Tuesday, November 16, 2021

PRN Melaka (25): 31 pusat mengundi awal dibuka 8 pagi

 

Suasana petugas SPR bersiap sedia untuk undi awal PRN Melaka di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Melaka. - Foto NSTP/Syafeeq Ahmad


MELAKA: Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mula dibuka jam 8 pagi ini bagi membolehkan 11,557 pengundi awal terdiri anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab mereka.

Daripada jumlah itu, 24 pusat mengundi awal dibuka khusus untuk anggota polis, manakala tujuh pusat lagi, dengan empat daripadanya berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, membabitkan pengundi tentera dan pasangan.

DUN Sungai Udang antara kerusi yang merekodkan jumlah pengundi awal tertinggi pada PRN Melaka, iaitu melebihi 40 peratus daripada keseluruhan 22,793 pengundinya.

Suasana petugas SPR bersiap sedia untuk undi awal PRN Melaka di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad

Sementara itu, semua pusat pengundian awal akan dibuka sehingga jam 5.30 petang ini.m Sepanjang proses pengundian awal, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta pengundi mematuhi panduan pencegahan COVID-19 seperti memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman, menjalani pemeriksaan suhu badan serta merekodkan kehadiran.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR dan proses pengundian berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal hari ini akan disimpan di lokap balai polis dengan kertas undi hanya akan dikira bermula jam 4 petang Sabtu ini. Pengiraan kertas undi awal akan dijalankan di tempat pengiraan undi ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan ejen calon masing-masing.

Suasana petugas SPR bersiap sedia untuk undi awal PRN Melaka di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam kenyataan semalam juga berkata jumlah pengundi awal itu terdiri 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis. Hanya empat DUN tidak terbabit dalam proses pengundian awal iaitu DUN Tanjung Bidara, Pengkalan Batu, Duyong dan Serkam. (BH)

Sila lihat siri PRN Melaka:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails