Monday, November 22, 2021

Kahwini gadis 12 tahun cetus kekecohan di Iraq. M'sia pun..

 

Aktivis hak asasi manusia membantah di luar mahkamah Baghdad, membawa sepanduk menyatakan 'perkahwinan kanak-kanak bawah umur adalah jenayah terhadap mereka'. - Foto AFP

Perkahwinan gadis 12 tahun cetus kekecohan di Iraq

BAGHDAD: Mahkamah Iraq menangguhkan perbicaraan kebenaran seorang lelaki melakukan perkahwinan agamanya dengan seorang gadis berusia 12 tahun, semalam.

Di luar mahkamah Baghdad pula, aktivis hak asasi manusia membantah dengan membawa sepanduk menyatakan 'perkahwinan kanak-kanak bawah umur adalah jenayah terhadap mereka'.

Menurut peguam ibu kepada kanak-kanak itu, Marwan Obeidi, kes itu ditangguhkan sehingga 28 November

"Perkahwinan agama tidak dibenarkan di luar mahkamah sivil atau agama tetapi perkahwinan jenis ini masih kerap berlaku dan disahkan dengan hanya membayar sedikit denda," katanya dalam satu laporan baru-baru ini.

Sementara itu, menurut badan amal Save the Children, umur sah berkahwin di Iraq ialah 18 tahun tetapi boleh diturunkan kepada 15 sekiranya ibu bapa atau kehakiman bersetuju.

Wanita yang enggan dikenali, berkata anak perempuannya Israa telah 'dirogol' dan bapa kanak-kanak itu yang menculiknya.

Jabatan Kementerian Dalam Negeri yang menangani keganasan terhadap wanita berkata, mereka sudah bertemu dengan Israa, bapa dan suaminya serta melihat kontrak agama dan mereka memberi jaminan bahawa dia tidak dipaksa.

Perkahwinan kanak-kanak perkara biasa berlaku di kawasan konservatif dan luar bandar Iraq serta di negara Arab lain. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimKahwini gadis 12 tahun cetus kekecohan di Iraq. Di Malaysia pun..  Sebenarnya, persoalan ini berkaitan perkahwinan bawah umur yang perlu difahami dengan jelas. Ia perlu diberikan perhatian serius bagi memastikannya diurus sesuai dengan prinsip keadilan Islam. 

Kefahaman yang benar ini penting bagi mengelakkan fitnah oleh pihak yang sentiasa cuba memburuk-burukkan Islam. Ditaburkan fitnah kononnya Islam menganiaya kanak-kanak, menzalimi wanita dan ketinggalan zaman. Selain itu, perkembangan dunia masa kini yang banyak dipengaruhi oleh budaya materialisme, jurang ekonomi global, sistem sosial yang rapuh dan seumpamanya. 

Kadang-kadang semuanya memerlukan kepada penelitian semula terhadap ijtihad-ijtihad yang lalu berkaitan dengan isu perkahwinan di bawah umur. Kini masalah penindasan dan penganiayaan kanak-kanak, terutamanya dari kalangan perempuan, menjadi masalah yang besar. 

Bahkan dibesar-besarkan di negara umat Islam seperti Afghanistan, Iraq, Malaysia dan lain-lain, oleh dalang-dalang atau barua yang bersembunyi di balik topeng hak asasi manusia, NGO-NGO upahan atau sebagainya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment