Friday, October 22, 2021

M'sia tidak sertai Abraham Accord Israel, disokong

 

Ketetapan M'sia tidak sertai Abraham Accord disokong

SAYA menyokong sepenuhnya ketetapan Kerajaan Malaysia untuk tidak menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel dan terus memperkasakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menuntut sebuah negara Palestin yang merdeka.

Ia sekali gus menolak kenyataan seorang Menteri negara haram Israel dalam satu temuramah dengan portal berita Erem News bahawa Malaysia berkemungkinan akan menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel dan menyertai ‘Abraham Accords’.

Sebagaimana yang diketahui umum, rejim Zionis Israel adalah penjajah yang menjajah Palestin yang kemudiannya mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara yang merdeka pada tahun 1948 di atas negara yang dijajahnya.

Rejim Zionis Israel menghalau rakyat Palestin dari kampung halaman dan tanah air mereka sendiri, merobohkan dan merampas rumah, kampung, bandar dan negara rakyat Palestin, mengamalkan diskriminasi, kezaliman dan kekejaman ke atas rakyat Palestin malah lebih teruk dari dasar ‘Apartheid’ yang diamalkan di Afrika Selatan satu ketika dahulu.

Malah rejim Zionis Israel telah banyak kali melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengamalkan polisi yang kejam ke atas rakyat Palestin serta menafikan hak asasi rakyat Palestin di tanah air mereka sendiri.

Sewajarnya bukan sahaja tidak satupun negara yang perlu menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel malah negara haram Israel wajar diboikot dan dinafikan kewujudannya di muka bumi ini kerana adalah tidak masuk akal di zaman yang serba maju ini, Palestin adalah satu-satunya negara yang masih dijajah secara terang-terangan di dunia ketika ini.

Semoga Palestin dan rakyatnya akan beroleh kemenangan serta merealisasikan kewujudan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 21/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044617890986/posts/425081975655729/?d=n

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seseorang menghubungi blog ini dan memberi pandangan..

Katanya,

1. "Aku setuju kenyataan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS yang menyokong sepenuhnya ketetapan Kerajaan Malaysia untuk tidak menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel... 

"..dan terus memperkasakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menuntut sebuah negara Palestin yang merdeka.

2. "..dan aku juga tidak berstuju dengan siaran tulisan komen dalam blog ini bertajuk: Lupakan soal Palestine, kalau.. Sila beri komen, ... yang memberi komen biadap menyebutkan..         

'Lupakan saja soal Palestine kalau Pulau Pisang pun tak mampu diambil alih rumah api di pulau itu yang diuruskan Singapura. Pada pemimpin pemimpin politik samada dari kerajaan atau pembangkang terpekik terlolong pasal kebebasan Palestine ditindas oleh Barat dan Isreal. Pulau Pisang pun boleh 'kecut telor'(kata biadap) nak ambil alih pengurusan rumah api dari Singapura.'

3. Kepada pengomen biadap tersebut elok diberi perhatian.

(i) Kamu sendiri buat apa, bila pihak berkenaan tak mampu ambil alih Pulau Pisang yang diuruskan Singapura? Pemimpin-pemimpin politik kerajaan atau pembangkang Malaysia ada juga 'terpekik terlolong' pasal kebebasan. Kamu buat apa? Atau kamu sendiri adalah bangsa pelarian atau barua pelarian?

(ii) Sudahlah kes Pulau Pisang tiada tanggung jawab dan jalan selesai, ada sikit-sikit tanggung menyokong pembebasan rakyat Palestin pun kamu suruh lupakan. Sama seperti barua-barua bengung yang kononnya rasa buntu masalah kemelut Malaysia-Singapura, suruh lupakan Singapura. Bengung bertingkat.

4. Kalau kamu rakyat Malaysia, kamu telah tidak bertanggung jawab atau berkhianat kepada negara ini dalam dua keadaan. (i) Suruh lupakan Singapura dalam kemelut Malaysia-Singapura. (ii). Suruh lupakan Palestin yang menjadi mangsa keganasan negara haram bangsat Israel.

Sekian, pandangan dari seseorang yang menghubungi blog ini sebentar tadi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails