SYDNEY: Ketua Menteri New South Wales (NSW), Gladys Berejiklian, meletak jawatan susulan dakwaan rasuah terhadapnya.
Pemimpin negeri paling ramai penduduk di Australia itu, berkata beliau akan meninggalkan Parlimen selepas badan anti rasuah mengumumkan siasatan berkaitan tuduhan ke atasnya.
"Peletakan jawatan saya tidak boleh berlaku pada waktu lebih buruk, bagaimanapun ia di luar kawalan saya.
"Saya tidak mahu menjadi gangguan kepada tumpuan yang perlu diberikan kerajaan negeri ketika wabak COVID-19 sekarang iaitu kesejahteraan rakyat. Ia perlu sentiasa menjadi keutamaan," katanya kepada media di Sydney.
Tindakan itu menyebabkan penduduk Sydney, yang berada dalam sekatan pergerakan akibat pandemik coronavirus selama beberapa bulan, kini tiada pemimpin politik.
Berejiklian muncul sebagai antara wajah paling menonjol dalam tindak balas COVID-19 di Australia, berdepan kamera setiap hari selepas sering dianaktirikan Kerajaan Persekutuan.
Pemantau rasuah negeri sedang menyiasat tuduhan termasuk sama ada beliau bersikap pilih kasih dengan mengutamakan bekas teman lelakinya, yang ketika itu menjadi ahli Parlimen, apabila meluluskan geran bagi kawasan parlimen tertentu.
Antara yang dipertikaikan ialah pembiayaan projek Australian Clay Target Association dan Riverina Conservatorium of Music di Wagga Wagga, sebuah bandar kecil di NSW.
Berejiklian menafikan tuduhan itu dan menjelaskan siasatan mengenai kejadian antara 2012 dan 2018 dibangkitkan pada minggu paling mencabar dan masa paling mencabar dalam sejarah negeri itu.
Sejak akhir Jun lalu, lebih daripada lima juta rakyat Sydney menjalani sekatan pergerakan yang dijadualkan tamat pada 11 Oktober ini.
Angka kes harian mula menurun berbanding awal tahun ini tetapi negeri itu masih melaporkan lebih 800 kes sehari.
Berejiklian adalah pemimpin konservatif yang memimpin negeri berkenaan sejak 2017, termasuk mengharungi musim kebakaran terburuk di Australia dan keseluruhan pandemik.
Penarafannya meningkat pada akhir 2020 ketika negeri itu berjaya menghindari kesan gelombang pertama tetapi tinjauan pendapat baru-baru ini menyaksikan sokongan pengundi menurun susulan varian Delta dan peningkatan sekatan pergerakan.
Penggantinya akan diputuskan ahli parti Liberal yang memegang kuasa majoriti di NSW. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ketua Menteri New South Wales (NSW), Gladys Berejiklian, meletak jawatan susulan dakwaan rasuah terhadapnya. Baru dituduh dan didakwa rasuah . dah letak jawatan. Hebat dan berani bertanggung jawab. Bukan macam bekas-bekas menteri di Malaysia.
Oh, apa khabar Lim Guan Eng? Bolehkah Pulau Pinang jadi negeri yang 'dinobatkan sifar rasuah' seperti Kelantan?
Nasib Melayu Pulau Pinang bagaikan umat Palestin di Gaza.
ReplyDeleteDaerah Seberang Perai Utara dan Barat Daya bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza
Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Barat Daya (BD) yang masing-masing berada di tanah besar dan tanah pulau negeri ini sudah bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza di Palestin.
Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim memberi perbandingan tersebut sebagai gambaran terhadap baki pemilikan tanah orang Islam-Melayu di negeri ini yang menyamai nasib rakyat Palestin.
Dari segi demografi ujar beliau, hanya tiga dari 13 Parlimen di negeri ini merupakan kawasan majoriti Islam-Melayu iaitu 78.56 peratus di P.41 Kepala Batas dan 72.23 peratus di P.42 Tasek Gelugor.
Manakala di P.53 Balik Pulau beritahunya, yang merupakan satu-satunya kawasan majoriti Islam-Melayu masih tinggal di dalam pulau ini, sudah semakin menyusut dengan berbaki hanya 64.9 peratus.
Kebanyakkan pemimpin Melayu di negeri Kedah Lama adalah pembelot dan pengadai maruah Melayu. Fakta nya mereka gadai pulau pulau stratrgik negara dan pengadai maruah dan akidah.
Sorry to say sebab ini adalah fakta bukan suka suka nak buat fitnah jijik