Saturday, November 13, 2021

Jual aneka makanan di pasar terapung di Kubang Kerian.

 

Panorama di Min House Camp, Kubang Kerian ada 22 bot fiber digunakan sebagai pasar terapung. - Foto/ Nik Abdullah Nik Omar
Pelanggan membeli aneka makan dijual peniaga di pasar terapung di Min House Camp.
 - Foto/Nik Abdullah Nik Omar
Nur Muhammad Muhamad Zanin.

DERETAN bot di pinggir denai Sungai Pengkalan Datu, di Kubang Kerian yang memuatkan pelbagai juadah menggamit pengunjung untuk datang seakan pemandangan sama seperti di Thailand dan Indonesia.

Tidak hanya menyediakan aneka menu yang sinonim dengan Kelantan, penampilan barisan penjual di pasar terapung itu dengan masing-masing menyerlahkan imej tradisional seperti memakai topi yang diperbuat daripada daun mengkuang atau kain batik turut mencipta kelainan.

Panorama sebegitu hanya boleh didapati di Min House Camp, Kubang Kerian yang membariskan 22 bot fiber digunakan untuk urus niaga pasar terapung yang mana suasananya berkonsepkan ciri-ciri tradisional itu pasti mengujakan.

Pilih juadah ikut cita rasa.

Setiap petang Jumaat dan Sabtu, kelibat penjual yang terdiri daripada penduduk sekitar akan mula memenuhi pinggir denai dengan bot masing-masing di parkir di tepi jambatan terapung sepanjang kira-kira 50 meter sebelum jual beli berlangsung.

Dari atas jambatan pengunjung akan memilih juadah makanan yang dijual antaranya nasi tumpeng, nasi kerabu, nasi lemak, kuih-muih tradisional, aneka kudapan serta makanan ringan sebelum penjual menghulurkannya menggunakan sebatang kayu.

Setiap petang Jumaat dan Sabtu, kelibat penjual yang terdiri daripada penduduk sekitar akan mula memenuhi pinggir denai dengan bot masing-masing di parkir di tepi jambatan terapung sepanjang kira-kira 50 meter sebelum jual beli berlangsung.

Dari atas jambatan pengunjung akan memilih juadah makanan yang dijual antaranya nasi tumpeng, nasi kerabu, nasi lemak, kuih-muih tradisional, aneka kudapan serta makanan ringan sebelum penjual menghulurkannya menggunakan sebatang kayu.

Tarikan sebegitu baru sahaja diperkenalkan oleh pengurus lokasi riadah yang berkonsepkan agropelancongan itu, Nur Muhammad Muhamad Zanini, yang mencipta kelainan bagi mempromosikan semula produknya yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19.

Nur Muhammad berkata, pasar terapung yang diwujudkan itu bukan sahaja memperkenalkan semula jenama perusahaannya, tetapi pada masa sama membantu penduduk sekitar untuk menjana ekonomi.

Menceritakan bagaimana idea untuk menyediakan sebahagian daripada kawasan agropelancongan itu menjadi pasar terapung, Nur

Muhammad berkata, dia membuat hebahan menerusi media sosial dengan menjemput mana-mana pihak untuk mengadakan kerjasama untuk menaikkan semua lokasi itu.

"Tidak lama selepas itu saya dihubungi seorang usahawan daripada Abam Peah Group & Marketing yang sudi untuk bekerjasama dan selepas mengadakan perbincangan, kami bersetuju untuk mewujudkan pasar terapung.

"Mereka menyumbangkan 22 bot fiber secara percuma untuk kegunaan peniaga membuat urusan jual beli menerusi jambatan terapung," katanya.

Lokasi yang sentiasa 'mati'

Nur Muhammad berkata, buat masa sekarang, pasar terapung itu diadakan pada petang Jumaat dan Sabtu sahaja.

Semua peniaga yang terbabit tidak dikenakan

sebarang caj untuk menjalankan perniagaan mereka.

Katanya, setakat dua minggu pembukaannya, pengunjung semakin ramai berkunjung ke Min House Camp yang sudah dibuka sejak 11 tahun lalu.

Selain tarikan terbaharu disediakan, orang ramai juga berpeluang menikmati aktiviti lain seperti berkayak menelusuri Sungai Pengkalan Datu.

"Kawasan ini tidak pernah 'mati' walaupun dalam pandemik kerana sepanjang tempoh itu, kami memperkenalkan pengalaman melancong secara maya menerusi aplikasi Zoom.

"Dengan bayaran RM30 untuk satu sesi selama satu jam, peserta dibawa sambil diberi penerangan secara langsung menerusi aplikasi itu mengenai pelbagai aktiviti yang dijalankan di sini seperti mencari lokan dan kunjungan ke galeri lebah kelulut," katanya.

Teruja berniaga atas bot

Seorang penjual bubur ayam dan kuih, Kashfillah Razaini, 20, dia agak teruja menjalankan perniagaan sebegitu kerana sebelum ini hanya membantu ibu bapanya berniaga di pasar malam.

Penuntut Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri dalam jurusan Usuluddin itu berkata, dia tidak begitu mahir mengendalikan bot bernasib baik kerana jarak yang perlu dikemudi tidak begitu jauh.

"Agak teruja kerana belum pernah berniaga dengan cara begini, tetapi rasa seronok kerana dapat melihat pemandangan yang tenang dan jualan juga laku.

"Sebelum ini, ibu bapa berniaga pasar malam dan bagi membantu mereka, saya menawarkan diri untuk menyertai jualan," katanya. (BH)


Lihat PRU Melaka..

No comments:

Post a Comment