Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Aku Di Pulau Sebatik, Sebuah Pulau Ganjil Antara 2 Negara.
HARI ini, rupanga Allah Taala telah hantarkan aku ke sebuah pulau. Namanya Pulau Sebatik. Lama sudah aku berhasrat untuk ke sini, tapi terbatal. Lihat catatan perjalanan kisahku dalam -E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan.
Perjalanan ku dulu tersangkut di Kalimantan Barat, Indonesia, kisah perjalanan 21 siri, kutulis beberapa tahun lalu. Pulau Sebatik ini, pada saya adalah sebuah pulau yang agak ganjil diperintah oleh dua buah kerajaan, kerajaan Indonesia dan kerajaan Malaysia. Kini saya berada di Sebatik yang bersebelahan Indonesia.
Ibnu Hasyim semasa dalam bot laju di perairan laut Indonesia, Kalimantan Utara.
.. telah mulai penuh di tepian Sungai Pancang, sungai kecil di belakang rumah-rumah kampung di patok perbatasan Desa Ajikuning, Kecamatan Sebatik Tengah, ...
Sebatik adalah sebuah pulau yang berada di bahagian utara provinsi Kalimantan Timur. Masyarakat di pulau ini dikenal unik kerana mempunyai dualisme kehidupan iaitu kehidupan Indonesia dan Malaysia.
Bahkan terdapat rumah-rumah penduduk yang berada tepat diatas garis perbatasan sehingga jika dibelah rumah tersebut akan terbahagi dua, ruang tamu masuk wilayah Indonesia, ruang dapur masuk wilayah Malaysia.
Orang Sebatik juga mempunyai keistimewaan, yakni mereka bisa mengakses dua negara hanya dengan membayar sikit wang untuk mendapatkan pasport merah. Dengan pasport merah ini, mereka bebas keluar masuk wilayah Malaysia.
Ketika keperluan, orang Sebatik lebih ramai dapat ditemukan di Tawau Malaysia daripada di Nunukan, Kalimantan Timur, tentu saja keberadaan pasport ini sangat menggembirakan. Dengan pasport tersebut, orang Sebatik dapat menjual hasil bumi ke Malaysia. Sebaliknya mereka bisa membeli segala keperluan di pasar-pasar tradisional Tawau, Malaysia, seperti baju, barang elektronik dan keperluan pokok lainnya.
Proses jual beli tersebut dilakukan dengan wang Malaysia, ringgit. Kerana keseharian mereka seperti itu, di warung-warung Sebatik juga jual beli menggunakan ringgit, meskipun Sebatik masuk wilayah Indonesia.
Keseluruhan Pulau Sebatik.
Keluasan keseluruhan Pulau Sebatik ialah 452.2 km persegi manakala keluasan Pulau Sebatik yang termasuk dalam wilayah Malaysia ialah 204.7 km persegi. Bagaimanapun jumlah penduduk di wilayah Malaysia hanya 25,000 sahaja berbanding dengan wilayah Indonesia seramai 80,000 orang, lebih 3 kali ganda.
Jarak Pulau Sebatik dari Tawau hanya 8 km sahaja dan dipisahkan oleh Telok Cowie. Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari jeti Tawau ke jeti Kampung Sungai Tongkang. Telok Cowie, mengingatkan kita tentang satu tragedi kemalangan sebuah pesawat Caribou TUDM dalam tahun 1970 yang mengorbankan 11 orang tentera termasuk juruterbangnya.
Tetapi setelah saya tinjau-tinjau, kebanyakan suara rakyat Indonesia, agak rasa kecewa kerana Pulau Sebatik telah terpinggir dari arus pembangunan Indonesia. Mereka seperti dianaktirikan oleh kerajaan Indonesia. Rata-rata mereka memuji keprihatinan Kerajaan Malaysia mengenai pembangunan rakyatnya.
Malah ekonomi rakyat Indonesia di Pulau Sebatik adalah bergantung berat ke arah Malaysia. Hasil mahsul pertanian dan perikanan mereka dijual ke Malaysia khususnya Tawau, dan mereka mendapat bekalan barang keperluan harian dari bandar Tawau. Malahan kata mereka harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari di Indonesia. Matawang RM diterima secara meluas di wilayah Indonesia itu.
Penduduk Indonesia banyak bertumpu di sempadan Malaysia. Walaupun terdapat batu penanda sempadan di sepanjang sempadan negara, ia tidak diberatkan. Ramai penduduk Indonesia mengusahakan tanah di Malaysia dengan cara sewaan. Katanya harga tanah di Indonesia kira-kira 10 juta Rupiah (sehektar, manakala di Malaysia mereka boleh menyewa hanya RM100 sahaja (Rp280,000) untuk ukuran tanah 9 x 17 meter.
Dari aspek pembangunan, diberitakan wujud perbezaan pembangunan prasarana yg amat ketara di antara dua wilayah. Malah ada sarjana Indionesia dalam kajian mereka telah melahirkan kebimbangan atau kekhuatiran jika kerajaan Indonesia terus menerus tidak mengambil berat ke atas pembangunan ekonomi di Pulau Sebatik. Mereka mungkin mahu menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia kerana mahukan kehidupan yang lebih makmur.
Kesimpulan: Mengapa jadi begitu?
1. Jarak ke Tawau Malaysia lebih dekat dari pada ke Nunukan, Indonesia. Untuk menuju ke Nunukan diperlukan waktu 1.5 jam berperahu, belum ongkos berperahu kesana. Ke Tawau hanya perlukankan jalan kaki 15 menit.
2. Menurut orang Sebatik, barang dagangan mereka di Tawau dihargai lebih mahal daripada Indonesia kerana nilai ringgit lebih tinggi daripada rupiah.
3. Di bidang pendidikan, orang Sebatik lebih suka menyekolahkan anaknya ke Malaysia daripada ke Indonesia, kerana biayanya lebih murah. Selain itu untuk anak sekolah dasar mereka mendapat seragam percuma atau gratis. Hal ini tentu saja menguntungkan masyarakat Sebatik yang secara ekonomi berpenghasilan rendah, khususnya para nelayan.
4. Mengenai kesihatan, orang Sebatik lebih suka berubat ke klinik-klinik yang ada di perbatasan milik Malaysia daripada ke puskesmas Indonesia. Menurut mereka klinik Malaysia alat lebih lengkap, lebih bersih dan dokternya selalu ada. Berkebalikan dengan puskesmas Indonesia yang selalu sepi dan ubatnya itu-itu saja.
5. Dalam realitinya nyata orang Sebatik suka membandingkan kemajuan Indonesia dan Malaysia, misalnya pada malam hari kota Tawau bermandikan cahaya letrik, berkebalikan dengan pulau Sebatik yang hanya dipasok listrik dua hari sekali. Realitas ini dipahami mereka sebagai ketidak pedulian pemerintah Indonesia terhadap mereka, kerana itu mereka lebih memilih ke Tawau yang lebih maju.
6. Orang Sebatik banyak mendapat kemudahan dari Tawau, misalnya air bersih dan prasaran jalan yang baik. Hal ini tentu saja memudahkan mobilitas mereka dalam beraktivitas, kerana itu wajar mereka lebih memilih Malaysia untuk berdagang atau yang lainnya.
Beragam kemudahan yang didapat orang Sebatik dari Malaysia diatas secara langsung menohok kita semua untuk menanyakan, apa yang harus kita berikan kepada mereka agar kebudayaan Sebatik tetap bertahan.
Kata mereka, itu tugas kita bersama....!!
Bersambung!
Ibnu Hasyim
Jun 20 2016
Pulau Sebatik, Indonesia.
Sila lihat siri Indonesiakini..
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
Bab I
-Pontianak, Aku Cinta Kamu! siri 1 -Kerajaan Pontianak Bukan Kerajaan Sekular siri 2Stok Perawan (Masih Dara), Di Kota Pontianak siri 3 -Sebuah Manuskrip Pontianak (1931) Dari P/M'sia siri 4 -Pontianak: Yusuf Saigon, Kaitan Dg MP PAS 1955.. siri 5 -Aku.. Bersama Suku Dayak Kalimantan siri 6 -Misi Agama Di Bumi Dayak.. siri 7 -Ni, Wanita Iban Masakini Pun Tak Pakai Baju siri 8 -Dayak Potong Kepala Manusia.. siri 9 -Sampit Berdarah: Pertempuran Dayak & Madura. siri 10
Bab 2
-Dayak Mahu Bunuh Ketua FPI, Indonesia Pula? siri 11 -R/Belanda Apikan, Perpecahan Antara Agama? siri 12 -Dari Putussibau Ke Badau. Kamu Orang Iban? siri 13 -Sejarah Cina Islam & Cheng Ho Masuk Kalimantan siri 14 -Orang Tionghua Kalimantan & Cina Islam siri 15 -Kisah Pak Dukun, Ubat Segala Penyakit, Di Badau. siri 16 -Smokel, Kami Orang Perbatasan -Mitchel Vinco siri 17 -Ku Lalui Jalan Tikus, Badau Ke Lubuk Antu. siri 18 -Lubuk Antu.. Bersama Sahabatku Orang Iban.. siri 19 -Lubuk Antu 2005: Sekuntum Mawar Plastik... siri 20
Bab 3
-I/Hasyim Mohon Maaf Terbuka Kpd Kaum Iban S'wak siri 21 -'Pasukan Hantu' Dayak, Rahsia Ditakuti Penjajah. -Gadis Ini Dilarikan Lelaki Dayak.. -'Penggal kepala'Dayak: Laporan Polis Dibuat. -Pengalaman Dakwah Di Kampung Dayak. -Ratu Pondan: Syabas, Datuk Bandar Miri Lawrence La... -Ratu Cantik Pondan, Persatuan Dayak Marah! -Kunjungi Muslim Long Telenjau, Kalimantan Timur. -Berkunjung Ke Pesantren Hidayatuallah Di Bumi Seba... -Suku Dayak Pendalaman, Berbondong-bondong Masuk Is...
Bab 4
-Ibnu Hasyim Menulis Dari Negara Bunian, Kalimantan... -Asal-usul Bunian Sambas. Air Tenang Sangka Tiada ... -Persoalan Makhluk Halus, Lelembut, Bunian Dalam Is... -Kisahku Di Sampit Kg Dayak. Misteri Minyak Bintang..(1) -Kisahku, Perang &P/Kelabang Wanita Sihir. (2)
..Bersambung.
Lihat sebelum ini..
Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.
2 comments:
Datuk Mah Hang Soon dilaporkan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berhubung isu dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan – yang dibekalkan dengan papan tanda sekolah yang tidak tertulis nama sekolah dalam tulisan Cina.
Sebaliknya papan tanda sekolah berkenaan hanya tertulis dalam bahasa Melayu rumi dan Jawi.
salam, mukin satu hari nnti akan ada tembok yg tinggi memisahkan kedua2 negara ini., huhu
Post a Comment