Friday, October 08, 2021

PRN Melaka (4): PAS jadi Penentu? -Dr Kamarul Zaman.

 

PAS boleh jadi penentu dalam PRN Melaka.

SUKAR untuk difahami bila ada yang masih berani memperkecilkan dan membuang terus PAS dari perkiraan mereka dalam PRN Melaka.

Sedangkan jika diteliti kepada keputusan kerusi DUN Melaka dalam PRU14 PAS mampu menjadi penentu yang mengubah situasi.

Sepertimana yang kita semua tahu, dalam PRU14, PH hanya menang 15 kerusi manakala BN pula menang 13 kerusi di DUN Melaka.

Tetapi tahukah anda jika BN dan PAS bekerjasama dalam PRU14 lalu, PH sebenarnya hanya mampu menang 9 kerusi sahaja di DUN Melaka?

Ini kerana ada 6 daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PH dalam PRU14 lalu yang sebenarnya kalah oleh gabungan undi BN dan PAS.

6 kerusi ini ialah:

1. Kerusi N.07 Gadek yang dimenangi oleh calon PH-DAP, G. Saminathan, dengan 4,392 undi berbanding 5,950 undi yang diperolehi oleh calon BN-MIC, Panirchelvam A/L Pichamuthu (4,085 undi), dan calon PAS, Emransyah Bin Ismail (1,865 undi).

2. Kerusi N.09 Durian Tunggal yang dimenangi oleh calon PH-PAN, Sofi Wahab, dengan 5,213 undi berbanding 5,841 undi yang diperolehi oleh calon BN-Umno, Ab Wahab Bin Ab Latip (4,450 undi), dan calon PAS, Mohsin Ibrahim (1,391 undi).

3. Kerusi N.14 Kelebang yang dimenangi oleh calon PH-PKR, Gue Teck, dengan 7,648 undi berbanding 9,131 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Dato’ Lim Ban Hong (6,859 undi), dan calon PAS, Mohd Shafiq Ismail (2,272 undi).

4. Kerusi N.21 Duyong yang dimenangi oleh calon PH-DAP, Damian Baba Yeo, dengan 7,642 undi berbanding 7,685 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Lee Kiat Lee (4,747 undi), dan calon PAS, Ustaz Kamarudin Sedik (2,938 undi).

5. Kerusi N.23 Telok Mas yang dimenangi oleh calon BERSATU, Noor Effandi Ahmad, dengan 7,694 undi berbanding 9,570 undi yang diperolehi oleh calon BN-Umno, Dato’ Abdul Razak Bin Abdul Rahman (6,406 undi), dan calon PAS, Ustaz Rosazli Md Yasin (3,164 undi).

6. Kerusi N.24 Bemban yang dimenangi oleh calon PH-DAP, Dr. Wong Fort Pin, dengan 6,998 undi berbanding 8,415 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Dato’ Koh Chin Han (5,653 undi), dan calon PAS, Suhaimi Harun (2,762 undi).

Memang benar situasi dalam PRU14 mungkin agak berbeza dengan situasi sekarang, tetapi tidakkah anda mahu belajar dari kisah silam yang memeritkan?

Mengapa kita masih mahu memperjudikan nasib dan merisikokan diri sendiri sedangkan kita tahu keadaan pasti akan berubah dengan wujudnya perpaduan?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/4746857965358224

Sila lihat siri PRN Melaka:


5 comments:

Anonymous said...

PENGKALAN BATU
P.137 N.15

BN
CHUA LIAN CHYE
31%
6471

PKR won

NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE
44%
9227


PAS
RAMLI BIN DALIP
11%
2230

Total UMNO + PAS = 6471 + 2230
= 8701

Majority PRU 14 : 9227 - 8701 = 526




PRU 15 : 'Beliau' Fikirlah Sendiri!


Anonymous said...

Parti mne bayo parti pelacur lebih, parti tu dpt kuasa... Simple

Anonymous said...

xpe geng d'macai 22 sure sokong punye...

Anonymous said...

Betulkah wakaf di Malaysia setakat bina masjid dan surau sajaa..!? YB Fuziah auta atau fakta..!?

"Malaysia wakaf masih lebih dikenali sebagai menderma dan menguruskan tanah tapak masjid, rumah anak yatim atau kubur", kata YB Fauziah Salleh. Itu lah yang dibangkitkan sambil memperolok olok industri zakat oleh YB Fuziah Salleh dari Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Fuziah Salleh (PH – Kuantan) mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam yang tidak proaktif dalam mewujudkan Rang Undang-undang wakaf Wilayah Persekutuan supaya menjadi model kepada negeri-negeri lain untuk merangka undang-undang sama.

Betul kah apa yang di dakwa oleh YB Fauziah itu.!? Apa kah sekadar melontarkan pandangan dangkal atau setakat goreng bagi penyedap rasa supaya penyokong terkinja kinja dan rakyat percaya kata kata YB ini.!? Link ini Dr Hendri Tanjung Ph.D dari Universitas Terkemuka Indonesia mengulas satu satu nya saham wakaf di dunia adalah wakaf Malaysia..!! Link ni tak tipu hokeyy..!!

https://youtu.be/H1K0EOjcB1o

“Kita dengar apa Yang Berhormat (YB) menteri bercakap tentang wakaf. Sebenarnya apa YB bercakap itu old school of wakaf, dah berlaku berapa lama dan kita semua maklum dengan apa yang telah dilakukan tentang tanah wakaf.

Lihat lah link kat atas itu tadi bandingkan fitnah jijik yang dilemparkan oleh YB Fuziah Salleh dari PH ini.. walaun dan otai kau dengar sampai abis penerangan Dr Hendri Tanjung itu sebelum terkinja kinja fitnah wakaf di Malaysia.

Malas nak layan fitnah wakaf kau orang dengar video di atas Prof salah satu dari Universiti Indonesia pasal kekaguman wakaf di Malaysia.


#asalPHmestiMenipu

Anonymous said...

Sangat kreatif ahli politik pas. Dulu zaman tgna, premis judi ditiadakan. Kerja 5 hari, cuti dua hari, diikut oleh kjaan pusat. Cuti bersalin, juga dikut kjaan pusat. Skrng ada pulak rang undang2 wakaf dan ruu355. Nampaknya pas sangat berfikir cara mensejahterakan rakyat. Jom secara gerombolan sokong pas dan tolak fahaman liberal yg bikin huru hara dan tidak stabil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails