Saturday, November 20, 2021

PKR 0: Terima tamparan hebat tewas semua kerusi ditandingi


Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari ketika melancarkan Manifesto PH bagi PRN Melaka 2021 pada 10 November lalu. - BERNAMA

MELAKA: PKR menerima tamparan hebat apabila tewas semua kerusi ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun meletakkan calon paling ramai berbanding sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).

PKR bertanding 11 kerusi, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Machap Jaya, Rembia, Kelebang, Paya Rumput, Asahan, Rim, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.

Sembilan lagi kerusi ditandingi Parti Amanah Negara (AMANAH), manakala DAP diberikan kerusi paling sedikit iaitu lapan, sama dengan jumlah diperuntukkan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) 2018.

Empat tahun lalu, PH membahagikan 28 kerusi dalam kalangan empat parti komponennya ketika itu, iaitu PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU.

Ketika itu, PKR dan DAP bertanding lapan kerusi, manakala AMANAH dan BERSATU di enam kerusi. DAP muncul pemenang terbesar apabila menang semua kerusi ditandinginya, PKR menang tiga, manakala BERSATU dan AMANAH pula masing-masing menang dua kerusi.

BERSATU kemudian keluar daripada PH dan membentuk kerajaan negeri melalui kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selain sokongan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang kemudian menjadi wakil rakyat Bebas menyokong kerjasama BN dan BERSATU.

Keputusan PRN Melaka menyaksikan DAP kekal pemenang terbesar dalam kalangan parti komponen BH apabila mengekalkan kerusi Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh dan Kesidang, namun tewas empat lagi kerusi disandangnya, iaitu Duyong, Gadek, Pengkalan Batu dan Bemban.

AMANAH juga gagal mengekalkan momentum PRU-14 apabila hanya berjaya menang kerusi Bukit Katil melalui calonnya, Adly Zahari, iaitu Pengerusi AMANAH Melaka dan bekas Ketua Menteri ketika PH mentadbir negeri ini selepas PRU-14.

Paling mengejutkan adalah prestasi PKR, daripada tiga kerusi dimenangnya pada PRU-14, kali ini tewas semua termasuk terlepas DUN Machap Jaya kepada BN yang diwakili MCA.

Nyata, telahan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Halim Bachik yang sebelum ini yakin parti itu mampu menawan sekurang-kurangnya tujuh daripada 11 kerusi, termasuk merampas kerusi disandang Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Lendu, jauh tersasar.

Tujuh kerusi sasaran itu termasuk tiga DUN dimenanginya pada 2018, iaitu Machap Jaya, Rembia dan Kelebang, selain menawan Paya Rumput, Asahan, Rim dan Lendu. PKR turut bertanding di Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai. (BH)

2 comments:

Anonymous said...

HIDUP BOSSKU...

Atok kencing tak lawas..

#kencingtaklawaspakaipampersmalamni

Anonymous said...

Pakatan Harapan (Barua DAP@LeeKwanYew) mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan dalam PRN kali ini.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata antara faktor utama kekalahan mereka adalah jumlah keluar mengundi yang rendah.

Ada lagi yang nak main silap mata tapi rakyat tahu Parti itu juga adalah barua DAP@LeeKwanYew pasti dilingkupkan juga


#LingkupkanBoboiLingkupPejWang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails