Gambaran yang tersebar melalui media massa ialah PH tidak mesra Melayu dan Islam – hasil serangan tentera siber pihak musuh – dan ini tidak ditangkis secara berkesan, menyebabkan stigma negatif terus melekat padanya.
Apa tidaknya, Kementerian Penerangan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menjelaskan dasar dan tindakan kerajaan PH semacam lumpuh kerana diketuai menteri yang tidak memahami sentimen, budaya dan pemikiran majoriti penduduk negara iaitu orang Melayu.an dalam siri pilihan raya kecil bermula daripada Cameron Highlands sehingga Tanjung Piai di mana PH tewas dalam setiap PRK tersebut.
Stigma ini masih kekal pada PH sehingga sekarang kerana kelembapannya sendiri ditambah dengan tindakan atau kenyataan komponennya seperti DAP yang menyumbang kepada persepsi negatif yang telah dibina sejak 2018 lagi.
Harus diingat persepsi anti-DAP telah dibina sekian lama – dan sedikit sebanyak disumbang oleh DAP sendiri melalui tindak-tanduknya yang kurang bijak – justeru tanpa memberi solusi kepada persepsi ini dalam kalangan Melayu tradisional-konservatif, PH sukar maju ke hadapan.
PRN Melaka menunjukkan walaupun Umno terpalit dengan masalah integriti kepimpinannya, orang Melayu masih boleh mengundinya kerana kebimbangan yang wujud sekiranya “kuasa terlepas ke tangan bukan Melayu” – persepsi anti-DAP itu.
Ini ditambah dengan Bersatu tidak lagi menjadi komponennya. PH berdepan dengan masalah identiti – adakah ia “perjuangkan” hak orang Melayu atau terbawa dengan idealisme “demokratik liberal”nya?
Kenyataan terakhir ini menjelaskan keengganan Melayu tradisional-konservatif untuk memberi sokongan kepada gabungan tersebut.
Hanya kelompok Melayu bandar yang terdedah kepada isu-isu rasuah, salah guna kuasa dan mendambakan pemerintahan yang baik – good governance – masih kekal memberi sokongan.
Banyak juga diperkatakan tentang peratusan yang keluar mengundi. Yang ini memang jelas – penurunan mendadak ke 65.6 peratus itu pastinya ada memberi kesan kepada prestasi PH.
Apatah lagi di beberapa DUN, peratusan kemenangan bagi BN kecil dan dapat diatasi sekiranya yang keluar mengundi lebih tinggi dan saingan daripada PN juga kecil.
Seperti yang disebut ramai pengulas pengundi luar dan pengundi bukan Melayu yang menjadi penyokong kuat PH berkurangan, hasilnya di beberapa kerusi “marginal” PH tewas, jika diperhatikan kepada jumlah undi popular yang diterima antara PH dan BN yang tidaklah begitu jauh.
Satu lagi faktor ialah penerimaan dua orang wakil bekas Umno yang menjadi penyebab kejatuhan kerajaan yang lepas tidak dipersetujui pengundi Cina, dan diterjemahkan dalam peratusan yang tidak memberangsangkan itu.
Namun bagi saya keputusan PRN Melaka mencerminkan betapa politik identiti masih menebal dalam kalangan masyarakat.
Pengundi Melayu tradisional-konservatif masih kuat berpegang kepada identiti keMelayuan yang dilihat diwakili oleh Umno (BN) dan sebahagian kecil kepada PN.
PH tidak dilihat sebagai gabungan yang boleh menjaga isu-isu orang Melayu dan Islam antara lain kerana tidak mempunyai parti Melayu majoriti seperti Bersatu misalnya.
Dari awal PH banyak membawa isu-isu nasional bersifat kosmopolitan, mesra masyarakat sivil, anti-rasuah dan sebagainya. Bagi masyarakat tradisional yang sudah lama diasuh dengan politik penaungan, isu-isu ini tidak banyak memberi kesan kepada mereka. Barangkali cara mempakej dan memasarkan isu-isu ini masih tidak efektif dalam kalangan masyarakat terbanyak.
Keputusan PRN Melaka juga memberikan isyarat tentang keperluan menilai semula isu kepimpinan dalam PH.
Memang tidak dapat dinafikan betapa banyak pengorbanan yang telah dibuat oleh pengerusi PH bagi menjayakan gabungan itu.
Namun tidak pernah muncul sebegitu banyak suara-suara yang mendesak atau meminta beliau undur daripada jawatan tersebut sepertimana sekarang.
Bagi pengamat politik, suara-suara ini mempunyai isyarat bahawa PH memerlukan pemimpin baru mengemudinya. Ini bukan bererti Datuk Seri Anwar Ibrahim terkeluar daripada struktur kepimpinan. Cuma pertukaran kepada eksekutifnya sahaja. Di Singapura, konsep ini diamalkan selepas Lee Kuan Yew tidak lagi menjadi Perdana Menteri satu ketika dahulu.
Dengan perkembangan terkini dalam politik Malaysia, apakah BN yang sedang marak akan terus merangka strateginya untuk kembali menguasai kerajaan Persekutuan dengan sokongan yang lebih besar, dengan itu menjadikan PH terus kekal sebagi pembangkang?
Jawapannya ada pada kepimpinan PH. (Kerengga)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah benar kemenangan BN di Melaka bakal lenyapkan PH? Memang akan benar-benar begitu, kalau dibiarkan DAP terus mendominasi PH. Contohnya, lihat kenyataan pemimpin-pemimpin DAP amat lantang mengguriskan hati orang Melayu-Islam di negara ini.
Ini, kata hasut terbaru dari DAP, diangkat dari komen rakyat dalam blog ini..
Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tempoh hari, kemungkinan besar UMNO dan Bersatu tidak akan kembali bersama.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, meskipun trio UMNO iaitu Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hassan berusaha menyingkirkan Bersatu daripada gelanggang politik, PRN Melaka telah memberi talian hayat baharu buat Perikatan Nasional (PN).
Menurut Chin Tong, PN menerima 24 peratus undi di Melaka biarpun pengaruh PAS adalah terhad di negeri-negeri selatan Semenanjung.
“Dengan ini, negeri dan kawasan majoriti Melayu seperti Kedah, Terengganu, utara Perak dan timur Pahang yang mempunyai pengaruh PAS yang kuat, PN bakal menjadi pencabar sengit buat Umno,” katanya dalam satu kenyataan.
(Dulu pr18 dap berjaya mempengaruhi pas spy bergerak solo. Dap dan gabungan menang. Skrg strategi sama, lagakan umno bersatu dan pas. Oleh itu jangan fikirkan isu mikro, hanya utk parti. Yg penting makro utk umat bumiputera, melayu dan Islam. Oleh apa yg dap beri pandangan dari perspektif sebaliknya.)
2 comments:
Aamiiin. Semoga parti yg bawa faham liberal terencat dan pupus. Juga parti yg bawa ide dekmokratik komunis tidak subur di negara ini. Malaysia mesti dikekalkan ikut acuan perlembagaan yg asal yg menepati budaya asal penduduk negara ini.
Rakyat sudah tahu puak liberal Pee H pimpinan abang besar tak basuh berak sedang menuju ke arah kekalahan teruk yang bermula dengan satu siri kekalahan Pee H dalam PRK dan PRN setelah mereka bersikap rasis terhadap Islam dan umat Islam terutamanya kaum Melayu Islam.
PRU yang akan datang akan menjadi paku terakhir untuk menutup keranda Pee H. Inilah akibatnya puak Pee H kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu. Padan muka !
Post a Comment