Saturday, October 23, 2021

PRN Melaka (16): PN tanding semua kerusi.

 

PN tanding semua 28 kerusi DUN dalam PRN Melaka. FOTO BERNAMA

PN tanding semua kerusi di Melaka - Muhyiddin  

TANGKAK: Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rundingan dalam kalangan parti PN termasuk PAS dan GERAKAN akan diadakan segera untuk memastikan kemenangan gabungan itu dalam PRN nanti.

"Kita menjangkakan keputusan UMNO enggan bekerjasama namun mengambil pendekatan berhemah untuk menunggu parti itu untuk menyatakan pendirian.

"Ia termasuk keputusan sama ada sedia bekerjasama bagi mengelak pertembungan pada PRN Melaka," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pimpinan Tempatan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menegakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam menghadapi mana-mana pilihan raya.

Muhyiddin berkata, beliau menjangkakan perkara berkenaan (UMNO enggan bekerjasama) namun tetap menunggu pengesahan daripada mereka.

"Sekarang mereka mengesahkan tidak berbuat demikian dan itu fakta. Saya sudah maklumkan di Melaka, kita bersedia hadapi apa saja bentuk pertandingan sama ada secara dua, tiga atau empat (penjuru) itu tidak menjadi masalah bagi PN.

"Sebab itu semalam saya gesa segerakan rundingan antara parti dalam PN. Pada dasarnya mereka bersetuju bertanding di 28 kerusi DUN. Kita bahagikan mengikut situasi dan keadaan serta diharapkan PN dapat mencapai kejayaan," katanya.

Sementara itu, ketika di tanya mengenai kewajaran untuk menangguh PRN Melaka berikutan berlaku peningkatan kes di Melaka, ADUN Gambir itu berkata PRN Melaka perlu diteruskan.

"Ini adalah fakta dan dalam Perlembagaan perkara itu tidak dapat ditangguhkan lagi. Yang di-Pertua Negeri memutuskan untuk membubarkan DUN dan dinyatakan dalam Perlembagaan kita perlu mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan tarikh dan ia perlu segera mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penyebaran jangkitan COVID-19 ketika pilihan raya berlangsung," katanya.

Sila lihat siri PRN Melaka:

6 comments:

Anonymous said...

Pastikan rakyat melaka tolak ph. Pilihlah pn. Cukup cukuplah pelompat rosak politik. Jujur untuk membela bukan ikut ikutan macam pelompat ke ph.

Anonymous said...

Apa manfaat pilih ph. Dulu dap guna atok utk menang. Dap guna org melayu utk berkuasa. Skrg dap guna abam dan mat sabu utk berkuasa. Akar umbi perlu bijak baca politik dap. Hanya melayu yg bernajis spt pkr dan pan yg sanggup diperkudakan oleh dap. Tinggalkan pimpinan yg berkerja utk dap. Ingat bukan dlm politik saja dap guna melayu, dlm perniagaan pun dap guna perkataan melayu spt masjid, suci dan belacan pak abu dan banyak lagi.

Anonymous said...

Hanya orang bodoh suka dikencing hancing dengan pelbagai janji palsu dalam menipufesto Pee H pimpinan abang besar tak basuh berak.

Jika masih mahu mengundi puak kaki kencing, lebih baik jadi lembu yang suka makan rumout.

Anonymous said...

Sebab apa kera jaan PN MELAKA jatuh? Sebab rebut ghanimah dan projek.
Dah dasar walaun benda sahih MUNGKAR pun tetap sokong penyangak
lps tu main sentimen DAP utk tutup isu
ingat rakyat ni bodoh mcm walaun ke?

Anonymous said...

Yg rebut ghanimah frust dah melompat masuk ph. Masuk team abam. Masuk team pembuat arak timah dap. Peduli apa dgn halal haram. Jika ghanimah timah boleh beri duit, lebih baik masuk geng dap. Nanti dapat ghanimah dari duit haram dap.

Anonymous said...

Kat afghan pun ada geng fitnah nak burukkan taliban. Geng fitnah ni sekutu amerika. Geng fitnah afghan mirip geng fitnah msia. Geng fitnah msia hidup bersama dap. Tugas mereka bantai Islam kat msia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails