimen negara itu bahawa Pulau Pisang adalah milik Malaysia dan mengulangi pendirian Singapura tidak pernah mempersoal kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang, tetapi pengurusan rumah api di situ harus kekal bersama Singapura.
Meskipun Pulau Pisang kini tidak lagi didiami penduduk, ia berperanan seperti pintu kedaulatan negara yang melambangkan pertahanan sebagai pusat tinjauan awal sekiranya berlaku apa-apa.
Kita tak mahu apa yang terjadi pada Pulau Batu Putih bila negara di pimpin oleh barua DAP@ Lee Kwan Yew. Kesemua barua barua ini menyimpan duit yang dicuri di Singapura oleh penyamun dan perompak negara.
Ini lah yang menyebabkan sesiapa saja barua barua Singapura@DAP yang jadi pemimpin dan menyimpan wang di Singapura akan kehilangan taring dan sengat bila berhadapan Singapura. Mereka hanya retorik dan acah acah power Melayu islamik supaya walaun terkinja kinja terpekik terlolong memberi sokongan..!!
Sebabnya mudah Singapura akan mengunakan kuasa duit yang di simpan mereka untuk tunduk sambil tangan barua ini dipulas supaya tunduk pada kehendak Singapura.
Sepatutnya urusan Pulau Pisang sudah dikembalikan sepenuhnya tetapi duit duit yg dicuri hasil rompakan yang di simpan di Singapura menyebabkan pemimpin barua amat lunak bila berhadapan dengan Singapura.
#sialpunyapemimpinsamuajadibarua
Post a Comment