Monday, November 22, 2021

Cari peluang kerjasama ekonomi -dagang M'sia-Indo..

 

PEMINDAHAN ibu kota Indonesia, dari Jakarta ke Kalimantan Timur diharapkan akan memberikan banyak ruang untuk investasi dan kerjasama ekonomi atau perdagangan. Kalimantan Timur dan wilayah-wilayah di sekitarnya dijangka mengalami pertumbuhan pesat. 

Wilayah itu memang terkenal memiliki hasil pertanian dan perikanan yang melimpah, perlombongan arang batu, minyak dan gas, dan banyak peluang kerjasama boleh dirintis oleh golongan usahawan dan pelabur dalam pelbagai bidang ekonomi. 

Negeri Sabah contohnya, yang terletak berdekatan dengan Kalimantan sudah pasti mempunyai banyak kelebihan. 

Pernah Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), James Ha  Haw Yew mengetuai delegasi FMM dalam misi kunjungan ke Tarakan dan Balikpapan. James Ha Haw Yew, pada Julai 2018 mengetuai rombongan seramai 12 ahli perniagaan yang bergiat dalam pelbagai bidang ekonomi.

Antaranya Dong Sin Food Sdn Bhd,Powerco Trading (KK) Sdn Bhd, Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn Bhd, Life Water Industries Sdn Bhd, Sika Kimia Sdn Bhd, Twinine Sdn Bhd,HKT Industries Sdn Bhd, Heera Food Industries Sdn Bhd, dan Taluwang Sdn Bhd. Syarikat-syarikat itu bergerak dalam bidang pelbagai bidang seperti makanan, pembungkusan  pembuatan sos,  mee kering, perabot, kimia dan sebagainya.

Delegasi FMM ke Tarakan dan Balikpapan.

Apa tujuan kunjungan ke Tarakan dan Balikpapan?

Wartawan UTUSAN BORNEO, Abd Naddin bin Shaiddin menemuramah Pengerusi FMM Sabah, James Ha Haw Yew di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Balikpapan, Kalimantan Timur. 

Antara suntingannya..


UB (Utusan Borneo): Selepas berkunjung ke Tarakan dan Balikpapan, apa masalah yang tuan lihat dalam mengukuhkan hubungan antara Sabah dan Kalimantan?

JAMES: Salah satu masalah yang kita lihat ialah masalah pengangkutan kapal atau penghantaran barang. Kapal ada tetapi volume atau kuantiti barang yang diangkut tidak begitu banyak. Misalnya barang dari Tarakan ke Tawau lebih banyak daripada barangan yang dihantar dari Tawau ke Tarakan.  Melihat situasi ini, kita mencadangkan supaya salah satu pelabuhan sama ada pelabuhan Tawau ataupun POIC, pelabuhan Sandakan ataupun pelabuhan Sepanggar sebagai transhipment hub. Barangan dari Tarakan atau Balikpapan dihantar ke  Ini lebih dekat berbanding jika dihantar ke Surabaya atau Singapura.Pelabuhan-pelabuhan di Sabah memiliki potensi yang baik untuk menjadi transhipment hub  untuk penghantaran barang  dari kawasan BIMP Eaga seperti Tarakan dan Balikpapan kerana kedudukannya yang lebih dekat.

"Kita mencadangkan agar keutamaan diberikan kepada produk tempatan. Gunakan produk tempatan. Selain itu, kita meminta kerajaan agar mengurangkan kos harga tanah untuk industri. Lebih banyak tanah diperlukan untuk mendirikan kilang dan sebagainya. Tanah yang sedia ada di KKIP tidak dapat menampung keperluan pengilang."

Setakat ini hanya, Sabah mencatatkan kira-kira 380,000 kontena yang keluar dalam masa setahun.  Jumlah ini masih sedikit kerana Sabah mempunyai banyak produk tempatan yang menarik yang diusahakawan oleh usahawan Industri Kecil dan Sederhana. Kita berharap bilangan kontena yang yang keluar dari negeri ini mencapai 500,000 setahun seperti yang dikatakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau.

Pertumbuhan ini secara tidak langsung memberi galakan kepada syarikat untuk turut sama meningkatkan pengeluaran produk tempatan dari negeri ini. Kerajaan dan rakyat perlu menyokong dan membeli produk tempatan kerana ia setanding produk import malah negara maju turut mengimport teknologi dan produk Malaysia.

"Kita mencadangkan agar keutamaan diberikan kepada produk tempatan. Gunakan produk tempatan. Selain itu, kita meminta kerajaan agar mengurangkan kos harga tanah untuk industri. Lebih banyak tanah diperlukan untuk mendirikan kilang dan sebagainya. Tanah yang sedia ada di KKIP tidak dapat menampung keperluan pengilang."

Ini juga bagi mendukung usaha kerajaan untuk memajukan BIMP-EAGA Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Asean Timur-Brunei Darussalam-Indonesia, Malaysia dan Filipina. Kerjasama sub regional ini sangat penting bagi pembangunan kawasan BIMP EAGA. Sebab itu, fasiliti seperti pengangkutan laut, kemudahan penghantaran barang dan sebagainya perlu lebih efesien. Pengangkutan laut adalah urat nadi yang menghubungkan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia khususnya di kawasan BIMP EAGA ini. Oleh sebab itu, perlu langkah yang lebih intensif untuk melicinkan lagi perdagangan dan meningkatkan konektiviti di Wilayah BIMP EAGA dan diharapkan ia mampu meningkatkan kerjasama ekonomi antara Sabah dan Indonesia.


UB: Apa usaha yang perlu dilakukan?

JAMES: Kita perlu lebih banyak pengeluaran produk tempatan untuk tujuan eksport. Kita perlu bergerak lebih pantas. Kerajaan perlu memberi lebih banyak sokongan kepada produk tempatan, misalnya memberikan insentif bagi mengurangkan kos pengeluaran. Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak kawasan untuk industri kerana KKIP tidak lagi mampu menampung keperluan pengilang.


UB: Mungkin ada cadangan yang perlu dikemukakan?

JAMES:    Kita mencadangkan agar keutamaan diberikan kepada produk tempatan. Gunakan produk tempatan. Selain itu, kita meminta kerajaan agar mengurangkan kos harga tanah untuk industri. Lebih banyak tanah diperlukan untuk mendirikan kilang dan sebagainya. Tanah yang sedia ada di KKIP tidak dapat menampung keperluan pengilang. Kita mencadangkan kawasan yang berdekatan dengan KKIP kerana infrastrutkurnya sudah ada. Jika kos tanah dapat diturunkan dan penggunaan produk mendapat sokongan, kita sudah boleh survive kerana mencipta iklim yang baik.
Utamakan produk Sabah.Kerajaan Sabah harus bertindak cepat .Jangan bertangguh lagi.


UB: Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi maklumat mengenai kunjungan FMM ke Tarakan dan Balikpapan.


JAMES: Terima kasih banyak.Kita juga mengucapkan terima kasih kepada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu yang membantu memfasiliti kunjungan ini. Terima kasih.


Berssambung..


Lihat..

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

1 comment:

Anonymous said...

SPRM baru-baru ini mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan oleh syarikat milik Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia.

Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera susulan pendedahan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan dalam syarikat milik suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tawfiq Ayman.

Gesaan itu dibuat Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar.

“Susulan laporan media baru-baru ini pada 19 Nov yang mengatakan dana 1MDB ada kaitan dengan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, di mana nama suaminya disebut dan jumlah wang sebanyak USD15.4 juta bersamaan kira-kira RM65 juta terlibat.

Tangkap Zety dan suami rakyat tahu angkara kerja siapa di belakang barua laki bini ini..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails