Saturday, October 09, 2021

Serangan di Aiport Saudi &ribut pasir di Brazil.

 

1. 5 cedera serangan di lapangan terbang Arab Saudi.

RIYADH: Serangan bom di Lapangan Terbang Abha dekat bandar Jazan, berhampiran sempadan Yaman semalam mengakibatkan lima orang cedera.

Menjamin Keabsahan Yaman dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Agensi Berita Saudi (SPA) mendakwa, lima orang cedera ringan apabila 'bahan letupan dijatuhkan ke atas 'Lapangan Terbang King Abdullah'.

Beberapa serangan dilaporkan di beberapa tempat Arab Saudi dan pasukan Houthi di Yaman sering dituduh melancarkannya yang bermatlamat menubuhkan semula kerajaan digulingkan sebelum ini.

Pada Rabu lalu, empat orang cedera selepas dron dilengkapi bahan letupan yang menyasarkan Lapangan Terbang Abha berjaya dipintas pihak gabungan itu.

SPA melaporkan, mereka cedera akibat terkena serpihan dron yang berkecai selepas dipintas pihak berkuasa.

Pada 31 Ogos lalu, sebuah dron meletup di lapangan terbang sama mengakibatkan lapan orang cedera dan menyebabkan pesawat awam mengalami kerosakan. Abha adalah lokasi pelancongan popular bagi warga Arab Saudi, terletak di tenggara negara itu. - AF

2. Kemarau luar biasa cetus ribut pasir di Brazil

Ribut pasir menghampiri daerah Nossa Senhora do Carmo di bandar Frutal, Minas Gerais, Brazil. - Foto AFP

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya enam maut akibat ribut pasir dengan kekuatan luar biasa di Sao Paulo sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ketika Brazil tenggara menghadapi musim kemarau yang teruk.

Gumpalan debu awan oren kelihatan di seluruh kawasan luar bandar dengan kelajuan angin hingga 100 kilometer sejam (km/j), yang dilihat sekurang-kurangnya tiga kali sejak akhir September lalu.

Keadaan itu menakutkan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar Sao Paulo serta Minas Gerais.

Media tempatan melaporkan, mangsa terbunuh akibat ditimpa pokok tumbang dan rumah yang ranap selain terperangkap dalam ribut berkenaan.

Ahli meteorologi, Estael Sias, dari saluran cuaca Brazil Metsul, berkata lazimnya ribut pasir adalah fenomena biasa tetapi tidak sekuat seperti dialami pada tahun ini.

"Bencana alam ini dicetuskan oleh tempoh yang lama tanpa hujan, suhu tinggi dan kelembapan rendah.

"Selepas musim kering, akan berlaku hujan, lazimnya bersama angin kencang yang meniup pasir dan sisa kebakaran di permukaan tanah ke udara.

"Pada abad ini, suhu setiap tahun mencatat rekod dan terdapat lebih banyak haba di atmosfera, yang diubah menjadi tenaga untuk cuaca ekstrem seperti hujan, ribut, banjir dan juga kemarau, cuaca sejuk serta panas," katanya.

Sias berkata, ribut kuat tidak dapat dipisahkan daripada perubahan iklim dan ia sering terjadi di wilayah gurun serta dapat mencapai ribuan meter ke langit, selebar 160 kilometer (km) dan bertahan selama beberapa jam.

Brazil menghadapi musim kemarau terburuk dalam tempoh 91 tahun, menyebabkan paras air rendah di rizab hidroelektrik di bahagian tengah-barat dan selatan negara itu, sekali gus menaikkan tarif elektrik. - AFP

(IH)

No comments:

Post a Comment