Laporan Pentagonmendedahkan, China dijangka mampu menyediakan 700 kepala peledak nuklear menjelang 2027 dan boleh melebihi 1,000 menjelang 2030, dua setengah kali ganda saiz diramalkan Pentagon setahun lalu. - Foto AFP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkata, China memperluaskan senjata nuklearnya lebih cepat daripada yang dijangkakan, bagaimanapun Beijing hari ini menyelar laporan berkenaan dengan menyifatkan Pentagon sengaja memperbesar-besarkan perkara itu.
Menurut rancangan rasminya, AS mengisytiharkan China sebagai kebimbangan keselamatan utamanya pada masa depan, susulan Beijing berusaha membangunkan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menjadi 'pasukan bertaraf dunia' menjelang 2049.
Laporan diterbitkan Pentagon semalam mendedahkan, Republik Rakyat China (PRC) dijangka mampu menyediakan 700 kepala peledak nuklear menjelang 2027 dan boleh melebihi 1,000 menjelang 2030, iaitu dua setengah kali ganda saiz diramalkan Pentagon setahun lalu.
Sebagaimana dua kuasa nuklear terkemuka seperti AS dan Russia, China sedang membina 'triad nuklear' dengan keupayaan untuk menghantar senjata nuklear dari peluru berpandu di darat, udara dan melalui kapal selam.
Menurut penilaian menerusi laporan tahunan Pentagon kepada Kongres berhubung perkembangan ketenteraan China, Beijing turut 'membina infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong pengembangan secara meluas kuasa nuklearnya'.
Beijing bagaimanapun menolak kebimbangan AS terhadap perkembangan ketenteraannya, selain tuduhan laporan Pentagon hari ini yang dikatakan bertujuan untuk 'menggembar-gemburkan mengenai ancaman nuklear China'.
"Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan AS, sebagaimana laporan sama sebelum ini, mengabaikan fakta dan sarat dengan prejudis," kata jurucakap Kementerian Luar Negerinya, Wang Wenbin.
Setahun lalu, laporan Pentagon mengenai China berkata, negara itu mempunyai kira-kira 200 kepala peledak yang boleh dihantar dan akan menggandakannya menjelang 2030.
Dalam pada itu, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, penyelidik bebas menerbitkan gambar satelit silo peluru berpandu nuklear baharu di barat China. - AFP
Rakyat Iran mengunjungi pameran senjata dan peralatan tentera di ibu kota Tehran pada 2 Februari lalu dianjurkan sempena revolusi 40 tahun negara itu. -Foto AFP .
No comments:
Post a Comment