Olimpian negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, dia sudah mengecapi banyak kejayaan yang diimpikannya sebagai seorang atlet gimnastik namun langkahnya masih belum ingin terhenti dalam waktu terdekat ini.
“Saya sudah meraih banyak pingat di Sukan SEA, saya ada pingat di peringkat Piala Dunia dan juga Sukan Asia berada di ranking nombor lima dan sekarang ini menjadi Olimpian.
“Sememangnya untuk karier saya sebagai atlet gimnastik, saya sudah melakukan apa yang saya ingin lakukan. Sekarang ini selepas Olimpik (Tokyo), saya ingin menjalani proses pemulihan.
“Ini kerana saya mempunyai sedikit kecederaan semasa sedang berlatih untuk Olimpik dan saya ingin melakukan fisioterapi dan merehatkan badan dulu,” kata atlet berusia 27 tahun itu.
“Untuk sekarang ini belum lagi (terfikir untuk bersara). Saya ingin melihat dulu perancangan tahun depan kerana seperti kita tahu, tahun depan banyak kejohanan.
“Oleh itu, saya perlu melihat semula dan melihat perancangan karier saya dulu,” katanya yang pernah meraih tujuh pingat emas di Sukan SEA dari tahun 2015 hingga 2019 itu.
Untuk rekod, Farah muncul selaku atlet gimnastik artistik pertama Malaysia yang layak ke Olimpik dalam tempoh 17 tahun selepas menamatkan sesi kelayakan disiplin all-around individu pada Kejohanan Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman di tempat ke-16 daripada 20 gimnas.
Ia sekali gus menyaksikan Farah muncul gimnas ketiga negara layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada 2000 (Sydney) dan Ng Shu Wai pada 2004 (Athens).
Kisah Ratu Gimnastik negara. 'Sukan ikut syariat' kah?
1 comment:
Rakyat sangat senang dgn menteri2 dari pas. Ternyata mereka berusaha dan bekerja dlm kementeriannya. Banyak usaha yg positif serta dapat keyakinan rakyat bahawa ulamak mampu buat urus tadbir dan menyediakan pelbagai plan utk dilaksanakan. Semestinya hukum syariah, pengurusan, pentadbiran dan politik tidak boleh dipisahkan.
Post a Comment