Saturday, October 30, 2021

Rakyat bangga M'sia bina kilang vaksin halal pertama di dunia

 

Afandi Abd Basir

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menyambut baik dan menyokong penuh hasrat negara yang bakal membina kilang vaksin halal pertama di dunia tidak lama lagi, dan berharap ia bakal memanfaatkan mereka pada masa hadapan.

Hasil tinjauan HarakahDaily mendapati, rata-rata orang ramai menyokong usaha murni kerajaan yang bakal mencipta sejarah baharu kepada industri vaksin Covid-19 di peringkat global itu. 

Seorang eksekutif  pemasaran, Afandi Abd Basir @ Karnain, 39, berkata, dia menyokong penuh hasrat Malaysia untuk membina kilang vaksin halal pertama di dunia menjelang tahun 2024. 

“Apabila Malaysia bakal menghasilkan kilang vaksin halal yang pertama di dunia, ia merupakan satu berita gembira yang sangat ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Dengan adanya kilang vaksin ini, ia sekaligus dapat memberi kemudahan kepada individu bagi menjamin kesihatan yang lebih baik. 

“Negara juga tidak lagi memerlukan perbelanjaan yang besar bagi proses penghantaran yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Afandi, proses penghasilan vaksin juga dapat dihasilkan dengan skala lebih besar bagi tujuan penggunaan dalam negara dan luar negara.

Sehubungan itu, dia berharap agar Malaysia  menjadi negara pengeluar vaksin terbesar dan terbaik di dunia.

Sementara itu, eksekutif swasta, Nur Jamilah Zubir pula berasa sangat bangga dengan hasrat Malaysia untuk membina kilang vaksin halal sendiri kerana rakyat dapat melihat ketelusan  dalam penghasilan vaksin yang mempunyai jaminan halal.

Menurutnya, memandangkan pihak berkuasa akan terlibat untuk memastikan vaksin atau kilang tersebut halal, maka ia menunjukkan ketelusan tentang isu halal berkenaan. 

Nur Jamilah Zubir.

“Sekiranya tidak halal, pastinya ia sukar untuk mendapat kelulusan kerajaan untuk kilang beroperasi dan vaksin pula sukar diluluskan untuk pengeluaran.

“Dari segi kos pula, saya percaya sekiranya Malaysia merancang untuk membuat kilang sendiri, sudah tentu ia juga bertujuan untuk menjimatkan kos,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Katanya lagi, rakyat Malaysia juga tidak perlu lagi menunggu  terlalu lama untuk mendapatkan vaksin memandangkan  kilang pengeluaran vaksin boleh didapati di Malaysia. 

“Jadi, apabila (vaksin) mempunyai permintaan yang tinggi, orang ramai sudah tahu jumlah bekalan yang ada dalam negara,” tegas Nur Jamilah. 

Dalam pada itu, penulis skrip, Mohamad Hanis Ismail, 33, menegaskan, kewujudan vaksin dan kilang vaksin halal tempatan dapat membantu mengurangkan jumlah masyarakat di negara ini yang antivaksin yang risaukan tentang status halal vaksin dari luar negara.

Katanya, sedikit sebanyak kewujudan kilang halal vaksin di Malaysia ini  dapat menghilangkan keraguan orang ramai tentang status halal vaksin. Contohnya, sekiranya terdapat 10,000 orang yang  antivaksin, kemungkinan besar dapat meyakinkan satu pertiga daripada jumlah tersebut.

Mohamad Hanis Ismail.
“Pada pendapat saya, Malaysia sememangnya wajar menghasilkan kilang vaksin halal kerana secara tidak langsung ia bukan sahaja menjana ekonomi negara tetapi juga berjaya memanfaatkan dan mengangkat kepakaran anak tempatan di mata dunia terutama buat negara-negara Islam lain,” jelasnya. 

Terdahulu, Malaysian Vaccine and Pharmaceutical (MVP) bakal menjadi kilang pertama menghasilkan vaksin halal di dunia menjelang tahun 2024.

Pengarah Eksekutif MVP, Rashidah Ibrahim berkata, tempoh jangkaan tersebut lebih awal daripada yang diharapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, vaksin yang dihasilkan akan dikembangkan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi di luar negara dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – HARAKAHDAILY 27/10/2021

Sila lihat siri PRN Melaka:

2 comments:

Anonymous said...

Imej negara terjejas kunun bila banduan boleh ke Singapura, jadi pengurus pilihan raya UMNO" - Tun M

blog kluangdaimond barua Tun..

Imej terjejas kunun... yg Jho Low lesap Justo lesap depan lubang hidung orang Tua celaka tu kira imej negara naik mencanak...!?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan marah marah hari ini mempersoalkan situasi yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah bebas ke sana ke mari, biarpun didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram.

Dalam catatan terbaharu di blognya, Dr Mahathir berkata, sepanjang kes rayuan Najib berlangsung bermula April tahun ini, Ahli Parlimen Pekan itu bebas seperti orang tidak bersalah, dan kes juga tidak didengari kerana pelbagai alasan.

Nampaknya sakit hati orang tua celaka ini masih tak kebah lagi. Justo hilang depan lubang hidung dia orang tua tu buat bodoh bangang saja tiada seko pun yang nak pertikaikan.

Pelbagai lebel digunakan dulu Pencuri sekarang Penjenayah VVIP Banduan VIP dan memacam lagi..!! Strategi lapuk tapi masih menyengat dari si fitnah jijik..!!

Malah, kata Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, Najib boleh hadir ke Dewan Rakyat, tetapi tidak ke Mahkamah kerana menggunakan alasan sakit.

Jho Lo lansung tak jumpa sebab alasan Jho Lo dah jadi beruang. Yang pelik lagi Aljezera boleh pulak wawancara Jho Low sambil gentel gentel telo lagi. Ke mana kau nak campak imej negara masa tu..!?

22 bulan berkuasa orang tua tu bole pulak buat bodoh bangang macam sial tak cari Jho Low.!!

Isu Jho Low ini lah yang menyebabkan orang tua celaka tu dan kaum Cina di Malaysia dan Singaura bertepuk tangan bersorak gembira dengan menyaksikan sesama Melayu bergadoh sakan...

Jho Low adalah lambang betapa hapraknya jadi balaci dan barua DAP@Lee Kwan Yew...!! Jho Low lesap sesama Melayu berantakan.. puiii..!! Jangan serang saka tua tu serang boboi sampai lingkup...!! Lingkup boboi melingkup la PejWang dan orang tua tu..

Pulau Batu Putih pun digadai oleh barua ini. Yg ni imej negara kau nak campak mana pulak..!?

#serangboboisampailingkup

Anonymous said...

Sudah tiba masanya, org melayu dan Islam bertumpu kpd pas. Ternyata pas bukan saja mematuhi syariah dan istiqamah, pas tetap kekal pertahankan org melayu dan Islam. Sudah ramai yg menyokong pas. Malah cerdik pandai pun berasa khidmat mereka ada nilai ibadah bila bersama pas. Bersama pkr dan pan, terbukti mereka parti lagha yg bermatlamat kebendaan dan duniawi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails