Friday, November 05, 2021

China selar perkembangan nuklear Pantagon.. Iran?

 

Laporan Pentagonmendedahkan, China dijangka mampu menyediakan 700 kepala peledak nuklear menjelang 2027 dan boleh melebihi 1,000 menjelang 2030, dua setengah kali ganda saiz diramalkan Pentagon setahun lalu. - Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkata, China memperluaskan senjata nuklearnya lebih cepat daripada yang dijangkakan, bagaimanapun Beijing hari ini menyelar laporan berkenaan dengan menyifatkan Pentagon sengaja memperbesar-besarkan perkara itu.

Menurut rancangan rasminya, AS mengisytiharkan China sebagai kebimbangan keselamatan utamanya pada masa depan, susulan Beijing berusaha membangunkan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menjadi 'pasukan bertaraf dunia' menjelang 2049.

Laporan diterbitkan Pentagon semalam mendedahkan, Republik Rakyat China (PRC) dijangka mampu menyediakan 700 kepala peledak nuklear menjelang 2027 dan boleh melebihi 1,000 menjelang 2030, iaitu dua setengah kali ganda saiz diramalkan Pentagon setahun lalu.

Sebagaimana dua kuasa nuklear terkemuka seperti AS dan Russia, China sedang membina 'triad nuklear' dengan keupayaan untuk menghantar senjata nuklear dari peluru berpandu di darat, udara dan melalui kapal selam.

Menurut penilaian menerusi laporan tahunan Pentagon kepada Kongres berhubung perkembangan ketenteraan China, Beijing turut 'membina infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong pengembangan secara meluas kuasa nuklearnya'.

Beijing bagaimanapun menolak kebimbangan AS terhadap perkembangan ketenteraannya, selain tuduhan laporan Pentagon hari ini yang dikatakan bertujuan untuk 'menggembar-gemburkan mengenai ancaman nuklear China'.

"Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan AS, sebagaimana laporan sama sebelum ini, mengabaikan fakta dan sarat dengan prejudis," kata jurucakap Kementerian Luar Negerinya, Wang Wenbin.

Setahun lalu, laporan Pentagon mengenai China berkata, negara itu mempunyai kira-kira 200 kepala peledak yang boleh dihantar dan akan menggandakannya menjelang 2030.

Dalam pada itu, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, penyelidik bebas menerbitkan gambar satelit silo peluru berpandu nuklear baharu di barat China. - AFP


Rakyat Iran mengunjungi pameran senjata dan peralatan tentera di ibu kota Tehran pada 2 Februari lalu dianjurkan sempena revolusi 40 tahun negara itu. -Foto AFP .  
Pameran senjata dan peralatan tentera Iran.  
Walaupun berdekad dikenakan pelbagai sekatan, Iran berjaya membangunkan senjata nuklearnya, jauh lebih hebat berbanding mana-mana negara lain di Asia Barat termasuk Israel, menurut kajian Pentagon.
“Iran memiliki program pembangunan peluru berpandu meluas dan saiz serta kecanggihkan kekuatan peluru berpandunya terus bertambah walaupun berdekad usaha pencegahan menyasar mengekang peluasan kuasa nuklearnya,” kata Agensi Perisikan Pertahanan. Kajian itu berkata, Iran menganggap peluru berpandu sebagai keperluan strategik berikutan batasan tentera udaranya, yang masih memiliki pesawat Amerika Syarikat (AS) ditempah oleh pemimpin Shah Iran pro-Barat, digulingkan pada 1979.
“Disebabkan kekurangan pasukan tentera udara moden, Iran mengukuhkan kekuatan peluru berpandu balistiknya sebagai keupayaan serangan jarak jauh bagi mengalahkan musuhnya di rantau ini terutama AS, Israel dan Arab Saudi daripada menyerang Iran,” kata laporan. (IH)

No comments:

Post a Comment