Wednesday, November 24, 2021

Benarkah JI menyusup masuk dalam institusi agama?

 

Agensi Anti-Keganasan Indonesia mendedahkan anggota JI telah menyusup masuk ke institusi agama dan awam di seluruh negara dalam usaha menyebarkan ideologi mereka. - Foto fail AFP

JI menyusup masuk institusi agama, awam Indonesia

JAKARTA: Pegawai tertinggi antikeganasan Indonesia memberi amaran anggota kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) dikesan menyusup masuk ke dalam institusi agama dan awam di negara itu dalam usaha menyebarkan ideologi.

Polis minggu lalu menahan tiga individu yang disyaki mengutip dana untuk kumpulan dikaitkan dengan Al-Qaeda.

Antara mereka adalah seorang ahli Majlis Ulama Indonesia, Ahmad Zain An-Naja yang juga berada dalam Suruhanjaya Majlis Fatwa.

Mereka yang lain adalah penceramah Farid Okbah dan pensyarah universiti, Anung Al-Hamat.

"Penahanan itu menunjukkan JI sudah menyusup masuk ke dalam setiap aspek kehidupan masyarakat.

"Adalah mungkin mereka menyusup dalam badan agama termasuklah badan sukan serta kelab permotoran," kata Pengarah Pencegahan Anti-Keganasan, Ahmad Nurwakhid kepada CNA.

Nurwakhid berkata, sejak 2010, pihak berkuasa sudah menahan 18 orang awam, lapan pegawai polis dan lima pegawai tentera yang dikaitkan dengan JI.

"Mereka sangat bagus dalam menyembunyikan wajah sebenar," katanya.

JI sebelum ini bertanggungjawab dalam serangan ganas termasuklah insiden pengeboman Bali 2002 yang membunuh 202 orang.

Serangan terakhir yang diarahkan secara langsung oleh JI adalah pada 2007 namun Nurwakhid berkata, kumpulan pengganas kini memberi fokus untuk merekrut ahli, mengutip dana dan menyebarkan ideologi secara rahsia.

Strategi itu berubah ketika kepimpinan Para Wijayanto yang mengetuai rangkaian itu dari 2008 sehingga dia ditahan pada 2019.

Dia kini menghadapi hukuman penjara tujuh tahun.

"Mereka sebelum ini fokus dalam melancarkan serangan tetapi Para Wijayanto mengubah kepada penyebaran ideologi, merekrut lebih ramai, meluaskan sokongan pangkalan serta mengutip dana.

"Mereka masih lagi sangat bahaya dan mampu melancarkan serangan bila-bila masa mereka mahu," katanya yang memberitahu, JI juga bekerja keras dalam pengumpulan senjata serta melatih ahli. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara tuduhan yang dilebelkan ke atas JI..

Jemaah Islamiyah

Penerangan

Perihalan

Jamaah Islamiyah, di Malaysia sering dieja dengan Jemaah Islamiah, ialah sebuah kumpulan ekstremisme ketenteraan Islam. Kumpulan ini mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dan al-Qaeda kerana terdapat asas kewujudan hubungan kewangan antara Jamaah Islamiyah dengan kumpulan ini. Wikipedia
Kekuatan5,000

Abu Bakar Basyir

Penerangan

Perihalan

Abu Bakar Ba'asyir adalah seorang ustaz Arab yang berasal dari Indonesia. Beliau dituduh sebagai ketua agama Jemaah Islamiyah, sebuah pertubuhan militan Islam yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. Ba'asyir menafikan segala hubungan dengan JI atau pengganas. Wikipedia
Lahir17 Ogos 1938 (umur 83 tahun), Kabupaten Jombang, Indonesia

No comments:

Post a Comment