Friday, November 05, 2021

Labur dalam kripto (6): Fatwa dan Sarjana Islam


Pandangan Badan Fatwa dan Sarjana Islam Berkenaan Bitcoin

Secara umumnya, para cendekiawan Islam telah berbeza kepada 3 pandangan dalam menentukan hukum bagi bitcoin ini sepertimana yang berikut:

1. Pandangan Yang Mengharamkan

Terdapat badan fatwa dan sarjana Islam yang mengharamkan penggunaan bitcoin ini antaranya ialah:

i. Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir) [66]
Keterlibatan dalam urusan bitcoin adalah tidak dibolehkan dari sudut syarak kerana risikonya yang terlalu besar terhadap individu dan negara. Menurut Mufti Republik Mesir Syeikh Shauqi ‘Allam, bitcoin diharamkan berdasarkan kepada alasan-alasan yang berikut:

(a) Bitcoin tidak menepati syarat untuk diiktiraf sebagai mata wang.
(b) Ia mempunyai unsur jahalah, gharar dan manipulasi yang amat sukar dikawal.
(c) Ia tidak mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia mana-mana pihak berautoriti.
(d) Pengeluaran mata wang adalah hak mutlak pemerintah dan institusi kewangan rasmi sesebuah negara.
(e) Ia juga boleh menjadi saluran untuk kegiatan-kegiatan haram dan melanggar undang-undang seperti mendanai aktiviti pengganas (Daesh), penggubahan wang haram dan mengelak daripada membayar cukai (tax evasion).
(f) Ia adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian menyeluruh terhadap pelabur, serta pelabur juga tidak disediakan sebarang ganti rugi atas kerugian tersebut.

ii. Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia)

Dalam satu temu bual dengan Aljazeera Mubasher Channel yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Aljazeera Mubasher Channel pada 4 Januari 2018, beliau menyatakan bahawa beliau masih belum berbuat sebarang ketetapan akan hukum bitcoin kerana faktor kesamaran yang masih menyelubungi isu ini dan keperluan untuk meneliti lebih lanjut sudut positif dan negatif mata wang digital ini. 

Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengharuskan atau mengharamkan Bitcoin secara mutlak, dan beliau menggesa agar para ulama dan pakar ekonomi mengadakan satu pertemuan khas bagi mencapai satu kata sepakat berkenaan isu ini.

Sistem pengeluaran dan transaksi bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’ie, kerana ia amat terdedah kepada kegiatan-kegiatan haram dan salah guna oleh pihak tertentu, seperti penggubahan wang haram serta menggugat integriti sistem kewangan negara.

Tambah beliau lagi, kebanyakan mata wang kripto yang ada pada masa sekarang tidak menepati syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk sesuatu itu diiktiraf sebagai mata wang.

a. Medium pertukaran (medium of exchange)
b. Penyimpanan nilai (mahkzunan lil tsarwah  atau store of value
c. Ukuran kestabilan (Miqyas lil Qiyam
d. Ukuran penerimaan umum (Mi’yar li Tadawul)

Menurutnya lagi, bitcoin boleh menjadi harus jika sekiranya penambahbaikan dilakukan terhadapnya dan ditetapkan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya. Antara cadangan beliau adalah supaya kerajaan mengiktirafnya dan menjadikannya sebagai mata wang alternatif kepada mata wang sedia ada bagi melindungi para pelabur daripada sebarang kerugian, dan agar kerajaan boleh mengawal selia segala aktiviti berkaitan.

Beliau juga menasihatkan agar umat Islam mengelakkan penglibatan dengan bitcoin buat masa sekarang kerana risikonya yang terlalu besar. Bagi umat Islam yang telah terlibat dengan urusan bitcoin, mereka diminta agar segera menjualkannya, dan mereka berhak menyimpan nilai modal sewaktu membeli bitcoin dan menyedekahkan hasil keuntungan pelaburan bitcoin tersebut (capital gain) kepada mana-mana pihak yang memerlukan.[67]

iii. Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom)

Menurut badan ini, bitcoin adalah tidak dibenarkan atas beberapa faktor, iaitu harganya di pasaran yang sangat tidak stabil, serta kaedah penempaan bitcoin (mining) yang mempunyai unsur perjudian.[68]

iv. Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah[69]

Beliau secara peribadi menyatakan bitcoin dilihat satu alat baru yang tidak dapat dipastikan identitinya secara khusus sama ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya. Namun, dalam masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa isu syariah terhadap mata wang ini seperti kadar spekulasi yang tinggi, mudah berlaku penyelewangan dan penipuan, tiada sandaran, tiada kawalan daripada pihak berautoriti dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan faktor-faktor tersebut, beliau berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi menjaga kepentingan masyarakat awam.[70]

2. Pandangan Yang Mengharuskan.

Sebahagian sarjana lain pula mengharuskan penggunaan mata wang ini antaranya

a. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi Eksekufti Amanie Advisors) dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah BNM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC)

Dalam satu pembentangan dalam program  ‘Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh syariah, namun depan mata wang kripto tersebut masih lagi tidak jelas. Beliau berpandangan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh dikenakan zakat.

Beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.

Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

Volatility bitcoin pula tidak boleh dijadikan ‘illah kepada pengharaman bitcoin dan ia tidak memainkan peranan dalam menentukan status Sharia-compliancy sesuatu perkara. Beliau memberi contoh emas, yang mana nilainya adalah sangat tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk bitcoin.

Dalam satu artikelnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa mata wang kripto adalah patuh syariah dan memenuhi semua syarat mata wang yang digariskan, serta menyatakan naik turunnya nilai mata wang adalah perkara biasa yang ditentukan oleh aspek pasaran dan kepercayaan pengguna. 

Selain itu, beliau juga menulis bahawa mata wang ini sekurang-kurangnya boleh menjadi mata wang yang sah kepada mereka yang percaya kepada nilaiannya. Berkenaan risiko penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan bitcoin pula, beliau menjawab bahawa wang kertas juga terdedah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang sebelum beberapa peraturan dan regulasi diperkenalkan bagi menangani masalah tersebut. 

Beliau percaya minda manusia akan mampu mengawal selia urusan kewangan berasaskan teknologi ini.[71]

b. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam rancangan Bismillah Ad-Duha yang disiarkan Astro Oasis pada 23 Disember 2017 lalu, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini. Beliau mengakui telah mencuba sendiri bitcoin ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mata wang kripto ini.

Menurutnya lagi, elemen gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di bursa (exchange) di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

Seteleh melakukan penelitian, beliau mengatakan bitcoin boleh digunakan dalam urusan jual beli kerana ia menepati ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, namun ia bukanlah satu  legal tender iaitu mata wang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara.

Beliau juga mengharuskan menyimpan Bitcoin sekadar untuk menyimpan nilai dan melawan inflasi, dan untuk dijual semula apabila memerlukan wang tunai pada masa hadapan, dan tidak harus disimpan sebagai satu bentuk pelaburan. 

Beliau mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan apabila cukup haul, selain larangan daripada memperdagangkan Bitcoin kerana ia adalah satu bentuk mata wang yang dilarang daripada diperdagangkan dalam Islam.

Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan yang banyak muncul sejak akhir-akhir ini. Akhirnya beliau juga menjangkakan bitcoin akan menjadi lebih stabil pada masa akan datang.[72]

c. Mufti Muhammad Abu-Bakar[73]

Berdasarkan kajian yang beliau lakukan bertajuk  Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, and Blockchain, beliau cenderung untuk mengharuskan bitcoin dengan beberapa syarat:

A. Bitcoin hanya diharuskan di negara-negara yang tidak melarang transaksi bitcoin. Adapun jika undang-undang negara tersebut melarang, maka ia turut dilarang daripada sudut syariah.
B. Bitcoin haruslah dijual beli / digunakan sebagai satu mata wang menurut tujuan asal ia dicipta, dan bukannya sebagai satu aset pelaburan.
C. Beliau turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati dengan sebarang skim penipuan yang cuba memperdaya pengguna dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda atas nama pelaburan bitcoin, serta risiko kerugian yang bakal dihadapi memandangkan ketidakstabilan nilainya di pasaran.[74]

3. Tawaqquf (belum memberi pandangan secara rasmi)

Terdapat juga pandangan ulama yang bersifat tawaqquf iaitu masih lagi belum memberikan ketetapan pada permasalahan kerana ingin mendapat gambaran yang lebih luas dan menyeluruh antaranya:

International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Marjan Muhammad [75] di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018), dikemukakan beberapa pandangan badan fatwa dan sarjana berkenaan isu bitcoin ini. Namun ISRA tidak melakukan sebarang pentarjihan ke atas mana-mana pendapat.[76]

...bersambung.

Rujukan:

[27] Edward Murphy et al, 2015, Bitcoin; Questions, Answers, and Analysis of Legal Issues, Congressional Research Service, hlm.1 
[28] "What is Bitcoin?" (http://money.cnn.com/infographic/technology/what-is-bitcoin/) Dilawati pada 12 Januari 2018
[29] http://fortune.com/2017/11/25/lost-bitcoins/ “Exclusive: Nearly 4 Million Bitcoins Lost Forever, New Study Says” Dilawati pada 12 Januari 2018
[30] Rujuk Satoshi Nakamoto, t.t, Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash Systemwww.bitcoin.org
[36] https://www.reuters.com/article/us-bitcoin-exchange-southkorea/south-korean-cryptocurrency-exchange-to-file-for-bankruptcy-after-hacking-idUSKBN1ED0NJ “South Korean cryptocurrency exchange to file for bankruptcy after hacking” – 9 Januari 2018
[37] https://www.reuters.com/article/us-cyber-nicehash/hackers-steal-64-million-from-cryptocurrency-firm-nicehash-idUSKBN1E10AQ “Hackers steal $64 million from cryptocurrency firm NiceHash”- 16 Januari 2018
[38] https://www.wsj.com/articles/bitcoin-paypal-used-to-finance-terrorism-indonesian-agency-says-1483964198 “Bitcoin, PayPal Used to Finance Terrorism, Indonesian Agency Says”- 15 Januari 2018
[39] https://www.justice.gov/usao-edny/pr/long-island-woman-indicted-bank-fraud-and-money-laundering-support-terrorists “Long Island Woman Indicted for Bank Fraud and Money Laundering to Support Terrorists”
[40] https://rusi.org/commentary/cryptocurrencies-and-terrorist-financing-risk-hold-panic “Cryptocurrencies and Terrorist Financing: A Risk, But Hold the Panic” 15 Januari 2018
[43] https://themalaysianreserve.com/2018/01/02/no-ban-cryptocurrency-tradings-says-johari/ “No ban on cryptocurrency tradings, says Johari”- 7 Januari 2018
[44] https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/15/bnm-rm75m-cryptocurrencies-transactions-each-month/ “BNM: RM75m cryptocurrencies transactions each month” – 7 Januari 2018
[45] http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4629&lang=bm “Bank NegaraMalaysia mengeluarkan dokumen dasar untuk mata wang digital” 18 April 2018
[46]https://www.sc.com.my/my/post_archive/media-statement-on-initial-coin-offerings/ “Media Statement on Initial Coin Offerings”- 9 Januari 2018
[48] https://www.cnbc.com/2017/11/30/bitcoin-investors-beware-the-irs-wants-its-cut-and-you-may-not-know-it.html Bitcoin investors beware: The IRS wants its cut and you may not know it – 18 Januari 2018
[50] http://fortune.com/2017/12/21/bitcoin-tax/ New Tax Law Closes Bitcoin Loophole – 18 Januari 2018
[52] https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-01-17/virtual-currencies-seen-as-evolving-threat-by-u-s-treasury U.S. Treasury Sees Virtual Currencies as ‘Evolving Threat’ – 18 Januari 2018
[56] https://www.investopedia.com/news/japan-finally-recognizes-bitcoin-after-long-battle/ “Japan Finally Recognizes Bitcoin After Long Battle”
[59]https://www.theguardian.com/technology/2018/mar/13/imf-christine-lagarde-calls-bitcoin-crackdown-cryptocurrencies “'Fight fire with fire': IMF's Lagarde calls for bitcoin crackdown” 18 April 2018
[60]https://www.reuters.com/article/us-ecb-bitcoin-nowotny/ecbs-nowotny-says-central-banks-considering-cryptocurrency-regulation-idUSKBN1DG2NX ECB's Nowotny says central banks considering cryptocurrency regulation – 11 Januari 2018 dan http://www.dailymail.co.uk/wires/afp/article-5231041/ECB-governor-calls-tax-regulation-bitcoin.html ECB governor calls for tax, regulation on bitcoin – 13 Januari 2018
[63] Ditubuhkan pada 1930, ia adalah sebuah organisasi kewangan antarabangsa yang dimiliki oleh 60 bank pusat, mewakili negara-negara dari seluruh dunia. Antara misi utama BIS ialah membantu bank-bank pusat ini mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari mereka. Rujuk https://www.bis.org/about/index.htm?m=1%7C1
[64] https://themalaysianreserve.com/2017/09/19/central-banks-cant-ignore-bitcoin-boom-bis-says/ “Central banks can’t ignore the bitcoin boom, BIS says” 16 Januari 2018
[65]https://www.theguardian.com/technology/2018/feb/06/bitcoin-price-crackdown-bis-cryptocurrency “Bitcoin price falls below $6,000 as banker signals crackdown”
[66]http://www.dar-alifta.org/ar/Viewstatement.aspx?sec=media&ID=5617 “مفتي الجمهورية يبيِّن حكم التعامل بالعملة الإلكترونية "البتكوين" (12 Januari 2018)
[69] Beliau merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Universiti Malaya dan penulis bagi laman sesawang muamalat.my.
[70] Temubual Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah pada 4 Januari 2018 bertempat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
[71] http://coin.my/2018/01/16/bitcoin-matawang-komoditi-sekuriti-identiti-baru-bhgn-ii/ Bitcoin: Mata Wang, Komoditi, Sekuriti atau Identiti Baru? Satu Perbincngan Minda Syariah (Bahagian II)- 18 Januari 2018
[72] Temubual rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O yang disiarkan di TV9 pada 14 Januari 2018.
[73] Penasihat Shari’ah Blossom Finance
[74] Mufti Muhammad Abu Bakar, 2018, Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, & Blockchain, Blossom Labs Inc, hal. 19-20
[75] Ketua, Pejabat Kawalan Mutu Penyelidikan, ISRA
[76] Marjan Muhammad, 2018, Analisis Syariah Terhadap Mata Wang Kripto. Dibentangkan di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018)


1 comment:

Anonymous said...

MACC gave Tommy Thomas 681 names to be charged in the 1MDB case but only FOUR went to court. Why?

Master of puppet PH during 22 month in power. Tommy Latipa Koyak and Zety are tool of master puppet Tun...!!

WHEN TOMMY THOMAS was the Attorney-General, new and smelling likes roses, and the Pakatan Harapan government led by Tun Dr Mahathir Mohamad was in power (and witch-hunting was hot in progress), the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) offered 861 681 names of individuals and entities to be charged for alleged corruption, alleged money laundering and alleged other crimes related to dethroned PM Najib Razak’s 1MDB. Tommy Thomas decided, and it would have absolutely nothing to do with selective prosecution or political pressure, if you ask him, to charge only FOUR. No action was taken against 857 677 others that had been identified and investigated by our anti-graft body. The MACC chief then was Latifah Koya, a shrilled voice of civil conscience until landing herself that powerful job, thanks to Dr Mahathir (and her souring ties with her own party president Anwar Ibrahim). Anyone remember her making a fuss about Tommy Thomas’ call? I don’t.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails