Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks
BEIJING – Bekas pemain nombor satu tenis beregu wanita China, Peng Shuai membuat pendedahan berhubung dakwaan serangan seksual ke atasnya oleh pegawai tinggi kerajaan, Zhang Gaoli yang kini telah bersara, beberapa tahun lalu.
Peng mendedahkan perkara itu dalam catatan di akaun media sosial miliknya pada Rabu. Namun sejam kemudian, tuduhan terhadap Zhang Gaoli telah dipadamkan.
Ini kali pertama tuduhan terhadap pegawai tertinggi kerajaan didedahkan di akaun media sosial. Zhang, 75, berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri China di antara tahun 2013 dan 2018 dan merupakan sekutu rapat kepada Presiden Xi Jinping.
“Saya tahu sebagai pegawai tertinggi seperti kamu, Naib Perdana Menteri Zhang Gaoli, kamu boleh kata kamu tidak takut.
“Namun walaupun saya boleh dikenakan tindakan, saya akan ceritakan perkara sebenar tentang kamu,” dedah Peng dalam tangkap layar yang sempat dirakam warga netizen.
Peng mendedahkan, insiden kali pertama dipaksa mengadakan hubungan seks ketika melawat rumah bekas pemimpin itu untuk bermain tenis.
“Kamu telah memaksa saya untuk mengadakan hubungan seks dan saya tidak berhenti menangis selepas itu,” katanya lagi.
Peng bagaimanapun mengaku dia tidak mempunyai bukti terhadap pendedahannya itu.
“Saya tidak mempunyai bukti kerana kamu melarang saya membawa sebarang alat perakam, hanya pengalaman yang mengerikan itu,” katanya.
Sepanjang kariernya, Peng telah memenangi dua trofi Grand Slam beregu wanita – pertama di Wimbledon pada 2013 dan kali kedua di Roland Garros pada 2014, kedua-duanya berganding dengan Hsieh Su-wei dari Taiwan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bekas Naib Perdana Menteri China sekutu rapat kepada Presiden Xi Jinping paksa lakukan seks terhadap bintang sukan tenisnya. Huduh sungguh perangai ahli politik di China.
Mungkin perangai-perangai beginilah yang menjadi idola kepada pemimpin parti Cina di Malaysia yang dituduh merogol pembantu rumahnya? Layakkah parti begini memimpin negara Malaysia ini?
Sila lihat siri PRN Melaka:
1. PRN Melaka (1): Apa kata PAS? 2. PRN Melaka (2): Pas mahu perkasa MN &pertahan PN. 3. PRN Melaka (3): Ini Hadiah Untuk PH, Senarai 123.. 4. PRN Melaka (4): PAS jadi Penentu? -Dr Kamarul Zaman. 5. PRN Melaka (5): Wajib politik, tapi bukan undi DAP... 6. PRN Melaka (6): Keputusan minggu depan. 7. PRN Melaka (7): PH gembira, tanding 3 pnjuru parti... 8. PRN Melaka (8): Jadikan model perpaduan Melayu -D... 9. PRN Melaka (9): X wajar ditangguhkan' -B/T.Pengeru... 10. PRN Melaka (10): Zahid Hamidi tanding.. PAS terusk... !!. PRN Melaka (11): Ulangi kegemilangan. -Roslan SMS 12. PRN Melaka (12): Pertahan kelangsungan MN, PN -Moh... 13. PRN Melaka (13): PAS letak calon. Siapa berapa? 14. PRN Melaka (14): Kajian PAS Melaka, ramai tak mahu. 15. PRN Melaka (15):Harapan, pengundi PH kembali..16. PRN Melaka (16): PN tanding semua kerusi. 17. PRN Melaka (17): MKT UMNO Putuskan kerjasama denga... 18. PRN Melaka (18): Hampir diputuskn, 2 B/ADUN UMNO s... 19. PRN Melaka (19): Analisis Prof Madya Dr Rusdi (U.... 20. PRN Melaka (20): Fatwa Mufti WP ‘memihak’ calon DAP? 21. PRN Melaka (21): DAP tulis kata makian, 'Lahabau..... 22. PRN Melaka (22): Undi Calon Bukan Islam -Muftti W... 23. PRN Melaka (23): Bantah Undi Calon Bukan Islam/Muf...
2 comments:
Apa citer adun tronoh. Sonyap jo.
Dah sekawah, senyap la. Mulut penuh sagun.
Post a Comment