Thursday, November 04, 2021

Hingga hari ini, mengapa tiada lalak kuat DAP kematian Ewe Swee Kheng?

 

Tiadakah suara DAP berjuang bagi Ewe Swee Kheng?

SEORANG pemaju hartanah yang juga dikatakan saksi pendakwa bagi kes berprofil tinggi, iaitu kes terowong bawah laut yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mati akibat terjatuh dari tingkat 17 kondominiumnya.

Sehingga kini, agak malang bagi mendiang dan keluarga kerana tidak mendapat pembelaan dari DAP sebagaimana mendiang Teoh Beng Hock dulu yang meninggal ketika disiasat SPRM dan akhirnya didapati tiada unsur-unsur jenayah.

Namun walaupun begitu, DAP masih saban hari menyalak minta kebenaran. Sehinggakan pada waktu mereka menang PRU14 dan menjadi kerajaan, mereka membuka semula siasatan kematian Beng Hock, konon untuk mencari kebenaran.

Ada beza kah kematian dua individu ini? Yang satu ini dilihat seperti tiada yang mahu membelanya, sedangkan dia individu penting kes mahkamah? Satu lagi dibela dengan bersungguh-sungguh. 

Biasanya jikalau kaum dia mati dengan cara misteri, dia akan goncangkan dunia, menekan pihak terbabit kerana mahukan siasatan dan kebenaran. Itulah semangat mereka mempertahankan bangsa mereka. Kita patut puji sikap ini.

Tetapi kali ini, masih tidak ada laungan yang kuat bagi menyiasat kes kematian saksi penting Ewe Swee Kheng ini. Tidakkah anda rasa pelik? Di manakah sifat juang mereka terutama yang melibatkan kematian orang penting sebegini sebagaimana yang mereka perjuangkan sewaktu kes Beng Hock dahulu?

MOHD NASIR ABDULLAH
7 Oktober 2021 – HARAKAHDAILY 7/10/2021

No comments:

Post a Comment