Thursday, November 18, 2021

K'jaan China sumbang RM100,000 kepada JAWI, Mana Cina DAP?

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menyaksikan penyerahan sumbangan dari Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia, Ouyang Yujing (kanan) kepada Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail (kiri) di Majlis Penyampaian sumbangan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia kepada JAWI Food Bank di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah.

China sumbang RM100,000 kepada JAWI Food Bank

PUTRAJAYA: Kerajaan China menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Food Bank bagi membantu golongan terkesan COVID-19.

Sumbangan disampaikan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing kepada Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad di Kompleks Islam Putrajaya hari ini .

Sumbangan itu bertujuan menjayakan misi bantuan Musaadah COVID-19 melalui program JAWI Food Bank bagi memberi manfaat kepada penerima daripada pelbagai golongan di Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan bangsa.

Ia meliputi petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan, B40, peniaga kecil, mualaf, ibu tunggal, pemandu teksi dan bas sekolah, pemandu p-hailing dan e-hailing, warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) serta gelandangan.

Idris berkata, sumbangan itu mencerminkan hubungan akrab antara China dan Malaysia sejak sekian lama.

Menurutnya, sumbangan itu adalah kali ketiga sejak 2020 yang keseluruhannya berjumlah RM400,000.

Katanya, kerajaan Malaysia berbesar hati atas sumbangan diberikan dan sebelum itu kerajaan China juga ada menyumbangkan barangan kesihatan dan vaksin COVID-19 kepada rakyat negara ini.

"Sehingga kini JAWI Food Bank dengan kerjasama rakan strategik mengagihkan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung bernilai RM4.8 juta kepada golongan terkesan di Wilayah Persekutuan," katanya.

Idris berkata, JAWI juga mengadakan Program Dapur It'am yang dimulakan sejak awal pandemik melanda negara dan lebih dua juta orang telah menerima manfaat daripada inisiatif itu membabitkan kos berjumlah RM16 juta,

Katanya, awal Oktober lalu, JAWI mengaktifkan semula Program Dapur It'am 6.0 dengan peruntukan RM10.7 juta disalurkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga 6 Mac tahun depan.

"Inisiatif ini dijangka dapat dimanfaatkan 8,400 penerima setiap hari, dengan jumlah keseluruhan seramai 1.2 juta individu sepanjang program itu berlangsung," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: JAWI juga mengadakan Program Dapur It'am yang dimulakan sejak awal pandemik melanda negara dan lebih dua juta orang telah menerima manfaat daripada inisiatif itu membabitkan kos berjumlah RM16 juta sebagai tanda prihatin rakyat

Mana cakap kosong parti Cina DAP Malaysia yang 'laju cakap dari khidmat' kepada rakyat?


Lihat..

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.


Bersambung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails