Subhas Nair berdepan empat pertuduhan ketika dihadapkan ke mahkamah. - Foto AFP
HALAMAN HIBURAN
Penyanyi rap Singapura didakwa timbulkan ketegangan kaum
SINGAPURA: Seorang penyanyi rap kontroversi berketurunan India, Subhas Nair yang menuduh pihak berkuasa bersikap rasis mungkin berdepan hukuman penjara selepas didakwa hari ini kerana menimbulkan perpecahan di antara kumpulan etnik dan agama berbeza di negara itu.
Kerajaan Singapura sekian lama berusaha untuk menggalakkan keharmonian kaum dalam kalangan 5.5 juta penduduknya yang berbilang bangsa, bagaimanapun masih ada rungutan bahawa majoriti etnik Cina menikmati keistimewaan yang lebih besar.
Penyanyi rap yang lantang bersuara itu berdepan empat pertuduhan ketika dihadapkan ke mahkamah hari ini atas kesalahan yang didakwa berlaku di antara tahun 2019 dan pada tahun ini.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berusia 29 tahun itu menulis komen di media sosial mendakwa seorang lelaki Cina yang terbabit dalam kes kematian individu berbangsa India menerima layanan baik daripada pihak berkuasa kerana bangsanya.
Dia turut didakwa menyiarkan kenyataan lanjut di Instagram dengan menyifatkan penduduk Kristian Cina dilayan lebih baik berbanding orang Islam berhubung kecaman berkaitan perkauman.
Nair berdepan hukuman penjara selama tiga tahun, denda dalam jumlah yang besar atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Undang-undang berkaitan ketegangan kaum dan agama amat tegas di negara yang majoritinya diduduki penduduk berbangsa Cina dengan orang Melayu beragama Islam dan etnik India adalah kaum minoriti. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilaporkan, di Singapura ada rungutan menyebutkan bahawa majoriti etnik Cina menikmati keistimewaan yang lebih besar dari bangsa-bangsa lain.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu menulis komen di media sosial mendakwa seorang lelaki Cina yang terbabit dalam kes kematian individu berbangsa India menerima layanan baik daripada pihak berkuasa, kerana bangsa (Cina)nya.
Dia juga turut didakwa menyiarkan kenyataan lanjut di Instagram dengan menyifatkan penduduk Kristian Cina dilayan lebih baik berbanding orang Islam berhubung kecaman berkaitan perkauman.
Sebenarnya, hal-hal beginilah yang perlu dipelajari oleh DAP parti politik Cina Malaysia dari PAP parti pemerintah Singapura... Supaya DAP jangan terbawa isu-isu perkauman seperti itu di negara sendiri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment