Thursday, October 21, 2021

Rakyat alukan sambut akta perlindungan warga emas. Al-hamdulillah.

 

Akta perlindungan warga emas dibentang tahun hadapan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) bagi melindungi hak dan kebajikan warga emas masih di peringkat persediaan dan dijangka dibentangkan pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata kerajaan sangat peka terhadap keperluan warga emas di Malaysia dan sedang berusaha mewujudkan akta khusus bagi melindungi mereka.

“Kajian itu telah berakhir pada 1 Oktober tahun ini, di mana kajian ini dijalankan untuk menentukan prosedur operasi standard (SOP) dan skop RUU bersesuaian dalam konteks Malaysia sebagai kesediaan masyarakat berdasarkan kajian dan data yang ada. 

“Kementerian ini juga sedang menyediakan satu cadangan, iaitu strategi ke arah mempertingkatkan perlindungan kepada warga emas,” katanya menjawab soalan Senator Fadhlina Dato’ Sidek, di Dewan Negara, hari ini.

Fadlina meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjelaskan jika kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan satu akta untuk menangani isu pengabaian warga emas di Malaysia.

Sementara itu kata Siti Zailah, kerajaan juga sedang mewujdkan lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) melibatkan 222 Parlimen di seluruh negara.

Langkah itu katanya, bagi memelihara warga emas yang diabaikan ahli keluarga, terutamanya mereka yang menghidap penyakit.

“Kerajaan berusaha untuk menambahkan lagi pusat bantuan warga emas terutama melibatkan komuniti.

“Tanggungjawab dalam membela warga emas bukan semata-mata terletak di bawah tanggungjawab kerajaan, namun ia juga tanggungjawab masyarakat dan keluarga itu sendiri,” katanya. HARAKAHDAILY 20/10/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, akta perlindungan warga emas akan dibentang tahun hadapan, tanda kerajaan prihatin rakyat. Rakyat alu-alukan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails