Friday, November 26, 2021

RUU Tanah Kampung Baru lindung pemilik

 

Shahidan melakukan gimik Majlis Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 dan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampong Bharu di sebuah hotel malam ini. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Draf Rang Undang-Undang (RUU) Tanah Kampung Baru yang dijangka dibentang di Parlimen awal tahun depan diharap memberi jaminan perlindungan seumur hidup kepada pemilik tanah Kampung Baru.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sejak dulu tiada undang-undang boleh melindungi secara khusus Tanah Rizab Melayu bagi menghalang mana-mana pihak mahu menukar status tanah berkenaan.

"RUU Tanah Kampung Baru kini dalam semakan Pejabat Peguam Negara diharap dapat menjaga kepentingan hak milik pemilik tanah Kampung Baru sampai bila-bila, dan pembangunan dirancang pula dilaksanakan dalam bentuk pajakan serta dipersetujui bersama antara pemilik tanah dan pemaju.

"Saya yakin RUU ini sekiranya diperkenalkan akan menjadi panduan kepada negeri lain, supaya memperkenalkan RUU sama untuk menyelamatkan tanah daripada bertukar milik," katanya pada ucapan perasmian pelancaran Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru 2040 (PIPKB 2040) dan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampung Baru (PPPSKB) di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Datuk Affendi Zahari.

Sementara itu mengenai PIPKB 2040, Shahidan berkata, pelan induk itu dirangka sebagai dokumen panduan untuk mentransformasi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial secara bersepadu sekali gus memandu hala tuju Kampung Baru secara menyeluruh untuk 20 tahun akan datang.

"Ia menjadi mekanisme kepada kerajaan dan PKB khususnya memudah cara, mengawal selia dan menilai semua cadangan pembangunan sama ada secara usaha sama penduduk, pemaju dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Insya-Allah pelan induk ini akan menjadikan Kampung Baru sebagai penempatan kompetitif yang memberi keutamaan kepada orang Melayu di tengah ibu negara," katanya.

Shahidan berkata, PPPSKB pula disediakan bagi membantu dan menggalakkan pemilik membangunkan tanah secara bersendirian atau membuat usaha sama dengan pemaju, GLC dan swasta.

Katanya, PPPSKB menyediakan insentif khusus akan dinikmati pemilik tanah dan pemaju merangkumi urusan hal tanah dan pembangunan iaitu antaranya pengecualian 100 peratus caj pembangunan, pemberian nisbah plot terbuka dan pengurangan 70 peratus caj 'Infrastructure Service Fund'. – BERNAMA

Lihat..

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

3 comments:

Anonymous said...

Siri 1

Nasihat dan pandangan rakyat marhaen pada Menteri Wilayah Persekutuan.

Ada pemaju melayu Kg Baru menjana projek 1 ekar dengan nilai GDV RM400 juta..!!

Mantan Menteri Wilayah berhujah balas dengan Mentori Wilayah Arau pasal pembangunan Kg Baru yang 22 tahun 22 bulan tak jalan dan tak pernah helokk..!!

22 tahun dolu ada sekor mamak jadi belukang tanah di Kg Baru... broker belukang menyebabkan prnduduk Kg Baru lokos kena kencing oleh mamak ini. Akhirnya perniagaan 'Buisness Fokus' melingkup satu satu dan gelaran Datuk pun ditarik balik... 22 tahun siapa PM yh berkuasa..!?

Datuk broker@belukang ini akhirnya lesap ke luar negara dengo2 melingkup ke Afrika Selatan... macam Jho Low jugak lah lesap melingkup tah ke mana ada yg kata jadi beruang ini berlaku semasa PM ke 4 dan PM ke 7 berkuasa... mcm sial akhirnya..!!

Soalan mantan Mentri Wilayah@belukang tanah yg tak kesampaian nak sapu tanah Kg Baru menyoal soalan yg bodo dan nampak bangang. Adakah pembangunan Kg Baru dikatakan pembangunan secara runcit dan tak effektif.? Sedangkan kertas bluprint dan plan susunatur Kg Baru sudah diwartakan..!? Soalan klise yang tak mengambarkan IQ seorang mantan menteri WP spt mabuk di Kilang Carlsburg.

Sedarkah di Kg Baru ada 3 pembangunan berskala mega sudah tertegak depan biji mata org Kg Baru sekarang ini...!? Pemaju orang tempatan Kg Baru sendiri.

Beliau seorang gelaran Datuk memiliki ciri ciri seorang pemaju Melayu dan projek pembangunan nya yg berjaya dilakukan semasa era Najib sebagai perdana menteri.

3 Projek kondo dan servis apartment hampir 100% sudah terjual oleh pembeli bumiputra sahaja. Sbb syarat jualan khas untuk Melayu bumiputra sahaja dan Melayu mampu membeli hampir keseluruhan unit unit kondo dan pangsapuri tersebut..!!

Tahu kah mantan menteri dan menteri Wilayah saiz keluasan ke tiga projek tersebut... lets me explain slowly and clearly sebelum menteri jadi belukang tanah.

Saiz setiap keluasan tanah tersebut kurang dari 1 ekar... saya ulangggg..!! 1 ekar bukan 10 ekar Projek kondo ini lebih dulu siap walau masa pendemik Covid 19 melanda jika dibandingkan dengan projek 'non malay' lebih dulu dibuat smpi skg tak siap lagi diseberang sungai berhampiran tanah perkuburan Kg Baru...!!

Hanya kurang 1 ekar dengan bilangan unit unit kondo dan servis apartment yang sudah terjual hampir RM400 jota..!! Nilai GDV bagi keluasan tanah kurang 1 ekar saja mencecah RM400 juta untuk satu projek.

Bayangkan nilai GDV bagi 3 projek yang sudah pun tegak siap, terjual dan diduduki dengan keluasan setiap projek itu kurang dari 1 ekar... Pemaju Melayu Bumiputra ini sudah memiliki GDV bagi keseluruhan 3 projek dng jumlah keluasan lebih kurang 3 ekar sahaja nilai GDV hampir RM 1 billion..!!!

Yang pelik mantan menteri wilayah tak tahu apa yang disoal dan tidak tahu apa yang dinilai berkenaan tanah di Kg Baru.

Spatutnya tugas Menteri Wilayah hanya lengkapkan infrastruktur yang kondusif dan teratur supaya pembangunan Kg Baru dapat dimajukan secara total...

Renung renungkan menteri sekalian renung renungkan wahai penduduk melayu Kg Baru jangan mudah nak gadai tanah dan sedekah tanah Kg Baru semudah sedekah kan Pulau Batu Putih ke Singapura dulu... cukup cukup la otak otak bangang gadai sana gadai sini dihentikan...!!

Asal ada tanah suma nak jual. Beri pada penduduk Kg Baru fikirkan terbaik utk tanah mereka. Kerajaan perlu jadi penisehat saja. Jadi kan pemilik pemaju seorang Datuk ini sebagai role model kelian bukan untuk dicemburui dengan hasad dengki...!!

Dari dolu lagi dah pesan bawak otak bukan pisau. Kalau kampung sendiri pun tak bawak otak... elok lah pisau tu dicucuk kat badan sendiri... tumpooo bebenoo yeopp..!!

Anonymous said...

Siri 2

Kampung Baru Cina di Jinjang dan Kepong sudah transform jadi Bandar Metropolitan yg hebat.

Kampung Baru orang Melayu harus setanding Kg Baru Cina di Kepong dan Jinjang.

Faktor mudah kenapa Kg Baru Kepong dan Jinjang transform jadi Kota Metropolitan sebab MP dan Wakil Rakyat kaum Cina lebih menekankan perlunya kemudahan infrastruktur yg moden dan canggih baru lah Kg Baru Cina tsb boleh di bangunkan...!!

Stesen Projek MRT dibawah Najib sedang dibangunkan di Kg Baru mari kita tengok infrastruktur yg kondusif akan melonjakkan tanan di Kg Baru. Perlukah Menteri Wilayah bertindak jadi broker dan belukang tanah..!?

Nnpk tak MP dan Wakil Rakyat kaum Cina mengeksploitasi kerajaan supaya menyediakan pasarana infrastruktur yg moden di tempat mereka... sebab mereka bawa otak bukan otak belukang bagi majukan tempat mereka..!!

Berbanding dengan MP dan wakil rakyay Melayu suka jadi broker dan belukang tanah. Otak bangang mengadai tanah sana sini masih tebal ..!!

Bawak otak bukan bawak pisau kat kawasan sendiri....!!

Pada mantan menteri wilayah kalid samat next PRU 15 otak MP jenis mcm ini elok dilingkupkan terus...

Ramai lagi MP Melayu jenis ini yg bawak pisau ditempat sendiri bila PRU 15 nnti perlu dilingkupkan dan disimen terus...!!!

Calon MP Melayu Ampang yg favor pada skim pinjaman along semasa Pandemik Covid 19 hari itu pun patut di simen trus PRU 15 nnti...!!!

Ramai lagi MP Melayu yg bertindak bawa pisau ditempat masing masing dalam dalam senarai untuk di lingkupkan dan simen PRU 15 nanti..!!


#senarainamaMPkitareservedolu

Anonymous said...

siri 3

Teringat kisah penduduk Kerinci Residensi apakah nasib penduduk yang termakan hasutan pemimpin Pakatan Harapan sekarang ini...!

Penduduk termakan hasutan Nurul Izzah kini menyesal - Najib

https://m.malaysiakini.com/news/373868

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini cuba menggagalkan pembangunan semula flat empat tingkat di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur dengan menyifatkan ia demi kepentingan politik semata-mata. Apakan nasib penduduk yang termakan hasutan pemimpin Pakatan Harapan itu sekarang..!?

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2017/02/residensi-kerinci-18-tingkat-tanpa-apa.html?m=1

Projek Residensi Kerinchi 18 tingkat yang dibina bagi menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi dekat sini adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha me­ngubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik.

Jika dahulu penduduk flat berkenaan tinggal dalam kea­daan rumah yang tidak terurus dan usang­ dengan berkeluasan hanya 300 hingga 450 kaki persegi sejak 1971, namun kini mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2017/02/residensi-kerinci-18-tingkat-tanpa-apa.html?m=1

lu fikir lah sendiri...!!

#lingkupkanbaruaDAP@LeeKwanYewPRU15

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails