Malaysia berjaya duduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB
KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya meraih 183 undi untuk mengisi satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022-2024.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran di laman Facebooknya malam tadi berkongsi berita gembira itu.
“Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian yang hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia,” katanya yang turut mengucapkan tahniah atas pencapaian itu.
Beliau berkata Malaysia sedia memainkan peranan aktif seperti menjadi pemudah cara bagi rundingan damai, pemboleh kerjasama dan pembina konsensus.
“Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara anggota PBB untuk memajukan agenda hak asasi manusia di peringkat global sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
“Ketika semua negara merangka kerja-kerja asas bagi pemulihan yang mampan dan inklusif pasca #COVID19, hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan dalam semua usaha kita. Dalam kesatuan, demi kemanusiaan,” katanya. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilaporkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mengambil tindakan perundangan untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada bekas pegawainya berkaitan dakwaan kesatuan sekerja terhadap PetroDar Operating Company (PDOC) di Sudan yang syarikat minyak negara mempunyai kepentingan.
Komen PAS:PAS mencadangkan kerajaan menggunakan saluran diplomasi sebagai medium alternatif bagi menyelesaikan kemelut antara kerajaan baharu Sudan dan syarikat minyak Petronas.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) perlu berhubung dengan negara mempunyai kerjasama baik dengan kerajaan Sudan khususnya negara-negara Islam, sebagai pihak ketiga mengharmonikan isu antara kedua-dua negara.
Komen Rakyat dalam Blog ini: Anonymous said... Peristiwa Petronas di Sudan yang ni walaun barua DAP@PAP PKR PAN yamg berkiblatkan Singapura USA dan Isreal akan duduk diam bisu senyap sunyi... jangan kan bab hukum agama malah bab hak asasi pun semua barua barua Isreal ini akan jadi pe kak bisu..... Bang Non Mat Sabun dan Tokong besar Bang Non dan Mat Sabun akan kekal macam setan bisu... #haahtepokkkk. October 15, 2021 at 7:34 AM
Sekian.
No comments:
Post a Comment