Ketua Polis Daerah Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, mengesahkan pihaknya menerima laporan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib Hasnul Baharuddin.
Dakwaan pukul bekas isteri, ADUN Selangor disiasat
PETALING JAYA: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Amanah di Selangor, sedang disiasat polis susulan dakwaan memukul bekas isterinya.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, ketika memberitahu FMT, berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyebabkan kecederaan, selain siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.
“Ya, kami sudah menerima laporan berhubung kes itu,” katanya mengesahkan tanpa mendedahkan butiran terperinci laporan terbabit.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Juliani Jalilah Abdullah, membuat laporan polis terhadap ADUN Morib Hasnul Baharuddin, mendakwa dirinya diserang pada 21 Ogos
Hasnul yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dan Juliani bercerai, baru-baru ini, di Mahkamah Syariah Kuala Langat. -FMT
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRU Melaka, makin berat PH?
Sesudah pemimpin DAP dikaitkan rasuah terowong dan kematiaan, ADUN Tronoh dikaitkan dengan rogol pembantu rumah, kini ADUN Amanah di Selangor pula sedang disiasat polis susulan dakwaan memukul bekas isterinya.
Wahai pengundi-pengundi Melaka, wajib tolaklah PH dalam PRU Melaka ini. Semuanya ke arah penolakan PH dalam PRU 15 akan datang! Insya Allah!
1 comment:
Betulkah wakaf di Malaysia setakat bina masjid dan surau sajaa..!? PH auta atau fakta..!?
"Malaysia wakaf masih lebih dikenali sebagai menderma dan menguruskan tanah tapak masjid, rumah anak yatim atau kubur", kata YB Fauziah Salleh. Itu lah yang dibangkitkan sambil memperolok olok industri zakat oleh YB Fuziah Salleh dari Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Fuziah Salleh (PH – Kuantan) mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam yang tidak proaktif dalam mewujudkan Rang Undang-undang wakaf Wilayah Persekutuan supaya menjadi model kepada negeri-negeri lain untuk merangka undang-undang sama.
Betul kah apa yang di dakwa oleh YB Fauziah itu.!? Apa kah sekadar melontarkan pandangan dangkal atau setakat goreng bagi penyedap rasa supaya penyokong terkinja kinja dan rakyat percaya kata kata YB ini.!? Link ini Dr Hendri Tanjung Ph.D dari Universitas Terkemuka Indonesia mengulas satu satu nya saham wakaf di dunia adalah wakaf Malaysia..!! Link ni tak tipu hokeyy..!!
https://youtu.be/H1K0EOjcB1o
“Kita dengar apa Yang Berhormat (YB) menteri bercakap tentang wakaf. Sebenarnya apa YB bercakap itu old school of wakaf, dah berlaku berapa lama dan kita semua maklum dengan apa yang telah dilakukan tentang tanah wakaf.
Lihat lah link kat atas itu tadi bandingkan fitnah jijik yang dilemparkan oleh YB Fuziah Salleh dari PH ini.. walaun dan otai kau dengar sampai abis penerangan Dr Hendri Tanjung itu sebelum terkinja kinja fitnah wakaf di Malaysia.
Malas nak layan fitnah wakaf kau orang dengar video di atas Prof salah satu dari Universiti Indonesia pasal kekaguman wakaf di Malaysia.
#asalPHmestiMenipu
Post a Comment