Anggota HALO Trust menandakan kawasan periuk api di kampung Nad-e-Ali di wilayah Helmand. - Foto AFP
Afghanistan jadi medan periuk api
NAD-E-ALI, AFGHANISTAN: Selepas beberapa minggu Taliban menguasai Afghanistan, penduduk yang melarikan diri daripada pertempuran kembali ke rumah mereka di sini.
Kepulangan mereka disambut dengan situasi janggal apabila padang kriket dilingkari batu dicat merah dan putih.
Putih bermaksud selamat untuk kanak-kanak bermain, merah pula adalah kawasan periuk api yang ditimbus.
Kampung Nad-e-Ali di wilayah Helmand menjadi lokasi barisan hadapan pada hari-hari terakhir peperangan antara Taliban dan tentera kerajaan yang disokong negara barat di Kabul.
Penyelaras tempatan untuk HALO (Hazardous Area Life-Support Organization) Trust, Juma Khan, berkata penduduk juga mengesan kawasan itu dipenuhi periuk api.
Badan itu adalah organisasi bukan kerajaan yang melaksanakan pembersihan periuk api di Afghanistan.
Terdapat kawasan diletakkan jerangkap samar ditimbus di bawah pintu atau di sebelah tingkap.
"Bilik-bilik di dalamnya juga mempunyai periuk api malah ia terdapat di jalan utama," kata Khan kepada AFP leyola lawatan ke Nad-e-Ali bulan ini.
Menurut United United Nations Mine Action Service (UNMAS), kira-kira 41,000 orang awam Afghanistan terbunuh atau cedera akibat periuk api dan senjata api yang gagal berfungsi sejak 1988.
Dua pertiga mangsa adalah kanak-kanak dan kebanyakannya ternampak peranti maut itu ketika bermain lalu mengambilnya.
Yayasan HALO diasaskan pada 1988 khusus untuk menangani senjata yang ditinggalkan ketika pendudukan Soviet di negara itu.
Negara itu tercemar begitu teruk namun kerja-kerja pembersihan tidak berhenti meskipun selepas perjanjian antarabangsa yang melarang penggunaan periuk api ditandatangani pada 1997 dan Afghanistan mengesahkan penyertaan konvensyen itu pada 2002.
HALO yang juga badan amal kegemaran mendiang Puteri Diana mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Taliban pada September lalu untuk membolehkan lebih 2,500 pekerja Afghanistan kembali bekerja dan Taliban sendiri memimpin badan itu untuk mencari jerangkap samar yang dipasang mereka di Nad-e-Ali. - AFP
No comments:
Post a Comment