Wednesday, October 27, 2021

Sudan pro Israel perampas Petronas, tumbang macam PH M'sia..

 

Abdalla Hamdok-barua Israel

Kerajaan Sudan perampas aset Petronas, tumbang

TERKINI nasib 42 rakyat Malaysia di Sudan dan aset Petronas yang dirampas rejim Abdalla Hamdok pro-Israel hari ini menjadi tumpuan dunia apabila tentera di bawah Jeneral Abdel Fattah al-Burhan bertindak merampas kuasa.

Sebelum ini, kerajaan Sudan pro-Israel pimpinan Abdalla Hamdok bertindak melampau apabila bukan sahaja merampas aset Petronas pada 5 Oktober, bahkan turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengurus Petronas di Sudan pada 12 Oktober.

Malah, Abdalla Hamdok yang sebelum ini merupakan ahli ekonomi mesra Barat di PBB turut bertindak merampas aset milik Turki, Pakistan, Qatar, dan China, negara-negara yang kurang mesra agenda geopolitik Barat.

Abdalla Hamdok juga bertanggungjawab mewujudkan hubungan diplomatik Sudan-Israel pada tahun 2020 selepas tumbangnya Jeneral Omar al-Bashir yang bertanggungjawab bekerjasama dengan Petronas dalam membangunkan industri petroleum Sudan.

Rampasan kuasa Jeneral Abdel Fattah al-Burhan hari ini menyaksikan Abdalla Hamdok yang pro-Israel serta beberapa menteri lagi telah ditahan, manakala lapangan terbang Sudan dilaporkan telah ditutup dan penerbangan antarabangsa dilaporkan telah digantung.

Seperti diduga, kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dengan serta-merta mendesak supaya Abdalla Hamdok dibebaskan segera dan mengugut akan menghentikan segala bantuan dan kerjasama antarabangsa dengan Sudan.

Duta Amerika ke Afrika Jeffrey Feltman menegaskan bahawa rampasan kuasa ke atas rejim Sudan pro-Israel ini ‘tidak boleh diterima sama sekali’.

Sebelum ini, Duta Jeffrey Feltman itu sendiri menegaskan pentingnya Sudan untuk menuruti pelan peralihan kuasa secara demokrasi yang disokong Amerika di mana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan negatif kepada hubungan bilateral Sudan-Amerika, termasuklah bantuan ketenteraan dan kewangan: “failure to meet key benchmarks will place at risk Sudan’s bilateral relationship with the United States, including significant U.S. assistance, as well as the prospect of security cooperation to modernize the Sudanese armed forces and U.S. support in the International Financial Institutions and for debt relief”.

Meski pun Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dianggap sebagai ‘Jeneral yang paling bersih daripada rasuah’ berbanding jeneral-jeneral Sudan yang lain, tindakan beliau menjatuhkan kerajaan Sudan pro-Israel hari ini pasti akan mengundang tindak balas dahsyat daripada kuasa-kuasa Barat yang sudah pun melaungkan amaran; bahkan gema bantahan kepada rampasan kuasa tentera ini juga sudah meletus di Khartoum yang menuntut supaya janji pilihan raya diadakan dipenuhi.

Tumbangnya rejim Abdalla Hamdok ini membuka ruang kepada kemungkinan semakan semula kepada tindakan kerajaan Sudan sebelum ini yang merampas Kompleks Petronas di Khartoum kononnya atas tudahan rasuah. Untuk rekod, langkah Petronas merujuk kes rampasan Sudan sebelum ini ke International Centre for Settlement of Dispute (ICSID) hanya diambil selepas jalan diplomatik melalui Kementerian Luar Negeri tidak membuahkan sebarang hasil.

Apa yang pasti, nasib 42 rakyat Malaysia di Sudan termasuk 27 pelajar yang berdaftar di sana serta aset Petronas yang dirampas masih memerlukan doa sokongan kita semua rakyat Malaysia. Sama-sama kita doakan semoga Allah peliharakan rakyat Malaysia di sana serta menstabilkan politik Sudan bebas daripada campur tangan kuasa asing yang jelas berkepentingan.

ABDUL MUEIN ABADI
Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs,
Leiden University, Belanda – HARAKAHDAILY 26/10/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tumbangnya Sudan  yang pro Israel perampas Petronas, samakah dengan tumbangnya PH (Pakatan Harapan) di Malaysia yang ingin merampas 'hak istimewa bumiputera'?

Kita sama-sama berharap dan berdoa agar 'kuasa jahat' (kebatilan) akan tumbang hilang bila 'kuasa baik' (kebenaran) menjelma! 

Allahu Akbar!

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed 

الكان داكا

Hamd Yousif



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails