Thursday, November 04, 2021

Pind.Perlemb.Persekutuan (MA63).& K/Jenayah Syariah..

 

1. Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 dibentang

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat antaranya untuk memasukkan negeri-negeri Tanah Melayu dan negeri-negeri Borneo.

Rang Undang-Undang bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan itu dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut rang undang-undang itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada:

(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan

(b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Pindaan juga dicadang pada Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan takrif Hari Malaysia dan menggantikan takrif Persekutuan selaras semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963 dan menurut perjanjian berhubung pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965.

Selain itu, rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perenggan (a) Fasal 6 iaitu “berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam undang-undang Negeri sebagai ras asli bagi Negeri itu” serta memotong Fasal 7. 

Wan Junaidi berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada sesi Dewan Rakyat ini.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam satu kenyataan berkata RUU itu menandakan permulaan lembaran baharu dalam sejarah negara dan langkah pertama dalam mengembalikan hak dan prinsip asas yang persekutuan ini diwujudkan.

“Selepas beberapa percubaan dan bertahun-tahun bekerja keras, ini sememangnya detik penting dalam sejarah Persekutuan Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata usaha itu tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan dan restu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wan Junaidi berkata Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan untuk mentakrif semula beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menambah semua persediaan asas yang diperlukan untuk inisiatif itu telah selesai, termasuk penglibatan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Pembentangan rang undang-undang itu sepatutnya dibentangkan pada 26 Okt tetapi dijadualkan semula kerana Kabinet mahu mendengar taklimat Peguam Negara mengenai pindaan itu, katanya.

Kabinet kemudiannya sebulat suara menyokong cadangan pindaan itu. – BERNAMA

2. Enakmen Kanun Jenayah Syariah: Tahniah Negeri Kelantan

TAHNIAH diucapkan buat Negeri Kelantan yang mula menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, selepas mendapat perkenan dari Sultan Muhammad V.

Usaha ini adalah batu loncatan pertama dalam memperkasa dan menaik taraf perundangan syariah di Kelantan. Sudah pasti, Enakmen Kanun Jenayah Syariah ini telah melalui berbagai fasa kajian dan penelitian, agar ia bersesuaian dengan perkembangan masyarakat pada hari ini.

Antara perubahan terbesar dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang berbeza dari sebelumnya, enakmen ini mempunyai 24 peruntukan baru yang sebelum ini tidak ada dalam enakmen yang terdahulu. Antara peruntukan baharu dalam enakmen ini adalah adanya peruntukan khusus berkenaan kesalahan sihir, pendakwaan palsu, persetubuhan dengan mayat serta bukan manusia, memutarbelitkan ajaran Islam, muamalat yang berlawanan dengan hukum serta penyalahgunaan tanda halal.

Selain itu, sepertimana yang disebut oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob, enakmen ini melaksanakan hukuman yang bersifat retributif dan restoratif. Dalam erti kata lain, ia bukan sekadar menghukum. Malah lebih jauh lagi, ia juga bersifat mendidik pesalah untuk tidak mengulangi kesalahan, dan mendidik masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan. Inilah hasrat sebenar pelaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah dalam Islam, ia bukan hanya menghukum, malah mendidik pesalah dan masyarakat dalam usaha membasmi terus perlakuan mungkar dan jenayah. 

Perundangan syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri, berdasarkan Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Segala pindaan terhadap Undang-undang Syariah Negeri, termasuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah harus dilakukan oleh negeri melalui Dewan Undangan Negeri.

Di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita memainkan peranan bagi menyelaras dan menggerakkan pemerkasaan Undang-undang Syariah mengikut bidang kuasa yang ditetapkan, melalui perbincangan secara bersama dengan negeri-negeri, mesyuarat-mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam di Malaysia (MKI), serta perundingan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil di bawah JAKIM. Kerajaan Persekutuan amat mengalu-alukan sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri, dalam menaiktaraf perundangan syariah di negeri masing-masing. 

Kerajaan memandang positif pelaksanaan ini yang sudah pasti akan menjadi pemula kepada penaiktarafan dan pemerkasaan perundangan syariah di Malaysia. Diharapkan usaha dan aspirasi ini dapat menjadi contoh dan seterusnya diikuti oleh negeri-negeri lain, dalam memartabatkan Undang-undang Syariah di bumi Malaysia yang tercinta.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 3/11/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=437134274640285&id=100050311487174

2 comments:

Anonymous said...

Go to hell jika dap masih berkeras mahu arak dijual secara bebas. Ini malaysia, bukan negara koboi. Don't make org malaysia terutama muslim jadi hangat dengan provokasi arak dan kebebasan minum arak. Hormat jutaan org malaysia yg tidak minum arak.

Anonymous said...

Perangai Tun dan boboi sama saja. Terpekik terlolong tiada siapa yang peduli... kesiannn..!!

Sakit hati orang tua yang makin lama makin menjadi sangat parah dalam sesi Parlimen. Nyawa dah penghujung sakarat sakit hati makin menjadi jadi parah.

Mahathir Mohamad mengkritik keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyemak semula permohonan semakan dan pentafsiran dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Mahathir sekali lagi menegaskan Malaysia terikat dengan keputusan ICJ yang menurutnya muktamad.

Imej terjejas kunun... yg Jho Low lesap Justo lesap depan lubang hidung orang Tua celaka tu kira imej negara naik mencanak...!?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan marah marah hari ini mempersoalkan situasi yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah bebas ke sana ke mari, biarpun didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram.

Dalam catatan terbaharu di blognya, Dr Mahathir berkata, sepanjang kes rayuan Najib berlangsung bermula April tahun ini, Ahli Parlimen Pekan itu bebas seperti orang tidak bersalah, dan kes juga tidak didengari kerana pelbagai alasan.

Nampaknya sakit hati orang tua celaka ini masih tak kebah lagi. Justo hilang depan lubang hidung dia orang tua tu buat bodoh bangang saja tiada seko pun yang nak pertikaikan.

Pelbagai lebel digunakan dulu Pencuri sekarang Penjenayah VVIP Banduan VIP dan memacam lagi..!! Strategi lapuk tapi masih menyengat dari si fitnah jijik..!!

Malah, kata Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, Najib boleh hadir ke Dewan Rakyat, tetapi tidak ke Mahkamah kerana menggunakan alasan sakit. Yang kau dengar peguam asing memberikan pandangan kepentingan hal negara tak ke bangang nama nya tu..!

Jho Lo lansung tak jumpa sebab alasan Jho Lo dah jadi beruang. Yang pelik lagi Aljezera boleh pulak wawancara Jho Low sambil gentel gentel telo lagi. Ke mana kau nak campak imej negara masa tu..!?

“Bila negara lain kata kita ada perdana menteri penyamun, sehingga digelar kleptokrasi, itu tidak jadi isu. Kita curi berbilion, itu bukan isu. Cium tangan dan panggil dia Bossku.

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/mukhriz-cadang-hutang-1mdb-dijenamakan.html?m=1

Link kat atas saja kopi pes boboi sarankan hutang '1MDB' di tukaq pada nama baru Hutang 'NTR' (Hutang Najib Tun Razak...)

Kikiki camne komen kat atas camner apak yang hujung menunggu nak goll masih marah marah sampai hujung sakarat. Sampai mati hidup penuh dendam dan maeah marah bila hajat tak sampai.. tak cukup beri berbagai bagai nama buruk pada musuh sekarang penyakit dendam kasumat di warisi pulak oleh anak nya 'the boboi'

Kikikiki... jangan serang orang tua tu tak berbaloi biar kan dua marah marah tiada siapa yang peduli pun... terpekik terlolong dalam dewan marah marah tapi sekor pun tak nak sambut dan sambung marah marah orng tua itu di luaq dewan kecuali 'the boboi'... kesiannn..!!

Pedulikan lupakan sja barua DAP@Lee Kwan Yew itu.... marah marah lah kau anak beranak sampai hujung nyawa.. kesiannn tiada siapa yang peduli sekarang ini..!!

macam kita yang perlu dibuat pada barua DAP@ Lee Kwn Yew ini pedulikan Singapura, tinggalkan Singapura dan lupakan Singapura dan barua barua nya.

Eratkan hubungan kita dengan jiran terangga serumlun sebangsa yg lebih menguntungkan iaitu jiran kita Indonesia..

Jangan serang orang tua ni... serang boboi melingkup boboi maka melingkup lah PejWang dan legasi ini...

Pada boboi Ingat fakta kat bawah ini

2. P5 JERLUN

Mukhriz Mahathir (PH - PPBM) = 18,695
Abd Ghani Ahmad (PAS) =12,829
Othman Aziz (BN - UMNO) = 12,413
Majority: 5,866 - pada boboi lu fikir lah sendiri..!!

Boss ku dah berhujah di mahkamah sudah bersoal jawb di mahkamah dan sudah bersumpah laknat di dalam masjid. Kes Zety sampai sekarang tak abis lagi apa dah jadi..!?

Selagi kes Zety tak abis, Justo lesap tak jumpa, Nik Faisal lesap dan Jho Low tak jumpa dan jadi beruang kes 1MDB adalah cacat, tidak adil, bacul dan membuang masa...!!!

#kasilunyaiboboisampaijadi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails