Sunday, October 24, 2021

Sultan Johor terima taklimat mengenai Pulau Batu Puteh

 

Foto daripada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu menumpukan perbincangan isu Pulau Batu Puteh.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda sebentar tadi, turut hadir pada pertemuan itu ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Khamis lepas, Sultan Ibrahim bertitah tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab jika benar ada pihak yang melakukan kecuaian dan kekhilafan dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri pada 9 Okt lalu mengenai keputusan Kabinet mewujudkan pasukan petugas khas untuk semakan semula undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Sehari selepas itu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri memberi jaminan akan bekerjasama dan membantu pasukan petugas khas kerajaan Persekutuan berhubung isu berkenaan. – BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Rakyat msia sangat berbesar hati jika batu putih kembali ke johor. Daulat Tuanku.

Anonymous said...

Kita di sini banyak dikelulingi oleh barua barua Melayu bertuankan Lee Kwan Yew untuk jadi pengkhianat negara di sini..

Barua barua ini stiap masa mencari jalan menghancurkan islam dan melayu

zack said...

Aku lebih menyesal terlepas singapura yg berganda besar dari batu puteh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails